Followers

About Me

My photo
Johor Bahru | Mersing, Muslim, Malaysia
Walking freely wasn't a warranty for you can run.

Pages

Sunday, April 24, 2016

#ShahrullHarith6Months

Assalamualaikum..





Ha entry ni bersemangat sikit. Mommy dah start taip on time ! Sebab nya Harith start solid food this month ! Yay

1. Harith lengkap ambil imunisasi untuk Hepatitis B. Alhamdulillah. Semoga membesar dengan sihat anak !

2. Actually hari check up 6 bulan tu sebenarnya Harith tak berapa sihat (mommy anggil 'dedor' je), 37 .4 degree celcius. So tak boleh inject. Kena postpone lagi 2 minggu (settle dah)

3. Harith dah mula makan ! Mommy strat dengan brown rice porridge, pastu puree keledek, puree epal, puree carrot, puree avocado, etc. Tools mommy guna steamer & blender Autumnz je senang gilos ! Resepi, doa banyak-banyak supaya mommy Harith rajin untuk snap gambar& karang entry. Hewhew.
p/s: Makin canggih handphone, makin malas amek gambar. 

Respond Harith ? Bercampur baur. Kadang mommy taktau beza itu suka ke bosan ke lapar. Sebab so far 3rd & 4th day (follow 4 days rule) baru dia akan makan dengan mudah. Biasa 1st & 2nd day tu ade macam-macam lah muka pelik dia buat. Nak muntah lah konon-konon, tapi licin jugak dia bedal. Perangai !

Makan 2 kali sehari. 3oz per session. Breakfast & dinner (bakal upgrade ke 3times)

4. Kaki makin kuat ! Letak dalam walker, semakin laju berkayuh. Same goes to bila bawak mandi kolam (dengan pelampung). Kemain kaki dia mengayuh & mengitai. Hiks !

5. Aktif menjerit bila marah & pandai geram (ketap mulut &genggam tangan kuat-kuat)

6. Mula mencapai barang-barang yang tercapai dek tangan dia. Setakat ni dah tumpahkan gravy meatball mommy kat kedai dan tarik shawl/tudung mommy setiap pagi mommy kiss nak pergi kerja. 

7. Berat 7.4kg 

8. Rambut dah diratakan semula (since ramai tegur rambut tak rata sebab cukur bantal)

9. Dah pandai & aktif telungkup-terlentang. Biasa sekali je dia telungkup, pastu taktau terlentang. Now dah boleh dah. Alhamdulillah.

10. Kerap angkat punggung dan bahu dengan sendiri.

11. Lengkap test puree ikut 4 days rule. Alhamdulillah takde alaahan kat kulit. Paling teruk pun tak popo sehari je. List solid food dia macam kat bawah ni k.

  • Brown rice porridge (basuh-sangai-blend-masak 10-15mins, siap !)
  • Sweet potato puree (kupas kulit-potong dadu-steam-blend)*
  • Epal puree (kupas kulit-buang biji-potong dadu-steam-blend)*
  • Carrot puree (kupas kulit-potong dadu-steam-blend)*
  • Avocado puree (kupas kulit-buang biji-potong dadu-steam-blend)*
  • Banana puree (lenyek2 je
  • Brocolli + kismis puree (steam-blend)*(yang ni Harith reject paling worst sekali -___-')
*Yang ni semua buat stok utk 4 hari (ade lebih), lepas siap blend, frozenkan dalam ice tray yang bertutup (elak bau lain bercampur/serap), esoknya keluarkan dari tray & masukkan dalam bekas kedap udara. Esok sebelum pergi kerja, keluarkan satu cube, defrost, then tambah susu suam utk rasa yg suam sebelum suap kat baby. Jimat masa dan tenaga. Yang nak hantar kat baby sitter pun senang. malam before tidur letak satu cube kat peti ais bawah (biar defrost sendiri), esok masuk dalam bekas utk hantar kat BS (suruh bs tambah susu suam sajee)



( luvpinkja, 0312 )
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...