Followers

About Me

My photo
Johor Bahru | Mersing, Muslim, Malaysia
Walking freely wasn't a warranty for you can run.

Pages

Showing posts with label #ShahrullHarith #ShahNanaJunior #ParentingTips. Show all posts
Showing posts with label #ShahrullHarith #ShahNanaJunior #ParentingTips. Show all posts

Sunday, August 7, 2016

#ShahrullHarith9Months

Assalamualaikum
  • Full 4 batang gigi (2 atas, 2 bawah)
  • Start climbing (paling terror memanjat atas mommy & ayah)
  • Boleh berdiri 2-3 seconds (ok lah, ade berani sikit)
  • Up to 8oz susu per session
  • Start kutip segala mak nenek benda kat floor
  • Ruam datang lagi ! (allergy alert); merah bawah mata
  • Tahun pertama beraya dan tak tahu pon kot raya tu apa ! Hahaha. Dia tak reti bersalam tapi dia pandai amek duit raya. Hmmm, anak..oh anak
  • 8.2kg maybe due to demam, batuk & flu
  • Pandai dah lambai orang sikit-sikit. Tapi lagi hebat dia tak bye2 semula kalau ayah dia yg lambai, dia merengek. Yes, he is daddy boy much. Me ? Ok jeeeee ! :-p
  • So far bagi dia makan serbuk heinz tu. This one agak sedih sebenarnya. Sebab he refused all the porridge yg mommy buat. Macam2 flavor mommy buat. Im not giving up, tapi just rehat ( ???) jap dari segala bubur. Dia makan, tapi just ngecek makanan org lah sikit. Apa mommy/nenek dia makan, itu lah yg buat alas perut dia (selain heinz). 
  • Diapers: Still drypers size M, 4-5pcs daily (no leaking issue dgn drypers ni so far)



( luvpinkja, 0312 )
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Sunday, July 10, 2016

#ShahrullHarith8Months

Assalamualaikum...

  • Finally 8 month baru Harith start merangkak dengan smooth. Kira kategori lambat sikit kot merangkak. Haritu ade hakak cashier tu siap mention lagi 'ouhh lambat ek dia merangkak. Anak hakak pandai menipu dah masa umur 8 months. Ehh ?'
  • Gigi bawah dah selamat tumbuh dengan jaya nya. 2 batang complete !
  • Berat 7.8kg
  • Boleh makan nasi lenyek dah tapi makan di angin lalu jeee -__-'
  • Boleh munch/makan biskut sikit-sikit. Pass lah jugak 
  • Dah pandai menjerit bila orang amek benda pada tangan dia. Ehh part ni geram ! Hahaha
  • Diapers 3-4pcs je per day. Semakin jimat ! Kalau tak popo lagi jimat ! Masih setia dengan drypers (takpenah bocor/basah/ruam since lahir)
  • Picky eater one ! Dia punya drama part nak makan, fuuuuuu~~~


( luvpinkja, 0312 )
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Wednesday, May 25, 2016

#ShahrullHarith7Months

Assalamualaikum..



