Followers

About Me

My photo
Johor Bahru | Mersing, Muslim, Malaysia
Walking freely wasn't a warranty for you can run.

Pages

Showing posts with label Quotes. Show all posts
Showing posts with label Quotes. Show all posts

Friday, December 27, 2013

#TipsMenjadiManusiaTidakBodoh #3

Assalamualaikum.
 
#TipsMenjadiManusiaTidakBodoh #3 #KekalPositif
 
Kekal positif. Apenda ni ?
 
Kanak kanak 3 tahun mana tahu macam mana nak kekal positif Nana oi. Jadi siapa yang tahu ? Orang dewasa lah. Kalau anda2 dewasa, mesti tahu. Kekal positif bermaksud, sentiasa motivate kan diri dan hati2 anda semua supaya berfikiran ke arah yang baik.
 
Ingat, everythings come for a reason.
 
Kalau dah tertipu sekali, jangan lah rasa yang dunia perlu tahu anda layak ditipu, anda mangsa tipu terhebat. Wake up dude. Kena ubah mind set, kena tahu, sekali anda ditipu, bermakna anda dah dapat pengajaran. Next time tak mungkin orang senangsenang nak perbodohkan dan tipu kau lagi. So stay positif la.
 
Sekali dah kena tipu, amek pengajaran. Kenapa kena tipu. Kenapa orang menipu. Orang macam mana yang suka menipu. Keadaan macam mana orang akan menipu.
 
Kalau kau rasa meratap, membenci, menyalahkan orang, mengata kesilapan orang tu satu penyelesaian, mohon muhasabah bersama. Mengadu pada Sang Pencipta.
 
 Kalau pencipta kau tu twitter, ngadu ah kat twitter.
 
Tapi rasa macam balas balik tu akan berjaya seberjaya nya, pergi lah balas. Tanggung sendiri.
 
 
( luvpinkja, 0312 )
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Monday, December 23, 2013

#TipsMenjadiManusiaTidakBodoh #2

Asslamualaikum

#TipsMenjadiManusiaTidakBodoh #2 #JanganMengenangPerkaraYangLepas

Ye, buat apa kenang then meratap menda dah lepas.

Kau jalan tak pakai selipar, lepastu terpijak tahi ayam. Yang kau nak menangis meratap mengenang betapa busuk kaki kau buat apa ?

Pergi cuci kaki, Wangi wangi. Lepas tu ingat, lain kali jalan pakai selipar, watch out your step.

Kemon guys, cakap memang senang. Sendiri terpijak najis pun mau terdiam jugak seminit dua mengegang kebodohan diri. Dah tu nak buat apa lagi, nak cari ayam yang buang najis merata ? Nonsense.


( luvpinkja, 0312 )
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Sunday, November 24, 2013

#TipsMenjadiManusiaTidakBodoh #1

Assalamualaikum.
 "Allah adalah sebaik-baik perancang"

"Kita hanya mampu merancang, Allah yang menentukan"

"Manusia hanya tahu cakap tapi tak semesti nya hadam/paham/aplikasi apa yang dia cakap"

Hai readers yang bijak2 semua, bertemu kita dalam segmen berkongsi #TipsMenjadiManusiaTidakBodoh #1

Nak jadi manusia tidak bodoh, mesti lah tahu merancang. Kita ni biasa sangat dah dengan first two phrase/quote kat atas tu. kan ? Maksud aku, biasa dengar dan biasa cakap. Tapi tak biasa fikir betul2 atau apply maksud disebalik quote2 tu. Senyum jela kalau setuju. Kerut je la dahi tu atau herot kan sikit mulut tu kalau tak setuju. Simple.

Orang yang paham dan apply dua quote diatas tu sangat bijak. Sebab 'planning' is the one of most important step in any situation.

Tak semestinya budak admin or management yang dapat dean list tu je yang kita cakap bijak merancang. Budak science pun ada belajar management okay ! Budak aquaculture pun ada belajar planning. (aku)

So, basically semua tahu apa tu planning. Fulltime housewife pun kena planning nak masak apa pukul berapa nak bangun kemas rumah semua. Faris umur tiga tahun pun tahu selepas tidur petang dia nak main basikal. Planning is everywhere & everytime guys.

