Followers

About Me

My photo
Johor Bahru | Mersing, Muslim, Malaysia
Walking freely wasn't a warranty for you can run.

Pages

Showing posts with label #ShahrullHarith. Show all posts
Showing posts with label #ShahrullHarith. Show all posts

Sunday, November 20, 2016

#ShahrullHarith12Months

Assalamualaikum

Wow akhirnya berjaya lengkap kesemua monthly update (walaupun ade 1m stuck, and delay2 ade aku kesah?) HAHA. Alhamdulillah

Lepasni maybe update by year je. So bermakna next update on Harith's growing is next year ! Untuk simple update korang tengok jelah ig aku norazrina_abdhamid ye. Eh ter promote puleks. 

Ok utk 12m punya perkembangan adalah seperti berikut

  • Harith start stepping at this age. Boleh 2-3 langkah menapak then dia malas or takut ntah, dia duduk. Lepastu merangkak je lebih. Suka hati dia lah. Aku tak paksa dia berjalan pon, risau tu ade jugak lah sikit sbb dia lambat berjalan. Tp risau takat tu jela. Pastu aku biarkan je dia merangkak sampai most of his pants dah naik lunyai/hitam kat bahagian lutut. If you know what i mean dear mommies :-)
  • Makan ? Ha part ni susah betul sbb aku takde sistem yg molek lagi sekarang. Since Harith banyak pantang makan kan. So as long as makanan tu tak mengandungi bahan terlarang buat si #EczemaFighter, aku bagi je dia makan. Tbh memang nenek dia je yg banyak bagi makan; breakfast & minum petang/dinner. Sebab kadang-kadang aku balik kerja Harith dah siap makan nasi untuk dinner. So malam aku just bagi makan kudap-kudap mcm biskut ke roti. Tu je. Basically Harith just makan roti cicah air (breakfast) & nasi lauk ikan goreng utk lunch/dinner. Buah-buahan so far semua dia makan (tembikan, honeydew, betik, pisang)
  • BMI masih normal alhamdulillah. Ideal kata orang. Tinggi dia aku tak sure (dan malas check buku biru sekarang), berat dia masih lagi range 8.2-8.4kg
  • Bermain dah semakin ligat. Kalau korang google montessori box, Harith dah start masukkan shape2 tu kat dlm lubang semua tu. Main beads. Ha tu jelah mainan yg dia ade yg aku belikan. Aku mmg tak belikan dia mainan otomen, robot2, hot wheels ke teddy bear ke, no no. Bukan sbb kedekut, tp sebab aku paling taksuka tgk mainan dia bersepah. 1box tu je pon aku dah cukup semak. Hahaha. Just aku plan nak belikan lego utk dia and objek yg berbentuk haiwan2 realistik setakat ni. Tp ade je robot2 lah kereta mainan lah, mainan picit2, anak patung segala bagai kat rumah tu. Ade yg hadiah birthday, ade yg nenek/atok,uncle/aunty dia saje2 belikan. Rezeki.alhamdulillah terima kasih.
Em tu je kot ? 

Ok byeee

Thanks for reading.

( luvpinkja, 0312 )
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Sunday, August 7, 2016

#ShahrullHarith9Months

Assalamualaikum
  • Full 4 batang gigi (2 atas, 2 bawah)
  • Start climbing (paling terror memanjat atas mommy & ayah)
  • Boleh berdiri 2-3 seconds (ok lah, ade berani sikit)
  • Up to 8oz susu per session
  • Start kutip segala mak nenek benda kat floor
  • Ruam datang lagi ! (allergy alert); merah bawah mata
  • Tahun pertama beraya dan tak tahu pon kot raya tu apa ! Hahaha. Dia tak reti bersalam tapi dia pandai amek duit raya. Hmmm, anak..oh anak
  • 8.2kg maybe due to demam, batuk & flu
  • Pandai dah lambai orang sikit-sikit. Tapi lagi hebat dia tak bye2 semula kalau ayah dia yg lambai, dia merengek. Yes, he is daddy boy much. Me ? Ok jeeeee ! :-p
  • So far bagi dia makan serbuk heinz tu. This one agak sedih sebenarnya. Sebab he refused all the porridge yg mommy buat. Macam2 flavor mommy buat. Im not giving up, tapi just rehat ( ???) jap dari segala bubur. Dia makan, tapi just ngecek makanan org lah sikit. Apa mommy/nenek dia makan, itu lah yg buat alas perut dia (selain heinz). 
  • Diapers: Still drypers size M, 4-5pcs daily (no leaking issue dgn drypers ni so far)



( luvpinkja, 0312 )
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Wednesday, May 25, 2016

#ShahrullHarith7Months

Assalamualaikum..