> Tumbuh gigi sebatang ! Gigi depan, bawah
> Mula merangkak sikit tapi backwards la. Go go baby boy ! Teruskan usaha
> Yang ni sebenarnya malas nak ingat, tapi takpe kite rekodkan sebagai pengajaran: 2 kali jatuh. 
1) Jatuh tangga rumah nenek, 4 anak tangga kot -___-' ! 
2) Jatuh katil. Hmm alhamdulillah Allah lindungi dari kecederaan serius.
> Naik flight lagi ! Pergi Sabah pulak. Dulu naik diam je. Sekarang mulut bising membebel ! hahaha
> Boleh sebut ba-bahh, mm-pahhhh (lebih kurang camtu lah bunyi dia). Mommy happy sangat ! Tak sabar nak ajar sebut mommy :-)
> Hulur tangan mintak dokong
> Nangis bila orang tak bagi hisap tangan
> Makanan prefer with texture (tak berapa lumat) dan pekat
> Takde masalah dengan open sea (Pulau kat sabah) & kolam/pool. Happy kemain dia tepuk2 air tu.Tapi sungai mcm tak berapa on je ? Ke Harith geng mommy tak interested mandi sungai/waterfalls ? Hiks
> Settle hajat pagi-pagi masa bangun tidur. Alhamdulillah mudah urusan. 
> Pampers 4-5 pcs range per day
> Rutin one night punya susu kena spare 8-10oz untuk masa tidur (2 kali bangun menyusu basically)
> Boleh duduk tapi dengan minimum supervision.
> Mulut semakin ramah &pemurah dgn senyum alhamdulillah
> Tak memilih orang/tak takut dgn strangers sangat. So far senang je nak orang dokong
> Menyusu 5-6 kali menyusu, 5-6oz per session. 
> Popo 1-2 kali sehari
> Diapers masih pakai drypers size M
> Botol susu nuk, teat size 1/S
> Sabun mandian & lotion cetaphil (eczema precaution)

Makanan:
Brown rice porridge (BRP) (carbs) + veg/ fruit puree (fibre/vit) + anchovy/chicken stock (protein) + unsalted butter (dairy product)
1) BRP + puree labu + bayam + unsalted butter
2) BRP + puree labu + chicken stock + unsalted butter
3) BRP + puree labu + anchovy powder + unsalted butter
4) BRP + chicken stock + butter
5) BRP + chicken stock + bayam + unsalted butter
6) BRP + puree brocolli & kismis + butter
7) BRP + puree carrot + anchovy powder + unsalted butter
8) BRP + puree carrot + chicken stock + unsalted butter
9) BRP + puree carrot + unsalted butter
10) BRP + puree mangga + puree epal + unsalted butter
11) BRP + puree keledek + chicken stock + unsalted butter
12) BRP + puree keledek + unsalted butter

Biasa nya selang-selang. Pagi flavor lain, malam flavor lain. Baby cepat bosan -__-'

#TipsBagiMakanBaby 
1. Jangan bagi minum susu atleast 2 hours sebelum masa makan
2. Bagi makan dgn body-to-body-contact (iols suka dudukkan baby atas riba sambil suap)
3. Layan jela mood anak time makan. Mesti macam-macam kerenah. Jangan give up ok ! Lagi-lagi kalau sudu makanan terbang atas lantai ke, bubur bertepek kat jeans korang ke, chill je >.< Janji anak nak makan.
4. Kurangkan distraction. Bukan lah kena bagi makan dalam gua. Tapi elakkan tempat yang too much things yg boleh distract anak. 
5. Pastikan anda dlm keadaan kenyang & selesa (mommy pon boleh tantrum, bukan anak saje)
6. Main-main atau bergurau dgn anak masa sesi makan. Bukan main lumba lari ke zero point pulak. Main tutup-tutup muka pon ok dah. Nak gain attention anak je pun. Biar dia tau masa makan adalah masa yg paling menghiburkan. Elakkan anak fobia dgn sesi makan.

 


( luvpinkja, 0312 )


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Sunday, April 24, 2016

#ShahrullHarith6Months

Assalamualaikum..





Ha entry ni bersemangat sikit. Mommy dah start taip on time ! Sebab nya Harith start solid food this month ! Yay

1. Harith lengkap ambil imunisasi untuk Hepatitis B. Alhamdulillah. Semoga membesar dengan sihat anak !

2. Actually hari check up 6 bulan tu sebenarnya Harith tak berapa sihat (mommy anggil 'dedor' je), 37 .4 degree celcius. So tak boleh inject. Kena postpone lagi 2 minggu (settle dah)

3. Harith dah mula makan ! Mommy strat dengan brown rice porridge, pastu puree keledek, puree epal, puree carrot, puree avocado, etc. Tools mommy guna steamer & blender Autumnz je senang gilos ! Resepi, doa banyak-banyak supaya mommy Harith rajin untuk snap gambar& karang entry. Hewhew.
p/s: Makin canggih handphone, makin malas amek gambar. 

