Followers

About Me

My photo
Johor Bahru | Mersing, Muslim, Malaysia
Walking freely wasn't a warranty for you can run.

Pages

Sunday, June 28, 2015

Setahun berlalu

Assalamualaikum..
 
Salam Ramadhan pembaca semua. How was your Ramadhan ? (jawab dalam hati korang je please )
 
Alhamdulillah, Ramadhan Kareem dah masuk fasa 2/3 dan bakal mommy ni berpuasa penuh setakat ni. Syukur Allah bagi kekuatan untuk berpuasa walaupun kadang2 sengal2 badan ni (perut & pinggang) dek kerana keaktifan anak dalam rahim ni. Aktif sangat ! :-)
 
By the way, nak update entry ni semalam sebenarnya tapi memandangkan semalam kat kampung dan masa sangatlah limited kalau kat kampung tu, so postpone harini.
 
!0 Ramadhan tahun ni genap setahun arwah mak (Allahyarhamah Saniah bt Jaffar) tinggalkan kami semua. Sekejap je masa berlalu. Tahun lepas, masa tarikh ni aku masih lagi tunangan orang, tahun ni aku dah bergelar isteri dan bakal mak. Tak sangka Allah beri kami sekeluarga kekuatan hadapi ujian kehilangan yg amat berat ni. Ye sangat berat kehilangan wanita kesayangan keluarga sejak lahir, kekuatan keluarga pergi dalam masa yg singkat. Kuat tak kuat mana juga kami ni sebenarnya. Berendam air mata merindu tu perkara biasa, cuma dari segi meneruskan hidup tu kami bertahan alhamdulillah. Kuat untuk sentiasa berada disisi abah yg tabah dan hebat, kuat utk cuba tidak mengabaikan abah/buat abah rasa sunyi, sentiasa di sisi adik beradik yg sebelum ni mengharapkan mak dalam apa jua situasi. Nak makan cari mak, baju hilang cari mak, gaduh dengan boipren cari mak, gaduh dgn kakak & abang cari mak, semua nak merengek kat mak. Bila tiba tiba kehilangan mak tu, macam tersungkur pun ada.
 
Mak pergi dalam bulan puasa (Alhamdulillah bulan yg mulia). Since awal Ramadhan tahun lepas (mak dah duduk kat wad) kami dah berdikari sahur tanpa mak kejutkan bangun sahur, prepare sahur sendiri, dah biasakan diri dengan alarm telefon instead of alarm suara mak, bersahur tanpa ayat 'lepasni tak bangun mak tak kejut dah biar takyah sahur'. Lepas ayat keramat tu confirm semua bangun sbb takut tak sahur. Syawal kami tahun lepas macam mana? Tough ! Dari memasak juadah raya, kemas rumah, siap2kan baju abah pagi nak semayang raya, siapkan sarapan abah dan, bersalaman pagi raya buat pertama kali nya tanpa puteri kesayangan keluarga.. Hmmmm -___-'
 
Jujur lah aku cakap, aku sedih kalau balik kampung tengok abah, tengok raut muka abah, tengok bilik abah takyah cakap lah, laju jantung ni kalau nak masuk bilik abah. Sedih dan sebak.
Abah memang tak tunjuk sedih, tapi aku tahu sayu nya wajah abah rindukan mak. Setiap minggu abah pergi pusara mak, bawakkan bunga orkid yang arwah mak tanam (sekarang abah jaga pokok-pokok bunga mak). Situasi dia sama macam masa abah datang dari Mersing melawat mak kat HSI,JB, bawak bunga rampai depan rumah (bukan bunga rampai hiris2 made up of daun pandan tu, ni bunga kuntum2 kecik yg bau sebijik mcm bunga rampai. Abah bawah secekak & letak kat wad mak. Satu wad bau wangi ). Sweet dan menyentuh hati. Abah tak datang bawak rose bouquet mcm dalam drama tu, tp bawak bunga fav mak.
 
Entry ni macam banyak cerita pasal abah pulak ek. Yelahh sbb abah lah mak kitorang sekarang. Abah merangkap mak, 2 in 1.
 