Beza dia, tak semua orang paham dan terima risiko perancangan itu. Tak semua bersedia terima kegagalan. Tak semua housewife boleh terima kalau family dia tak gemar menu yang dia masak untuk lunch, dan tak semua faris 3 tahun yang kental dan chillax kalau lepas bangun tidur mama dia tak bagi main basikal.

The conclusion is, orang yang tahu merancang, tahu apa yang dia rancang, tahu apa risiko dan future perancangan dia, tahu siapa yang luluskan perancangan dia, adalah manusia yang tidak bodoh.

#Carilah pasangan atau kawan yang tahu dan paham akan perancangan.
#Pilih lah (kalau ada) bakal imam yang tidak bodoh dalam merancang
#Kat mana level kualiti seorang pemimpin kalau tiada kemahiran ini ?
#Kita nak reject/ignore ke manusia/kawan/bf/gf/fiancee/future husband yang takde sifat2 ni ? eh, jangan jadi firaun sangat. Jangan ignore/reject, ayuh kita bersama2 lengkapkan diri dan pasangan untuk tidak jadi manusia bodoh. Guide. Courage.
Jangan jadi tidak bijak ok?






















( luvpinkja, 0312 )
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Sunday, September 1, 2013

Sebaik-baik perancang

Assalamualaikum.

Merancang. 
''Failing to plan is planning to fail''
Cliche sangat kan ?
Orang yang tahu, bijak dan pakar merancang ni orang kata bagus. Ada matlamat lah, ye dak ?
Merancang apa ? Merancang kemana ? Taktahu.
Merancang yang positive ke negative ke. Tidak mengapa. 
Eh takboleh jugak kan ?

Allah adalah sebaik-baik perancang.
Betul ? 
''Laaaaa. dah tu kenapa kena ada quote yang bagitahu semua orang kena sangat bijak merancang??!''
(bawak mengucap dikk...)

Siapa pernah merancang dengan hebat ?
Siapa pernah merancang dan gagal ?
Siapa pernah merancang dan berjaya ? 
Siapa pernah merancang dan tidak pernah gagal ?
Siapa pernah merancang dan tidak pernah berjaya ?
Siapa pernah merancang dan kadang kala berjaya, kadang kala gagal ?

*Siapa tak paham ? Tekan pangkah di hujung atas kanan screen anda sambil senyum*

Sebenarnya merancang itu perlu. Quote tu betul.
Tapi... !
Beserta huraian. 
Kalau orang cakap makan tu perlu, kau bantai je ke semua buat makan ?
Tak kan ?
Ada yang boleh makan, ada yang tak boleh.
Ada yang kena makan sikit, kena makan banyakbanyak.
Kena terima lah, tak semua menda boleh sebat. 
Kadang ada yang bagi kesan positive, ada kesan negative.

So, sama macam merancang punya cerita ni.
Nak merancang, kena bijak jugak. 
Bukan rancang macam nak beli sumi, simple !
Nak merancang, kena kuat.
Bukan merancang dan lepas tangan.
Nak merancang kena teliti.
Bukan merancang sambil main candy crush.
Nak merancang, kena tetapkan hati (are you zeriousss?)

Macam ni lah. 
Senang cakap, kita ni kalau nak merancang,
Kena lah well plan.
Kena paham betulbetul, jangan merancang atas angin, tak jadi.
Balik pada Allah sebaik baik perancang.
Kita kena redha, apa yang kita rancang tak menjadi.
Atau,
Apa yang kita rancang separuh jadi, separuh tak. 
Atau, apa yang kita rancang jadi melencong sikit, melencong banyak. 
Sabar. 

Setinggi mana ''Failing to plan is planning to fail'' diangkat.
Berbalik lah kepada Yang Di Atas sana adalah yang terbaik.
Usaha kena ada. 
Plus, bersedia untuk diterima atau tidak diterima, atau:-
Usaha yang anda rancang, ditolak dengan hikmah yang lebih indah.

InshaAllah, ameen.

Thanks for coming, thanks for reading.
Maaf zahir batin :-)

( luvpinkja, 0312 )
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Monday, March 25, 2013

Aib

Assalamualaikum.

Quotes untuk renungan kepada diri sendiri dan kawan2. Quotes di pinjam dari ayat kawan penulis.

