Followers

About Me

My photo
Johor Bahru | Mersing, Muslim, Malaysia
Walking freely wasn't a warranty for you can run.

Pages

Saturday, October 25, 2014

My Journey Part 2 (My Wedding Day)

Assalamualaikum...
 
25 Oktober 2014, 1 Muharam 1436H.

Hari pernikahan dan walimatul urus Norazrina bt Abd Hamid dan suami Muhamad Shahrull Nizam bin Abd Razak
 
Alhamdulillah, rasa seolah olah memulakan hidup baru dalam tahun baru hijrah ni. Semoga Allah merahmati hubungan ini, ameen.

Entry pertama sebagai seorang isteri. (kalau Allah izinkan perancangan).

Entry ni di coret awal (hari majlis confirm busy), untuk melahirkan kesyukuran dan kegembiraan atas rahmat Allah terhadap apa yang dirancang.

Setelah genap 2 tahun 1 bulan mengenali hati budi si dia, akhirnya harini kami disatukan dgn hubungan yang halal, Alhamdulillah. Dan kalau apa yg kami rancang tidak menjadi kenyataan, itu lah jua yang Allah tentukan utk kami.

Status isteri yang digalas ni akan ku jaga dengan sebaiknya. Harap pembaca2 mendoakan kesejahteraan hubungan kami sehingga ke akhir hayat.

Dear Muhamad Shahrull Nizam,
Terima kasih kerana memilih untuk membimbing, menjadikan saya pasangan awak dalam membina masjid. Terima kasih kerana banyak bersabar dan tenang dengan saya. Awak lah insan yang memejuk hati ni dari penuh persepsi negatif terhadap lelaki, yang memujuk hati ini utk memberi peluang dan tidak putus harap. Biarkan memori yang tercipta sepanjang perkenalan kita menjadi sejarah dalam ingatan kita. Terima kasih kerana sentiasa berada di sisi saya dan keluarga dalam apa jua keadaan. Yang sentiasa menjadi Google saya, Polis dan bodyguard saya, teman bergaduh, teman makan, cikgu math, cikgu sejarah, fasion advisor, financial advisor, salesman, marketing officer, semua lah ! Yang sentiasa memberi semangat dan menceriakan saya setiap kali wajah ini berubah kerana rindukan arwah mak tak kira dimana pun saya waktu tu. Maafkan saya atas segala ketelanjuran perkataan dan perbuatan selama ni.

I love you, awaklah cinta hati saya selepas Allah, Rasul, Malaikat, dan keluarga saya, Muhamad Shahrull Nizam bin Abd Razak.

Syukur Alhamdulillah dikurnaikan suami yang beragama, berilmu, baik perbadi dan keturunannya.
 
Shahrull' s
( luvpinkja, 0312 )
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Thursday, October 2, 2014

My Journey Part 1

Assalamualaikum..
 
At the age of almost 24 y/o I just feel that my real life just begin. Do not know because of my mom or because of my marriage. Both also challenging.
 
How to tell aa, em, yeah if u feel me, yelahh kita nak kahwin, preparation kahwin semua tu, w/o our great mother by our side. Bukan menyesal bukan kecewa, tapi nak share betapa terkesannya menyediakan dan menyiapkan segala nya sendiri. Sendiri tanpa mak kesayangan yang nak mengingatkan itu dan ini. Nak marah itu ini. Nak suruh itu ini. Kakak2 abang2 abah, ibu dan ayah masih ada. Tapi ketiadaan mak tu... hemphh. I don't know whether I can survive for another few days ni sampai ke hari majlis ke tidak. It was tough guys -.-
 
Punya lah nak jaga mata kesayangan ni dari cela menunggu hari majlis, tanpa eyebag, tanpa bengkak2. But I cant. Menangis je tiap2 malam. I don't want to figure out all the tears on that day. Kalau boleh nak imagine yang indah2 je.
 
Rasa macam tak percaya (cliché) ni bakal mendirikan rumahtangga (inshaAllah), bakal hidup dengan keluarga baru, bakal ada keluarga mentua, inshaAllah nana akan ade bakal adik-adik 'baru', nak masak2 dengan mak mentua, boleh ke nana ni ? Dulu zaman duduk rumah sewa pun setiap kali nak masak rasa nya call arwah mak tanya itu ini. Sekarang ? Nak ngadu kat sape kalau ikan goreng hangit ? Hehe. Tau takboleh manja dah sikit2 nak mengadu. I will try. I will.
 
Masa ni saat taip ni rasa sangat lah nervous nak mulakan phase baru dalam hidup. Rasa macam baru tersedar betapa nervous nya.
 
Kadang kadang terfikir jugak, kalau lah boleh request nak mimpi. I will have the same request everyday, every seconds, waiting for my mom to come and hugs me every night, even for only in dream. Cukup. Impossible I know.
 
Maaf lah insan2 yang terasa dengan pertanyaan pertanyaan bodoh, 'mende ni perlu tak', 'macam ni boleh tak', 'nak buat macam mana?', 'apa lagi kena buat dan prepare', 'mana dulu nak siapkan', im so sorry. I am asking for a reason yang takde niat pun nak susahkan korang saje2. Special thanks untuk semua kata-kata semangat, bantuan, pandangan, nasihat dan semua yang anda-anda semua sumbangkan. Terima kasih semua.
 
Diharap dengan kehadiran anda semua meramaikan majlis nanti dapat mengurangkan kedukaan ni. Semoga nana kuat. Yossshhhh !
 
Maafkan salah silap insan kerdil ini, semoga Allah permudahkan segalanya. Ameen.
 
Al fatihah untuk arwah mak kesayangan, Puan Saniah bt Jaffar
 
 
( luvpinkja, 0312 )
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...