Followers

About Me

My photo
Johor Bahru | Mersing, Muslim, Malaysia
Walking freely wasn't a warranty for you can run.

Pages

Thursday, July 24, 2014

#AlfatihahBuatPuanSaniahbtJaffar

Assalamualaikum

 


 
8 Julai 2014, 10 Ramadhan 1435 Hijrah,
 
Pulang nya arwah mak, Puan Saniah bt Jaffar ke pangkuan Sang Pencipta.
Menghembuskan nafas terakhir di hospital Mersing, Johor.
Perginya di hadapan seorang suami yang tabah,
diiringi air mata 4 orang putera dan 3 puteri,
Disertai doa dari kesayangan2 mak.
Pada usia 58 tahun, mak pergi juga,
setelah hampir 2 bulan menderita kanser usus.
 
Hmm.
 
Ketabahan mu cukup menyentuh hati.
Satu patah perkataan sakit pun tak pernah mengadu pada si bongsu ni.
Mak yang sangat tabah dan kuat.
Sepanjang 2 bulan hanya menjawab sakit jika di tanya, jika perlu.
 
Tak banyak kerenah hanya minta di urut di manja ;-(
 
Tak mampu rasa nya jari ini nak menaip.
 
Perginya arwah mak dibulan mulia bulan penuh barakah.
Terima kasih mak untuk semua pengorbanan mak utk kami.
Maafkan adik, maafkan adik atas semua kejahilan adik.
Terima kasih sebab mak tunggu adik balik dari JB,
untuk berada disisi mak, genggam tangan mak.
Buat kali terakhir di dunia ni.
 
Walau mak dah tak bercakap dengan adik hari tu,
Tapi adik tahu mak tenang nak tinggal adik dengan abah abang2 dan kakak
Tinggalkan adik untuk berdikari,
 
Jujur mak, kami redha mak pergi.
Abah, adik beradik semua redha.
Rela kan mak pergi dari tanggung kesakitan yang mak pendam.
Kami tak sanggup tengok mak tanggung semua tu.
Allah tahu yang terbaik kan mak ?
 
Kita jumpa di Jannah sana.
 
Walau nak pecah jantung ni setiap masa rindu mak.
Tapi adik rela.
Rela kalau rasa itu buat adik tak putus kirim doa utk mak di alam sana.
Di samping buat abah gembira.
Di samping adik teruskan hidup ni,
Tanpa insan mulia yang tak pernah putus panggil 'adik',
Walau saat sakharatulmaut tiba.
 
Sebak.
 
Tenang lah mak di alam sana.
 
Aidilfitri bakal tiba ni,
 
Allahuakbar.
 
Semoga kami semua kuat.
Kuat untuk abah.
Kuat utk teruskan hidup.
Teruskan Aidilfitri tanpa insan teragung terbaik.
Teruskan Aidilfitri tanpa wajah manis mak.
Teruskan Aidilfitri tanpa bersalam dgn mak.
Teruskan Aidilfitri tanpa air tangan seorang mak.
Teruskan Aidilfitri tanpa mak bangunkan kami suruh bangun mandi.
Terukan Aidilfitri tanpa bau, pipi dan suara mak.
Allah Ya Allah, beri kami kekuatan.
Beri abah kekuatan.
 
Adik nak kuat macam mak.
Maaf zahir batin, mak.
Imissyou.
Iloveyousomuch !
 
 
( luvpinkja, 0312 )
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...