Bila kita rasa tak terkawal, rasa di khianati, jangan terus marah atau bertindak melulu. Apa apa pun, tutup lah aib orang lain, sebab kita ni pun mujurlah Allah tutup aib kita. Tapayah nak berdendam, kita tak dapat apa apa pun

( luvpinkja, 0312 )
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Thursday, March 7, 2013

Semakin iri hati, semakin gigih berusaha

Assalamualaikum.


Salam satu territory. #eh

Nana sebenarnya sangat buntu --> ahh lame intro.

Ok. Ok. Berhabuk dah belog ni. Fuhh ! Fuhh ! --> again !

Desperate sangat dah takde idea nak tulis, tapi nafsu melonjak girang untuk ada new entry.

Er, lama tak update belog. Entry nak tulis apa pun taktahu. Title tu sebenarnya petikan dari (petikan ??) bukan, copy paste twit je. Semberono je pegi tulis. Isi tersirat nya baru nak di bincang. 

Ye, 

''Semakin iri hati, semakin gigih berusaha''


Pernah rasa bukan ? Pernah alami, right ? Rasa tersentap ? Eh takpayah sentap sangat lah. Kita pun pernah rasa dan amalkan. Selalu je. Hihi. Senyum sikit :-)

First of all, mari buang semua anasir setan jahat dalam diri kita, sebelum baca kupasan yang berunsurkan ke-positif-an sahaja. Maksudnya, mari berbincang dari sudut yang positif dan akal fikiran dewasa.

Dah nama pun sudut positif kan. 
So takde lah isu 'aku jeles ah tengok body shape dia, hot gilaaa. Takpe, aku akan berusaha dengan lebih gigih pastikan takde orang nak kawan dengan dia. #negatif

Ianya perlu ke arah begini.
'Jeles betul tengok beliau dapat kerja yang beliau idamkan. Gaji kepuk-kepuk.  Takpe, from now on, aku akan kerja keras dan fokus pada impian aku' #positif

Ye. Aku dah kenapa kan nak bagi contoh ayat pastu letak hashtag kann. Dah kenapaaaaa ? 

Sebenarnya Nana nak share idea je. Kan. Korang perasan ke tak perasan ke, sebenarnya kita selalu practise kan menda ni sebenarnya. I mean, semakin iri hati, semakin gigih berusaha. Tak kisah la positive side ke negative side. Tapi sebolehnya yang negative side tu dikurangkan dan dihentikan lah ek.

Yelah, Kita ni kalau takde yang menggugat, selalu rasa selesa je. Ye dakk ? Dah orang lain achieved dulu, orang lain kebas dulu, dah tengok orang lain gaji kepuk2 (ni bagi yang dah grad je), dah tengok orang lain listed dalam DL (ni bagi kategori student), baru lah nak tersedar. Baru lah nak terkedek2 berusaha. Babes, itu normal laaa. Jangan tarik muka, kesal sedikit takpe. Nana izinkan. Muehehe.

Sedar tak sedar, sebenarnya menda tu adalah catalyst (pemangkin/sumbu) kita nak move a step forward. Even though dalam certain case, perkara sebegini agak terlewat, tapi masih boleh di practise kan. Better late than never. Ini bukan quote untuk ajak korang ber-lambat-lambat-an #err (teruk bahasa). Tapi untuk orang yang patut dihargai dan di-respect kerana masih ingin berusaha. Tahniah.

Ok, merujuk semula kepada tajuk entry (setelah tersedar kupasan semakin melencong). Nana cuma nak tekan kan kat sini. Tak salah kita nak iri hati. Dengan syarat, iri hati itu untuk perkara positif, && disertai dengan usaha-usaha dan doa-doa yang baik-baik sahaja. 

Dah iri hati tu, nak tarik muka, nak sebar fitnah, nak nangis, nak kesal tak bertempat, nak hantar surat layang (oldschool), nak angkat status berunsurkan sindiran pedas di facebook, twitter, skype, ym, BBM etc (menyindir untuk kepuasan hati yang sementara), semua tu, pasaipa ?