> Tumbuh gigi sebatang ! Gigi depan, bawah
> Mula merangkak sikit tapi backwards la. Go go baby boy ! Teruskan usaha
> Yang ni sebenarnya malas nak ingat, tapi takpe kite rekodkan sebagai pengajaran: 2 kali jatuh. 
1) Jatuh tangga rumah nenek, 4 anak tangga kot -___-' ! 
2) Jatuh katil. Hmm alhamdulillah Allah lindungi dari kecederaan serius.
> Naik flight lagi ! Pergi Sabah pulak. Dulu naik diam je. Sekarang mulut bising membebel ! hahaha
> Boleh sebut ba-bahh, mm-pahhhh (lebih kurang camtu lah bunyi dia). Mommy happy sangat ! Tak sabar nak ajar sebut mommy :-)
> Hulur tangan mintak dokong
> Nangis bila orang tak bagi hisap tangan
> Makanan prefer with texture (tak berapa lumat) dan pekat
> Takde masalah dengan open sea (Pulau kat sabah) & kolam/pool. Happy kemain dia tepuk2 air tu.Tapi sungai mcm tak berapa on je ? Ke Harith geng mommy tak interested mandi sungai/waterfalls ? Hiks
> Settle hajat pagi-pagi masa bangun tidur. Alhamdulillah mudah urusan. 
> Pampers 4-5 pcs range per day
> Rutin one night punya susu kena spare 8-10oz untuk masa tidur (2 kali bangun menyusu basically)
> Boleh duduk tapi dengan minimum supervision.
> Mulut semakin ramah &pemurah dgn senyum alhamdulillah
> Tak memilih orang/tak takut dgn strangers sangat. So far senang je nak orang dokong
> Menyusu 5-6 kali menyusu, 5-6oz per session. 
> Popo 1-2 kali sehari
> Diapers masih pakai drypers size M
> Botol susu nuk, teat size 1/S
> Sabun mandian & lotion cetaphil (eczema precaution)

Makanan:
Brown rice porridge (BRP) (carbs) + veg/ fruit puree (fibre/vit) + anchovy/chicken stock (protein) + unsalted butter (dairy product)
1) BRP + puree labu + bayam + unsalted butter
2) BRP + puree labu + chicken stock + unsalted butter
3) BRP + puree labu + anchovy powder + unsalted butter
4) BRP + chicken stock + butter
5) BRP + chicken stock + bayam + unsalted butter
6) BRP + puree brocolli & kismis + butter
7) BRP + puree carrot + anchovy powder + unsalted butter
8) BRP + puree carrot + chicken stock + unsalted butter
9) BRP + puree carrot + unsalted butter
10) BRP + puree mangga + puree epal + unsalted butter
11) BRP + puree keledek + chicken stock + unsalted butter
12) BRP + puree keledek + unsalted butter

Biasa nya selang-selang. Pagi flavor lain, malam flavor lain. Baby cepat bosan -__-'

#TipsBagiMakanBaby 
1. Jangan bagi minum susu atleast 2 hours sebelum masa makan
2. Bagi makan dgn body-to-body-contact (iols suka dudukkan baby atas riba sambil suap)
3. Layan jela mood anak time makan. Mesti macam-macam kerenah. Jangan give up ok ! Lagi-lagi kalau sudu makanan terbang atas lantai ke, bubur bertepek kat jeans korang ke, chill je >.< Janji anak nak makan.
4. Kurangkan distraction. Bukan lah kena bagi makan dalam gua. Tapi elakkan tempat yang too much things yg boleh distract anak. 
5. Pastikan anda dlm keadaan kenyang & selesa (mommy pon boleh tantrum, bukan anak saje)
6. Main-main atau bergurau dgn anak masa sesi makan. Bukan main lumba lari ke zero point pulak. Main tutup-tutup muka pon ok dah. Nak gain attention anak je pun. Biar dia tau masa makan adalah masa yg paling menghiburkan. Elakkan anak fobia dgn sesi makan.