Respond Harith ? Bercampur baur. Kadang mommy taktau beza itu suka ke bosan ke lapar. Sebab so far 3rd & 4th day (follow 4 days rule) baru dia akan makan dengan mudah. Biasa 1st & 2nd day tu ade macam-macam lah muka pelik dia buat. Nak muntah lah konon-konon, tapi licin jugak dia bedal. Perangai !

Makan 2 kali sehari. 3oz per session. Breakfast & dinner (bakal upgrade ke 3times)

4. Kaki makin kuat ! Letak dalam walker, semakin laju berkayuh. Same goes to bila bawak mandi kolam (dengan pelampung). Kemain kaki dia mengayuh & mengitai. Hiks !

5. Aktif menjerit bila marah & pandai geram (ketap mulut &genggam tangan kuat-kuat)

6. Mula mencapai barang-barang yang tercapai dek tangan dia. Setakat ni dah tumpahkan gravy meatball mommy kat kedai dan tarik shawl/tudung mommy setiap pagi mommy kiss nak pergi kerja. 

7. Berat 7.4kg 

8. Rambut dah diratakan semula (since ramai tegur rambut tak rata sebab cukur bantal)

9. Dah pandai & aktif telungkup-terlentang. Biasa sekali je dia telungkup, pastu taktau terlentang. Now dah boleh dah. Alhamdulillah.

10. Kerap angkat punggung dan bahu dengan sendiri.

11. Lengkap test puree ikut 4 days rule. Alhamdulillah takde alaahan kat kulit. Paling teruk pun tak popo sehari je. List solid food dia macam kat bawah ni k.

  • Brown rice porridge (basuh-sangai-blend-masak 10-15mins, siap !)
  • Sweet potato puree (kupas kulit-potong dadu-steam-blend)*
  • Epal puree (kupas kulit-buang biji-potong dadu-steam-blend)*
  • Carrot puree (kupas kulit-potong dadu-steam-blend)*
  • Avocado puree (kupas kulit-buang biji-potong dadu-steam-blend)*
  • Banana puree (lenyek2 je
  • Brocolli + kismis puree (steam-blend)*(yang ni Harith reject paling worst sekali -___-')
*Yang ni semua buat stok utk 4 hari (ade lebih), lepas siap blend, frozenkan dalam ice tray yang bertutup (elak bau lain bercampur/serap), esoknya keluarkan dari tray & masukkan dalam bekas kedap udara. Esok sebelum pergi kerja, keluarkan satu cube, defrost, then tambah susu suam utk rasa yg suam sebelum suap kat baby. Jimat masa dan tenaga. Yang nak hantar kat baby sitter pun senang. malam before tidur letak satu cube kat peti ais bawah (biar defrost sendiri), esok masuk dalam bekas utk hantar kat BS (suruh bs tambah susu suam sajee)



( luvpinkja, 0312 )
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Sunday, March 27, 2016

#ShahrullHarith5Months

Assalamualaikum..

Hai korangggg !

Setakat 5months ni Harith ade improvement jugak lah dari segi tumbesaran dia. Eh ayat mommy, bombastik sangat.

1. Dah masuk ke stadium support JDT ! Haha takde makna nya wey dia support. Baby kecik ni bukan tau apa. Ayah dia yg semangat sangat train anak bujang tentang football.



2. Dah mula ketawa mengekek-ngekek. Especially bila ayah dia yg agah. Mommy agah macam tak menarik sangat, lambat nak ketawa. Well, mommy ok je.

3. Dah pandai menangis yg subhanallah. Menguji sungguh. Mana Harith belajar pun mommy taktahu.

4. Pandai mejerit ! Yang ni comel pun ade risau pun ade. Sebabnya ? One night before Harith demam, dia bergalak menjerit. Esoknya demam takde suara. Haihhhh trauma mommy.