Kalau iri hati tu, cuba lah cari kelemahan diri, muhasabah diri sikit je pun  takpe. At least kita identified, mana weakness, so dah tahu weakness, baru lah fikirkan cara nak topup weakness tu. Eh macam ter-practise module Problem Solving & Critical Thinking (PSCT) je ? :-D

Aaaaaa (terjerit kecil). Panjangnya bebel. Maaf -.-

**kita bercadang  nak buat GA tak lama lagi. Tolong suggest gift yang best nak tak ?

Thats all. All the best guys. Thanks for coming.



( luvpinkja, 0312 )
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Friday, August 3, 2012

KEMAAFAN YANG TERTANGGUH

Tertarik dengan tajuk WANITA HARI INI bersama Dato; Fadhilah Kamsah

KEMAAFAN YANG TERTANGGUH

Belajar untuk memaafkan orang lain jng tangguh2 untuk memaafkan. 
Walaupun org itu sering menyakiti kita atau menganiayai kita krn, 
bila kita memaafkan org itu,
 hati kita akan tenang, 
rezeki mudah masuk, 
malah dapat pahala berganda,
 dan yang penting,
 Allah memberkati hidup kita.
kerana,
 Allah SWT sahaja yg boleh menghukum org yg buat aniaya tu. 
Mutiara kata drp Dato'

( luvpinkja, 0312 )
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Thursday, May 31, 2012

ADILKAH KITA

Assalamualaikum

adil kah kita dalam menilai buruk baik orang ?
 dan, 
maksum kah kita untuk tidak mengata orang di belakang ?
mulus kah kita jujur sepanjang masa ?
Alhamdulillah jika mampu dan sentiasa berusaha menjadi yang terbaik

Sempurna kah kita menjadi yang terbaik dalam setiap keadaan ?
perfect kah kita memuaskan hati semua orang ?
mampu itu bukan persoalan
sudah itu bukan jawapan
usaha dan ikhlas itu yang mulia sebenarnya
usaha untuk mencuba
lebih manis daripada 
''..saya cuma jadi diri saya sendiri dan saya tak berniat nak mengubah. orang nak terima, terima lah. kalau orang taknak terima tu apa boleh buat..''
#pasrah dan berserah kata nya

berbalik pada isu ADIL
adakah dikira adil jika penghakiman dibuat dengan maklumat dari satu pihak sahaja ?
adil kah...
kesombongan dan keyakinan kita yg melangit,
menghalang ego itu untuk jatuh dan merendah diri bertanya,
dan
siapa kah kita untuk underestimate kelebihan seseorang ?
siapa kah kita untuk buruk kan orang ? 
siapa kah kita untuk mengapi-api kan orang ?
siapa kah kita untuk melaga-laga kan orang ?

jika kita rasa kita cukup hebat dan layak untuk menyatakan hak dan pendapat sendiri
jangan kita lupa
fikir lah..
adakah kita cukup kuat untuk terima tomahan orang ?
adakah kita bersedia untuk diapi-apikan ?
adakah kita bersedia untuk ditelagahkan ?
adakah kita cukup berani untuk berhadapan dgn umpatan keji orang ? 

jawab dalam hati.

adil kah kita menyebar keburukan orang 
yang kita sendiri tidak pasti
cuma berlandaskan keyakinan melangit dan testimoni syaitan
sedangkan kita tidak bersedia untuk disebarkan keburukan.
adil kah kita dengan....
memasamkan muka dan berpaling,
 tetapi,
 dengan bongkak dan takbur kita menunding kesombongan itu kepada manusia lain ?
di mana adil ? di mana moral ?

ibarat ...
sudah lah kentut busuk, kemudian fitnahkan rakan lain untuk menutup aib sendiri.
kerana apa ? 
kerana kita manusia yg tak sanggup terima busuk dan negatif, 
tetapi....
kita lah orang yg suka menyebarkan perkara negatif tu tanpa sedar/separa sedar

pesan untuk rakan : 

jgn terlalu yakin dan pasti dgn kebahagiaan sekarang
jgn terlalu angkuh dgn pencapaian sekarang
hidup ni umpama roda, ia fakta bukan auta
kita dikurniakan akal untuk berfikir, bukan untuk di jajah
yg kekal hanya Allah SWT.

sempena peperiksaan akhir bakal menjelma,
penulis ingin memohon ampun dan maaf pada 
pembaca semua andai ada tersinggung. 
maaf.
all the best untuk rakan seperjuangan :D


( luvpinkja, 0312 )
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Sunday, May 6, 2012

Langit tak selalu cerah

Asslamualaikum.