Sebab tu sekarang aku kalau boleh nak balik Mersing tu tiap2 minggu nak tengok abah, makan dengan abah. Setiap moment kat rumah tu akan teringat mak, best ! Terubat rindu kat mak kalau makan2, jokes dgn abah, tengok tv kat rumah. Semua rasa mak ada je. Aku ni nama je anak bongsu, tapi dari zaman remaja dah jarang kat rumah. Dari form 4 dah keluar Mersing, sekolah kat JB. Pastu sambung PLKN, pastu sambung matrikulasi kat tangkak, degree kat K.Terengganu. Lepas degree tu lah merasa duduk lama-lama bermanja dengan mak kat rumah sebelum kerja kat JB (again, berpisah). Bukan nak kata menyesal sbb masa mak masih sihat aku selalu takde kat rumah. Cuma terkilan sikit je la. Lagipun aku takde kat rumah sbb dah takdir aku belajar & kerja luar dr Mersing. Dan nak mengingatkan pada yg masih ada mak &ayah, selalu lah balik melawat selagi ada masa. Hm, tp masa menganggur tu lah aku sempat kenalkan mak dgn Shahrull & alhamdulilah mak 'suka dan restu' dgn Shahrull yg dah jadi suami aku sekarang. Salah satu kelegaan bila mak restu & Alhamdulillah, berkat perbualan pasal jodoh ni dengan mak 3 tahun lepas, aku bahagia dgn pilihan ni.
 
Keutamaan aku skang ni adalah suami (Shahrull). Abah dah nombor dua. Apa-apa nak buat kena dahulu kan Shahrull. Nak balik kampung pun kena check schedule Shahrull mengizinkan atau tak, bukan sesuka hati hentak kaki nak balik dan kena balik Mersing. Syukur Shahrull sangat memahami dan tak pernah halang atau hampakan everytime dia perasan aku tengah sangat lemah rindukan keluarga. Shahrull akan bawak aku balik jumpa abah & biarkan aku lepas rindu. Syukur Alhamdulillah, Allah masih sayangkan aku. Abah pun memahami, selalu ingatkan aku patuh & taat pada suami. Selalu abah ingtakan.
 
Semalam sempat sama-sama bertahlil untuk arwah mak, bawak abah, acik, menantu & bakal cucu mak ni ziarah pusara mak, Alhamdulillah. Semoga Allah terus rahmati kami & keluarga dgn kekuatan & ketabahan iman dan hati. InshaAllah ameen.
 
Sekarang aku hanya mampu melawat abah sekali sekala je. Nak jaga makan pakai abah jauh sekali. Thanks to kakcik yg banyak bekorban selama ni. Aku sangat terhutang budi kat Kakcik sbb since mak sakit pun kakcik yg banyak menjaga keduanya. Thanks jugak kat abang-abang & kak ayu yg tengokkan abah (adik dia ni je yg paling jauh dgn Mersing sekarang, yg lain semua kat Mersing je kerja). Kita kuat kan ?
 
Alfatihah :')
 
 
( luvpinkja, 0312 )
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Sunday, June 14, 2015

Muak

Assalamualaikum..
 
Berhentilah tabur harta dan duit jika kasih sayang yg kau dambakan.
 
Berhentilah menabur kasih sayang jika perhatian murahan yg kau harapkan.
 
Banyak cara lain boleh buat untuk nampak diri lebih berharga, jangan mintak diri dihina dan menyesal setiap masa.
 
Kebahagiaan dan kasih sayang yg ikhlas berkekalan suatu anugerah yang tidak boleh dipaksa apatah lagi dibeli.
 
Jika kau menang dengan duit, tak bermakna kau juara dalam kebahagiaan kalau hati sendiri mintak dirobek bila didamba dikala perlu.
 
Usia makin menginjak dewasa tapi tidak selaras dengan kewarasan akal dan tingkah laku. Mengapa ? Kerana remote iman kita masih pada makhluk iblis bukan kita sendiri yg kawal. Astaghfirullahalazim.
 
Pertolongan bukan satu objek atau kemegahan yg perlu dijunjung dan dicanang setiap masa. Biarkan ia menjadi saham akhirat, inshaAllah.
 
Terima kasih Allah atas peluang muhasabah diri ini walau dengan cara yg tidak tahu duduk benarnya.
 
 
''Jika orang bertanya bila kah anda mahu menikah ? Bolehkan kita membalas pertanyaan dengan bilakah anda akan meninggal dunia''
 
( luvpinkja, 0312 )
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...