Assalamualaikum..
Hai kesayangan semua. Thanks masih sudi membaca & stalk. ehh.
Lama jugak tak update(give up update perjalanan mengandung dgn lebih details & istiqamah, Haha)
Ok lah terus cerita je pengalaman bersalin anak pertama ni. Yelah, sebelum terlupa rentetan kronologi bersalin ni, dengan urat & saraf banyak terputus masa bersalin haritu. Hewhew
Sebenarnye dua date aku 29 Sept 2015. Tapi since 19 Sept tu aku dah keluar tanda (turun darah tapi tak kerap & tak banyak pun), tapi naluri aku kata tak serious mana pun. Dan hati asek menidakkan bahawa aku dah hampir nak bersalin. Nervous okay nervous. Macam takbleh nak terima hakikat jeeee. Bagitau kat Shahrull pulak, dia boleh gelakkan je, dengan ayat 'masa awak nak deliver dah dekat sayangg..so its normal lah keluar tanda. Get ready je anytime boleh deliver kann' Hemphh sangat !
19Sept tu day off aku, sabtu. Malam keluar tanda tu. Tapi takde sakit apa pun. Esoknya 20hb ahad tu pun aku gagah lagi pergi kerja sebab takde pape sakit. Then masa kat office tu ade turun darah lagi tapi still tak banyak & tak sakit. Buat dang lagi balik kerja pergi jalan2 kat HP niat hati nak repair telefon (time ni jugak ah tepon aku buat hal.Motherboard rosak atau erti kata lain takdapat diselamatkan lagi, sedih gilaaaaaa ! ). Dan pulang dengan sedih karena tak mampu nak beli telefon baru time tu jugak. Duit nak kena reserve utk future junior ni. Sabar. Dalam kepala otak aku ni fikir satu je weh sebenarnye, nanti kalau bersalin dalam masa terdekat, camne nak update kelahiran junior aku nanti, cane nak amek gambo, cane nak call2. Aaaaaaaaaaaa stress. Dan pergi bubur sentosa untuk hilangkan stress sikit. Pegi makan kerang rebus dan teh ais. Pehhh, heaven !! (saat menaip ni aku masih berpantang gais, taip teh ais pun nak nanges rasa)
So, esoknya 21hb isnin pagi tu bangun subuh sebab nak popo. Tapi penat mencangkung hampeh takde result (tak jadi popo). Yang ade hanyalah titisan darah kat bowl. Omaigodddd ! Diam lagi. Mandi and pakai panty liner tup tup panty liner pon ade darah. Merah & tak macam sebelum ni which is coklat gelap tu. Masuk bilik ngadu kat Shahrull lah camne ni camne ni sambil nangis takut tapi keep on cakap yg 'tapi b.. syg tak sakit punnn.. takkan lah nak bersalin'. HAHA
Golek2 jap deal dgn Shahrull camne nak pergi kerja ke tak. Shahrull siap suggest pergi office dulu, thumbprint & prepare assignment utk maid, then baru pergi klinik macam biasa waktu monthly checkup. Then fikir2 balik macam malas je nak pergi kerja, rasa nak mc je (mc bukan nak bersalin okay). Whatsapp boss cakap takdapat datang & bagitahu mak. Mak cakap pergi check kat KD dulu ade bidan.
Siap2 semua, pergi lah KD Bakar Batu tu, masuk klinik cakap dgn misi dah keluar tanda, so nak mintak dia check kan. Misi tanya, dah berapa minggu, aku cakap 39minggu, terus dia halau aku. Eh eh tipu je dia tak hina sangat nak halau aku. Haha. Misi tu cakap, 'eh eh awak pergi hospital terus takyah dtg sini patutnya. Dah awak pergi hosp sekarang' Ahhhhh. Stress kena pergi hosp. Kepala dah bayang sesi seluk menyeluk tu ha. Tu je yang aku fikir sebenarnye, Tanak pergi hosp sebab taknak kena seluk. Ghahhhh
Sampai HSI, tanya kat kaunter reception tu dia terus suruh pergi bilik saringan. Sampai bilik saringan tu dah macam outpatient lounge jugak. Ramai tunggu turn dgn suami dan muka kerut merut memasing. Aku makin lah seriau. Letak buku merah kat kaunter, tunggu misi panggil and jawab dua-tiga soalan. Dia tanya anak first ke, kenapa datang, bawak fotostat sijil nikah tak, Darah bape banyak keluar.