 


( luvpinkja, 0312 )


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Sunday, April 24, 2016

#ShahrullHarith6Months

Assalamualaikum..





Ha entry ni bersemangat sikit. Mommy dah start taip on time ! Sebab nya Harith start solid food this month ! Yay

1. Harith lengkap ambil imunisasi untuk Hepatitis B. Alhamdulillah. Semoga membesar dengan sihat anak !

2. Actually hari check up 6 bulan tu sebenarnya Harith tak berapa sihat (mommy anggil 'dedor' je), 37 .4 degree celcius. So tak boleh inject. Kena postpone lagi 2 minggu (settle dah)

3. Harith dah mula makan ! Mommy strat dengan brown rice porridge, pastu puree keledek, puree epal, puree carrot, puree avocado, etc. Tools mommy guna steamer & blender Autumnz je senang gilos ! Resepi, doa banyak-banyak supaya mommy Harith rajin untuk snap gambar& karang entry. Hewhew.
p/s: Makin canggih handphone, makin malas amek gambar. 

Respond Harith ? Bercampur baur. Kadang mommy taktau beza itu suka ke bosan ke lapar. Sebab so far 3rd & 4th day (follow 4 days rule) baru dia akan makan dengan mudah. Biasa 1st & 2nd day tu ade macam-macam lah muka pelik dia buat. Nak muntah lah konon-konon, tapi licin jugak dia bedal. Perangai !

Makan 2 kali sehari. 3oz per session. Breakfast & dinner (bakal upgrade ke 3times)

4. Kaki makin kuat ! Letak dalam walker, semakin laju berkayuh. Same goes to bila bawak mandi kolam (dengan pelampung). Kemain kaki dia mengayuh & mengitai. Hiks !

5. Aktif menjerit bila marah & pandai geram (ketap mulut &genggam tangan kuat-kuat)

6. Mula mencapai barang-barang yang tercapai dek tangan dia. Setakat ni dah tumpahkan gravy meatball mommy kat kedai dan tarik shawl/tudung mommy setiap pagi mommy kiss nak pergi kerja. 

7. Berat 7.4kg 

8. Rambut dah diratakan semula (since ramai tegur rambut tak rata sebab cukur bantal)

9. Dah pandai & aktif telungkup-terlentang. Biasa sekali je dia telungkup, pastu taktau terlentang. Now dah boleh dah. Alhamdulillah.

10. Kerap angkat punggung dan bahu dengan sendiri.

11. Lengkap test puree ikut 4 days rule. Alhamdulillah takde alaahan kat kulit. Paling teruk pun tak popo sehari je. List solid food dia macam kat bawah ni k.

  • Brown rice porridge (basuh-sangai-blend-masak 10-15mins, siap !)
  • Sweet potato puree (kupas kulit-potong dadu-steam-blend)*
  • Epal puree (kupas kulit-buang biji-potong dadu-steam-blend)*
  • Carrot puree (kupas kulit-potong dadu-steam-blend)*
  • Avocado puree (kupas kulit-buang biji-potong dadu-steam-blend)*
  • Banana puree (lenyek2 je
  • Brocolli + kismis puree (steam-blend)*(yang ni Harith reject paling worst sekali -___-')
*Yang ni semua buat stok utk 4 hari (ade lebih), lepas siap blend, frozenkan dalam ice tray yang bertutup (elak bau lain bercampur/serap), esoknya keluarkan dari tray & masukkan dalam bekas kedap udara. Esok sebelum pergi kerja, keluarkan satu cube, defrost, then tambah susu suam utk rasa yg suam sebelum suap kat baby. Jimat masa dan tenaga. Yang nak hantar kat baby sitter pun senang. malam before tidur letak satu cube kat peti ais bawah (biar defrost sendiri), esok masuk dalam bekas utk hantar kat BS (suruh bs tambah susu suam sajee)



( luvpinkja, 0312 )
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Sunday, March 27, 2016

#ShahrullHarith5Months

Assalamualaikum..

Hai korangggg !

Setakat 5months ni Harith ade improvement jugak lah dari segi tumbesaran dia. Eh ayat mommy, bombastik sangat.

1. Dah masuk ke stadium support JDT ! Haha takde makna nya wey dia support. Baby kecik ni bukan tau apa. Ayah dia yg semangat sangat train anak bujang tentang football.



