Followers

About Me

My photo
Johor Bahru | Mersing, Muslim, Malaysia
Walking freely wasn't a warranty for you can run.

Pages

Wednesday, July 8, 2015

Random Tips (Ibu hamil)

Assalamualaikum..
 
Selamat berpuasa semua :-)
 
Kat office bulan-bulan puasa ni memang mencabar sikit. Sebab bila kerja dah settle tangan ni rajin je nak mencari menu sedap-sedap, kepala ligat fikir nak makan apa. Lepastu sendiri lapar ! HAHA.
 
So sambil-sambil berperang dengan baby yang semakin aktif bergerak ni, meh nak share random tips untuk ibu-ibu hamil. Tips nya lebih pada bakal ibu/ibu yang mengandung anak pertama lahh (macam kite). Yang dah anak berderet tu mungkin tak sesuai (depa banyak experience wooo)
 
#Jangan rahsiakan awal kehamilan membuta tuli
"Awal lagi ni baru bape minggu, takyah lah bagitau sesape dulu. kang kalau tak jadi malu pulak"
Biasa kan dengan ayat cenggini ? Ye memang betul takyah lah nak heboh canang satu dunia awak dah mengandung. Taaaaapiiiii, better bagitahu lah superior awak. Bagitau kakak-kakak yang baru anak 2-3 ke, auntie-auntie yang muda mudi ke, yang rapat la. Sebab diorang ni lah yg boleh share tips-tips yang sangat banyak untuk korang. Sebab dorang ni fresh lagi dengan do & donts masa awal pregnant. Banyak tau info korang kena tahu even seawal 4 minggu hamil !
 
#Jangan ragu-ragu untuk amek folic acid
Folic acid ni salah satu vitamin terawal yang patut korang consume. Kalau korang tengah plan nak baby cepat (baru-baru kawen) ke, boleh je pergi famasi beli folic acid (before hamil pon boleh makan ni). Sangat bagus untuk perkembangan awal janin. Boleh elak kecacatan janin, dll (sila google 'kesan kekurangan asid folik', korang mesti jadi rajin & tak skip makan)
 
#Jangan buat kerja berat-berat eventough anda seorang bekas olahragawati tadika
Maksudnya, even awak rasa awak jenis lasak kuat gagah perkasa, masa dah tau period delay (dah check dan sah hamil), tolong lah behave. Mengada manja-manja sikit pun takpe. Takyah buat kerja berat-berat. Kita taktau rahim kita kuat tak. Akak ipar kita, kita angkat bakul kain pun dia tak bagi. Mintak tolong husband. Tapi bagi lah husband paham (especially kalau husband sama-sama muda), banyak menda kena amek perhatian. Share info kat dia kenapa & macam mana. InshaAllah dia memahami sbb dia sayang kita & bakal anak ! :-D
 
#Sila kawal pemakanan
Walaupun awak takde alah makan apa-apa, tapi tolong la. Jaga makan. Takyah amek makanan yang tak berkhasiat. Megi ke mee sedaap ke, jajan ke jeruk ke. As long as makanan berkhasiat, awak makan lah banyak-banyak takpe. Yang junk food tu elakkan. Sebab early stage tu lah proses penting perkembangan janin awak, otak anak awak, tulang belakang anak awak (yg terawal terbentuk kan). Takkan lah nak 'ganggu' perkembangan anak-anak korang dengan additive dari makanan-makanan tak berkhasiat tu semua kan. Jangan lah bg alasan 'mengidam' untuk mengelat makan. Nanti kalau dah 'kurang-normal' anak awak tu, jangan salahkan suntikan-suntikan hospital lah, jangan salahkan immune injection lah apa la bila anak tak macam anak orang lain. Kadang kita tak sedar (and taknak terima pun) yang sebenanrnya apa jadi kat anak kita mungkin (mungkin ye) dari kesilapan kita sendiri. Saya tak menidakkan takdir Allah, kuasa Allah. Tapi nak jugak ingatkan peranan kita.
 
#Scan once dah confirm pregnant
Tak kisah berapa minggu pregnant. Kalau doctor (swasta la biasa nya, gov takkan scan awal-awal ni) cakap dah boleh scan korang scan je. nak tengok kedudukan janin betul dalam rahim tak. Kalau tak normal ade kemungkinan hamil luar rahim, ade risiko (ade share dlm prev entry). Scan biasa-biasa (black & white) pon boleh tahu dah, takde la suruh scan 5D tu memang taknampak apa. Klinik pon taknak entertain korang nanti. Excited sangat. HAHA. Range normal scan tu dalam RM40-RM80 (kat JB). Kena rajin survey lah. Kalau kat JB boleh scan kat Klinik Dr. Anis, baru RM40.
 
#Standby stretchmark cream/lotion
Haaa part ni  paling taksabar nak share ni. Sebab da termenyesal sikit sbb kita taktau pon cream anti-stretch mark ni kena pakai awal. So effect dia, kita terpaksa menanggung gatal-gatal yg amat sangat sbb start 4 bulan, perut dah mula membesar dan merekah (kot?), tapi takdela nampak rekahan tu. Cuma gatal sangat-sangat sbb kulit kering.Time tu baru nak sapu bio oil (tak jalan), palmers cocoa butter (tak jalan), cream gatal klinik & farmasi (tak jalan), sedih weh ! Stress tau tahan gatal. Seolah-olah biarkan nyamuk gigit, bintat, dan tak garu. Orang kata kalau gatal-gatal perut jgn garu sbb nanti lepas bersalin penuh stretch mark yg huduh dan susah hilang (corak kulit tembikai, kau nak?) Ada yang suruh garu pakai sikat je, gosok pakai kain untuk hilang gatal. Tapi please laaaa, mesti la garu pakai kuku yg paling puas sekali. Hahahahaha. Pastu kau tanggung azab dia. Mesti menyesal. So kalau taknak gatal-gatal akibat stretch yg teruk, sila lah pakai cream untuk kulit seawal dua bulan pregnant. Jangan pakai yg ade perfume-perfume (takyah nak wangi2 sangat eh) sebab tu banyak chemicals lain, so guna yg natural. Boleh try jenama Palmers (cocoa butter), Bio-oil ke, minyak kelapa dara ke atau yg kita pakai sekarang ni cream Shaklee (Herbal blend cream) yg sangat lah berbaloi dan berkesan. RM30 jeeee. Dia tak kesah cream apa pun sebenarnya, asalkan boleh moisturize your skin, sesuai dengan kulit korang. Pakai je awal2 even perut korang flat lagi. Lain orang kan lain keserasian dia.
 
Ok goodluck !
 
Selamat mengandung dengan gembiraaaa macam kite :-D
 
( luvpinkja, 0312 )
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...