Percaya atau tak, langit memang tak selalu cerah. Tapi langit tak selalu nya gelap.

Sama maksud dengan kebahagiaan atau kegembiraan tak kekal abadi selama lama nya. Jadi masa langit cerah tu, pergi lah buat perkara berfaedah bermanfaat. Jemur kain ke, bersenam ke, beriadah ke. 

Bila langit dah gelap, takyah lah berani2 dan rajin menduga tahap mana kegelapan tu. Takyah lah ngade test boleh kering tak baju kalau jemur, sempat keluar peluh tak kalau bersenam. You are late. Haaaa emo. emo. 
Tapi guna lah masa gelap tu untuk buat perkara berfaedah juga. Ada ye. Bukan takleh wat menda kalau langit gelap. 

So, moral of the story, hargai setiap kurinaan yang kita ada. Jangan bongkak, jangan rasa semua prediction kita tepat dan hebat. jangan lupa ada yang Maha Hebat kat atas sana, jangan nak mendabik dada sangat kecuali kalau tengah kawad. Ok tak lawak.

Thats all.

Thanks for reading. Love you all.

( luvpinkja, 0312 )
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Sunday, March 11, 2012

SO TRUE QUOTES

Assalamualaikum

I would like to share you some best quotes that i strongly agreed. Nvm if y'all didn't agree.

~ baik dengan orang tu biar berpada (mak salu pesan ni)

~ jangan sesekali letak 100% kepercayaan kat someone even dah berabad kenal, sayang sedalam perigi mana pun. remember, people do change :)

~ jangan selalu berharap kat orang lain. 

~ dealing with past, live with present and do fight for the future.

~ things happen for a reason, percaya kat Allah :)

~ life breaks us all, but in the end we're stronger in the broken places.

~ to hate others is ugly, to hate yourself is uglier.

~ again, people do CHANGE. 

~ independent is the great key evahh. believe me.

~ berkawan biar beribu. kadang ada orang ni kalau dah bercinta, kawan dia semua disekat. sang bf/gf jela life dia. sekali breakup ? jadi la kera sumbang mambang. 

~ jangan cari pasal dengan orang kalau kita sendiri tak cukup kuat nak terima orang cari pasal dengan kita.

~ benci orang tu sakit. betul tak kalau kita benci orang tu, tengok muka dia pun kita sakit hati. and secara tak langsung, kita akan rasa ia satu beban. berlagak tough mana pun, tetap tak tenang. 

~ ignorance is a weapon to be tough, just for me la i guess ? hehe

Thats all untuk masa ini. thanks for reading ! 

( luvpinkja, 0312 )
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Friday, January 6, 2012

WHAT YOU GOT

Assalamualaikum 

Everytime you ask ur heart to be tough, Think about other's injured heart that u have hurted before, it much easier to train that way

Maksud yang nak disampaikan : Setiap kali kita nak train hati kita supaya jadi kuat, tough, hebat, power and else tu, kita fikir lah semula. Berapa banyak hati yang kita dah sakitkan before. Sebab, mungkin dengan cara tu, kita dapat muhasabah diri kita. Allah bayar cash kat kita kann. Mungkin kita ada sakitkan hati parents, lecturers, siblings, roomates, either directlty and indirectly, sengaja or tak sengaja buat muka, tak sengaja kentut busuk kat public ke kann. Who knows. Atau, mungkin dengan cara tu, kita dapat recall, and akui kesilapan yang kita pernah buat. Jadi, inche hati mesti kuat dan tough, sebab semua tu kuasa Allah. Kuasa Allah untuk ingatkan kita, bukan hukum kita.

Thats all. Thanks for reading. Best of luck readers :)

Harap readers boleh tolong doakan kesejahteraan my nephew yang dalam recovery process after tendon cut surgery, and now tengah jalani Physiotheraphy di HTAA Kuantan Pahang, two times per week. Semoga mama dia (my sis) tough dengan ujian dan situasi ini dan dipermudahkan segala urusan. Get well soon Mohamad Faris Iskandar. Ameen~




( luvpinkja, 0312 )
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...