2. Dah mula ketawa mengekek-ngekek. Especially bila ayah dia yg agah. Mommy agah macam tak menarik sangat, lambat nak ketawa. Well, mommy ok je.

3. Dah pandai menangis yg subhanallah. Menguji sungguh. Mana Harith belajar pun mommy taktahu.

4. Pandai mejerit ! Yang ni comel pun ade risau pun ade. Sebabnya ? One night before Harith demam, dia bergalak menjerit. Esoknya demam takde suara. Haihhhh trauma mommy.

5. Ha point panjang sikit. Nak cerita Harith punya kronologi demam. Seminggu kot demam ! Dari lahir sampai umur 5 bulan (end of 5 months, org kata nak beralih bulan. Entah), ini first time sakit. Tapi sekali sakit, pakej terus. Demam, batuk & sakit tekak (sama macam penyakit tahunan mommy). Kesian sangat masa ni. Badan panas sangat. 3 kali pergi klinik, 2 kali check darah. Doktor kata demam biasa & darah ok, alhamdulillah. Tapi yang sedih sebab hari ketiga & keempat Harith demam, mommy pulak demam dengan batuk tahap final stage. Tahap yang dua hari takboleh pegang & jaga Harith. Sobssssss (nenek & ayah Harith sangat membantu time ni). Shahrull pun gagah jugak lah jaga dua2. Tidur diapit kiri kanan sakit & batuk. Thanks B ! Macam-macam cara cuba untuk Harith. Taktau mana satu yg berkesan. Hari kelapan baru sembuh. Dah cuba lemon bath 2-3hari, garlic oil & steam w percussion, jaram kepala dgn air asam, tuam kepala most of the time utk turun suhu. 

6. Masih belum pandai meniarap/merangkak. 

7. Melonjak setempat. Ha yang ni Harith power. Semput kot melayan Harith terlonjak-lonjak. Hehehe

8. Tangan dah pandai genggam mainan (teether).

9. Dah pandai duduk dalam walker tapi tak bergerak lagi.

10. Boleh telungkup, tapi still tak pandai balance/support tangan.

11. Suka gonyel tangan/jari masuk mulut.

12. Menyusu masih 4-5oz per session (mommy taksabar tunggu upgrade, nak pakai botol susu baru yg cantik ! Haha)

13. Pandai fokus pada tv/handphone (layan didi & friends)

( luvpinkja, 0312 )
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Wednesday, December 9, 2015

#ShahrullHarith2Months

Assalamualaikum
 
 
 
Hai. Saya Harith yang berusia 2 bulan :-)
 
Ok meh aku list kan apa yang berlaku masa umur 2 bulan ni:
 
1. Dah pandai ketawa ! hahahaha (senyum & sengih je sebenarnya). Makin lama makin macam2 bunyi Harith buat
 
2. Pandai nak berbual pagi-pagi (subuh). Masa ni mommy dah naik kerja dah. Harith tinggal dengan Nek Nab dia (Mak Shahrull).
 
3. Tido dah semakin normal. Malam je tido lah dia start dari lepas mandi petang tu. Bangun pun kejap-kejap je untuk menyusu & tukar diapers. Biasa nya lepas pukul 11pm tu dia bangun semula dalam pukul 2-3.30am untuk meyusu & tukar diapers. Lepas tu pukul 5.30am-6.30am dia akan bangun juga untuk susu.
 
4. Masih fully breastfeed. Cuma mix dengan indirect feeding. Yelah mommy dia ambitious & bekerjaya kan, kena lah bagi ebm kat Harith. Nasib baik Harith sporting & tak banyak songeh. Terima je apa ada nya.
 
5. Pakai botol susu NUK, Avent (natural) & Mimijumi. Tapi mostly bagi guna NUK. Dah lah design botol cantik-cantik ! Pink pon mommy bedal je. Takde lagi kajian kata anak lelaki minum botol pink jadi awww. Hewhew. NUK & Avent(natural) ni bagus sebab puting dia pendek (takdela sampai touch tekak baby), lembut (hmmmmm.. :-) ) sesuai untuk newborn. Mommy beli mimijumi sebab warna dia cantik (merah-coklat) & botol dia unik. Konon cover dia menyerupai skin mommy. Tapi mimijumi lagi sesuai untuk wean-off nanti lah which is Harith tak perlu kot sebab sekarang tak direct pun dia takpe. Apadehal janji kenyang. Bedal jelah botol apa jenis pon. Plus, puting mimijumi ni keras & panjang sikit. Nak wean off umur 2 tahun ok lah kot.
 