Then sampai turn nak check (saringan) duduk sekali dgn makcik-makcik. Takde pon sebaya aku. Memasing anak ketiga keempat. Haha. Sampai turn aku tu doc suruh baring bukak itu ini and 'maaf dik, saya nak check bukaan sikit' *pasghah*. Sambil2 tu doc tanya, awak ade rasa contration sakit sakit tak? Takde. Oh yekee. Em takpela, pasni kita bagi baju awak tukar semua k. Eh saya nak kena masuk wad dah ke? Awak terus ke labour room ni takde wad wad dah. Bukaan dah 3cm kita check. Whatttt ?? Nak masuk labour room bebetul dah ni ? Tepon rosaaakkk -______-
Kahkah. Pergi kaunter semula, Shahrull tengah gelak2 cakap telepon dgn abah aku. Yang aku dengar dia cakap 'Dia ok je bahh, boleh ketawa-ketawa ni'. Mesti abah tanya aku sakit ke nanges ke tak. HAHA. Then misi suruh pass semua barang kat suami. Barang kemas, jam, handphone, even selipar pon takyah pakai. Maka berkaki ayam lah aku menuju ke wheelchair untuk ditolak ke labour room. Misi tolakkan while Sahhrull pergi kereta amek beg2 baju semua. Sebelum tu aku sempat tanya misi, lepasni bila saya jumpa husband saya? Punya lah overly attached wife kann. Takut sangat berpisah dgn husband. hahahahaha. Misi kata, lepas awak masuk labour room ni sampai awak siap bersalin nanti suami awak akan ade dengan awak. Legaaaaaaaa.
*ditolak ke bilik*
Masuk satu bilik ni ade satu katil je. Thought dewan bersalin yg banyak2 katil tu patutnya dia hantar aku kan. Tapi ni bilik apa lagi dia hantar. 'Misi, ni bilik apa ek?' Ni lah bilik bersalin awak. Awak akan duduk dalam ni sampai bersalin nanti. 'Ohh bersalin dalam ni la?' 'Ye dalam ni"
Ade satu jam besar tepampang depan mata aku. Aku tengok masa aku check in bilik tu pukul 9.40am, dengan 3cm bukaan. Kalau ikut kiraan 1jam satu cm bukaan, maka aku akan bersalin pukul 4.40pm. Nurse bertukar ganti masuk. Sorang pecahkan ketuban, sorang masukkan air kat tangan, sorang bius bontot, sorang kosongkan pundi kencing. Yang bius bontot tu kata, saya bagi ubat kat awak ni ngantuk sikit, awak tido jelah. Oh best nya boleh tido. Harap aku bangun nanti pukul 4.40pm. Terus bersalin. Phewwwww. Nurse kata lagi 4 jam baru dia datang check semula bukaan. Means 1.40pm ah dia datang semula.
Tapi ubat tu really works, ngantuk ! Ngantuk betul. Shahrull datang pon aku tengah high, takleh bukak mata rasa. Berbual sambil pejam mata. Hewhew. Sakit tak ? Masa tu aku rasa sakit sikit-sikit je lepas dia pecahkan ketuban tu. dalam 15-20minit sekali sakit. Tapi under control lagi sebab masih mampu tido kauuu.