6. Pagi-pagi bangun lepas susu tu mesti mata terbuntang. Nak ajak berbual. Padahal bukan paham apa. Bukan pandai cakap pun. Tapi masa ni mommy yang excited berbual & agah-agah dia. Dapat tengok Harith senyum pagi-pagi tu macam bekal breakfast lah nak pegi kerja. Tapi kadang tu ade jugak buat perangai, muka cebik-cebik nak nangis bila mommy nak pegi kerja. Politik Harith lettew. Manjaaaaaa.
 
7. Semakin kurang popo. Sehari dalam 3-4 kali je. Normal 3 kali lah. Sehari tukar diapers dalam 7 kali je. Dah start pakai diapers size S. Fyi baby dah boleh stop guna diapers newborn bila dah mula kurang popo & lebih kerap cici. Sebab newborn punya diapers dicipta untuk mudah serap lembapan dilapisan bawah, dan najis akan stay dry kat bahagian atas (ada filter layer). Nb baby kan kerap popo, so dia akan rasa dry je sebab liquid akan difilter kebawah, so that baby takkan rasa melekit lekit/berlendir najis tu. Diapers size S dan keatas ni takde filter macam nb punya tu, baby pun dah kurang popo, jadi focus diapers adalah untuk menyerap liquid (urine) sahaja. Paham tak beza dia ?
 
6. Berat 5kg.
 
7. Masih berbarut & berbedung
 
8. Dah boleh tidur telungkup. Lena kalau tidur gini. Sebab dia suka tidur atas dada (when mommy or ayah have free time to pampered him this way). Tapi tidur macam ni kena monitor setiap saat. Sebab baby tak kuat lagi kan. Takut kalau muka dia tersembam nanti sesak nafas pulak (in case dia bergerak/alih tangan masa tidur). Tidur macam ni takyah lah dibedung, nanti cane nak tonggeng bontot gitu kan ? cane nak alas dagu dengan tangan (space untuk bernafas). Fungsi bedung kan taknak bagi baby terkejut-tersedar time tidur, tapi dengan tidur telungkup ni dia susah nak terkejut & terjaga terus sebab tangan dia tertindih, so dia diam-diam je lah. Hahaha
Tidur telungkup
 
9. Boleh tidur mengiring.
 
 
10. Kaki dan tangan sangat aktif. Gaya seakan-akan mengayuh. Ligat betul.
 
 
11. Time mandi Harith dah suka melonjak-lonjak. Kaki tak reti diam !
 
 
12. Rambut masih botak dibelakang. Orang kata cukur bantal. Mommy kata rambut tak tumbuh sebab Harith tak kuat angkat kepala lagi. Rutin harian pulak adalah baring, so cemana rambut belakang nak tumbuh kalau asek kempam. Kot ? Suka-suka je mommy keluar fakta.
 
 
13. Dah mula hisap mittens/jari kalau lapar. Yang ni pon mommy rasa comel sampai nak starlight dahi Harith. Hehehehe
 
 
14. Masih fit to newborn size shirts. Tapi dah sendat-mendat-sexy !
 
15. Dah mula mix susu formula (fm-formula milk) sebab susu mommy semakin merosot. Tsk tsk tsk. So far kitorang bagi Frisolac. Tapi sehari dalam 1-2 kali jela bagi fm. The rest still ebm (siang) & direct feeding (malam). Sorry anak ! -___-'
 
16. Mommy & ayah discover yang Harith tak suka sejuk (aircond & kipas). Hm hmmmm. Yang ni mencabar jugak lah rasa. Harith akan merengek atau nangis kalau dalam bilik hotel. Bila bedung & cover dengan duvet baru diam & tidur lena. Lepas mandi & sebelum pakai baju kena make sure kipas & aircond dah tutup. Tidur malam pun kena make sure Harith tak kena direct fan. Takyah kipas langsung pun takpe, dia tidur je walaupun peluh basah habis dah bantal & belakang badan dia. Apadehal. Mommy dengan ayah lah yang tercabar sebab kena berpanas sama.
 
Emm. tu je kot ?
 
Saje nak bagitau, setakat 2 bulan ni Harith dah ke Perak (ikot ayah ade sports programme & mommy jjcm) & Terengganu (mommy & ayah nak fefeeling jatuh cinta dulu-dulu). Alhamdulillah Harith takde masalah jalan jauh dan takde masalah telinga berdengung masa naik flight sebab mommy managed to bribe Harith with pacifier ! hahahahaha. (Berjaya lah kot sebab Harith tak ngamuk pun). Next time kena standby earplug untuk lebih selamat.
 
Nah ni aku belanja Harith buat muka comel dia. Abaikan suara mommy yg ketawa macam hareee itu. Haha
 
Background pantai tempat ayah & mommy main layang2 masa zaman bercinta
Pantai Batu Rakit :-)
K lah. Tak larat dah nak taip sejuk sangat office ni. Ngko dah kenapa tersampuk Harith tak tahan sejuk ? Haha. Sebenarnya aku syak Harith mewarisi aku, tak suka sejuk sangat.
 
Byeeeee
 
( luvpinkja, 0312 )
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

#ShahrullHarith1Month

Assalamualaikum..
 
Eh eh first time upload gambar Harith kat belog rupa nya.
 
Hai kenalkan, ni anak sulung kite,
Muhamad Shahrull Harith bin Muhamad Shahrull Nizam
Nama panggilan: Harith
Nama mommy panggil: The Harith (baca: Ce-Harith)
Nama instagram: The Shahrulls
 
Harith please behave k kat belog mommy ni (!)
 
Saje aku nak update pasal Harith awal-awal ni. Anak sulung kan. Mestilah mommy dia semangat kemain nak gebang, rekod dan update perkembangan dia. Dah anak ke limabelas nanti mana lah aku larat. Lagipun update pasal anak sulung ni boleh lah aku refer/compare/study perbezaan dengan anak-anak seterusnya. Eh bertuahnya kalau aku sebegitu rajin. Ok kita mula kan perkembangan dia dari usia sebulan. Tengok jauh mana pergi dia.
 
So far masa sebulan ni Harith dah berjalan ke Mersing (kampong mommy), JB (Bakar Batu) dan Selangor (attend wedding seawal 20 hari, kau hadooo ?? Harith hado !) ! Eh tu bukan sejenis perkembangan kan ? hahahaa
 
Ok serious lah:
 
1. Harith cuma pandai meneran je masa ni. Meneran yang sampai merah-merah muka tu. Ade orang kata teran daging lah teran isi lah teran nak besar lah. Tapi mommy dia gelarkan behavior itu sebagai teran nak kentut tak lepas.
 
2. Pandai senyum selama 0.02 saat. Sekejap je ok ! Siapa yang terserempak (??) dengan Harith senyum pada usia ni dia memang bertuah.
 
3. Familiar dengan bunyik pelik. Mata pejam dan mengeluarkan bunyi macam ketawa tapi macam menangis pun ye dengan riak muka satu nada. Natural face lah senang cakap. Entoh ler mommy taktahu tu bunyi apa. Aciq & atok dia cakap bunyi embekkkkk (siot kan?)
 
4. Kerap popo rather than cici. Sehari dalam 10 diapers dia pakai.
 
5. Menyusu setiap 2jam. 10 minit setiap sesi.
 
6. Siang kuat tido, malam berjaga. Elok jam pukul 11.30pm keatas, ting ting ting mata dia membulat. Bukan buat apa pon. Tapi bila mommy & ayah nak tido masa tu jugak dia ek ek ekkk mintak tatap muka dia. Masa ni mommy & ayah dia fobia nak tunggu malam.
 
7. Umur sebulan kena inject. Ubat apa entah (refer buku biru baby). And jumpa doctor untuk check. Masa ni ade check reflect baby. Doktor cakap normal, Alhamdulillah.
 
8. Berat masa sebulan, 4.6kg
 
9. Muka always serious.
 
10. Selamat dicukur & aqiqah pada usia sebulan setengah. Ayah & mommy yg cukur botakkan. Alhamdulillah.2 hari jugak Harith menangis ngamuk setiap kali lepas mandi sebab pedih lepas kena cukur. Kesian baby mommy ! Sobsssss
 
11. Alhamdulillah fully breastfeed masa ni.
 
Eh tu je yang mommy ingat.
 
Byeeeeee !
 
( luvpinkja, 0312 )
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...