Then 1.40 nurse datang check bukaan. Nurse kata dah 6cm. Nurse taksempat kata sebenarnye aku terus tanya dah bape cm. Hahaha. Oh 6cm. Nurse kata kita tunggu sampai 10cm baru boleh bersalin k. So lagi 4 jam saya datang semula check bukaan. Baiklah. Lets contnue sleep. Phuih sleep sangat. Sharp pukul 2.00pm aku dah rasa semacam. Macam dah sakit sangat je. Sakit bebetul ! Aku suruh Shahrull panggil nurse, nurse datang aku cakap lah dah sakit sangat ni. Nurse kata, kena tunggu lagi 4cm dik baru awak boleh bersalin. Skang memang lah awak rasa sakit. Ok tak membantu pon misi nama apa ntah ! HAHA.
Masa ni aku dah bertukar jadi monster dah. Time ni Shahrull bisikkan selawat kat telinga pun aku rasa nak sepak muka dia. Tapi tak sepak lah. Aku palingkan muka je tak tengok dia tanda marah ! Masa ni Shahrull usap2 tangan pun aku rasa nak maki dia. Tapi tak maki pun sebab mulut tak benti zikir & selawat tak sempat nak maki. Aku rentap je tangan aku tanda marah lagi ! Then 2.05 aku suruh Shahrull panggil nurse sebab aku dah tak tahan macam nak terteran dah. Rasa dah kat hujung2 jeee. Shahrull dengan setia & tanpa bantahan panggilkan nurse lagi.
Nurse datang & tanya kenapa. Aku cakap la, 'saya tak tahan dah nurse, rasa nak teran ni'. 'Ohh nak teran ehh. *sarung glove* ok teran lah tengok. Aku pon teran lah...2.10pm...
Start dari tuuu, mula lah sesi teran dan sorak oleh pasukan nurse dan Shahrull. Time ni tak rasa sakit dah, dalam kepala fikir nak teran sampai keluar je baby ni cecepat. Sebab once dah teran mana boleh nak stop sambung nanti-nanti. Masa ni lah Shahrull keep on remind me how to breath correctly, practise kan apa yg dah belajar kat lamaze tu, Its really help this time. masa bila nak teran, macam mana nak teran, jangan angkat punggung, Nurse kejap cakap 'haaa betul tu teran lagi, sikit lagi. Eh awak jangan teran main-,main, lemas nanti anak awak ni, saya takboleh paksa tarik. Ha suami tolong angkat kan kepala isteri tu, dagu kat leher. Haaaa kepala anak awak dah kelaur ni. Awak curi nafas sikit, sambung teran untuk keluarkan bahu anak awk pulak. Ok baiklah. Yearrgghhhhh ! Teran.
Alhamdulillah, 2,20pm selamat keluar baby lelaki seberat 3.6kg. Baby dia pass kat Shahrull untuk azankan. Aku teruskan sesi untuk keluarkan uri. Tak sakit pun aku tak rasa apa.
Then Shahrull keluar dah bawak barang masuk ward, nurse cakap nak jahit. Shahrull takde la masa sesi jahit tu. Aku tanya, sakit tak nurse ? Dia kata, kita bius sikit. Dia bius kat peha. Then dia jahit. Aku paling seram time ni sebab sering dimomokkan (jahat dan hina yg tukang momok ni) dengan jahit lagi sakit dr contraction sbb kena jahit hidup-hidu[p (tanpa bius-which is depend on hosp & nurse, kot?). Alhamdulillah tak sakit pun, cuma rasa vibrate2 time benang ditarik. Geli2 je. Hahah. Masuk jarum tak rasa pun. Time ni aku rasa separa sedar and ngantuk sangat tak larat bukak mata, Sedar-sedar dah kat atas katil untuk disorong masuk ward.
Sementara jahit tu nurse2 lain bersihkan & uruskan baby.
Check-in ward pukul 4pm.
Dapat baby dan nurse pesan sambil flip hair
*Lpeasni makan nasik, tukar pad, and susukan baby k*
Hoh senang kau cakap. Mana aku larat.Mana nak masak nasik ?!
Hahahahaha. Dah lah, aku ngantuk. Continue next entry.
Byeeee.
Assalamualaikum.
( luvpinkja, 0312 )