5. Ha point panjang sikit. Nak cerita Harith punya kronologi demam. Seminggu kot demam ! Dari lahir sampai umur 5 bulan (end of 5 months, org kata nak beralih bulan. Entah), ini first time sakit. Tapi sekali sakit, pakej terus. Demam, batuk & sakit tekak (sama macam penyakit tahunan mommy). Kesian sangat masa ni. Badan panas sangat. 3 kali pergi klinik, 2 kali check darah. Doktor kata demam biasa & darah ok, alhamdulillah. Tapi yang sedih sebab hari ketiga & keempat Harith demam, mommy pulak demam dengan batuk tahap final stage. Tahap yang dua hari takboleh pegang & jaga Harith. Sobssssss (nenek & ayah Harith sangat membantu time ni). Shahrull pun gagah jugak lah jaga dua2. Tidur diapit kiri kanan sakit & batuk. Thanks B ! Macam-macam cara cuba untuk Harith. Taktau mana satu yg berkesan. Hari kelapan baru sembuh. Dah cuba lemon bath 2-3hari, garlic oil & steam w percussion, jaram kepala dgn air asam, tuam kepala most of the time utk turun suhu. 

6. Masih belum pandai meniarap/merangkak. 

7. Melonjak setempat. Ha yang ni Harith power. Semput kot melayan Harith terlonjak-lonjak. Hehehe

8. Tangan dah pandai genggam mainan (teether).

9. Dah pandai duduk dalam walker tapi tak bergerak lagi.

10. Boleh telungkup, tapi still tak pandai balance/support tangan.

11. Suka gonyel tangan/jari masuk mulut.

12. Menyusu masih 4-5oz per session (mommy taksabar tunggu upgrade, nak pakai botol susu baru yg cantik ! Haha)

13. Pandai fokus pada tv/handphone (layan didi & friends)

( luvpinkja, 0312 )
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Monday, February 29, 2016

#ShahrullHarith3Months

Assalamualaikum.. 

First entry siapkan guna blogger apps dalam tepon ni. Takyah tunggu ahad tanpa bos baru nak update. Anywhere anytime boleh post ! Yay ! Haha

Ok Harith 3 months old dah pandai apa ?

1. Yang obvious nya Harith dah pandai telungkup ! Tapi telungkup jela, tangan belum pandai adjust lagi. Hewhew

2. Masa awal-awal belajar telungkup tu, kemain lagi. Pantang waktu berjaga mesti nak telungkup je kerja. Bila penat/lenguh tangan dia terhempap baru dia merengek. 

3. Tapi dah nak masuk 4 bulan ni dia makin malas pulak nak telungkup. Sebab dia pandai depang tangan mintak kena dukung ! Bijak..bijak..

4. Fully takpakai mitten & booties. 

5. Dah mula duduk lama sikit (dengan sokongan belakang badan) 

6. Rutin tido still normal dan bangun pukul 6am. So bangun tu mommy dia sempat tukar pampers, susukan, dan berbual-bual jap seround. 

7. Pastu mommy tinggal jap pergi mandi & solat, harith pandai lah bawak diri diam2 sampai lah mommy & ayah pergi kerja. 

8. Dah pergi waterpark ! Dah berendam air tak suam tanpa nangis ! Achievement unlocked ✅ Harith siap tertido lagi mommy biar floating & berayun ombak kolam kat legoland tu. Bertuah betul.

9. Koleksi baju mula menyempit ! Ahh bahasa aku teruk nau. Sebenarnya aku nak cakap baju-baju Harith banyak yang dah sendat. Tak muat. A few nb punya size dah takboleh pakai dah.

10. Harith popo sehari sekali je standard. Kalau extra pun 2kali. So semakin jimat pampers. 

11. Feeding upgrade to 4-5oz per session. Selamat membesar anak !

12. Berat 6.4kg

13. Takde demam so far, alhamdulillah. Doktor suspek demam campak since rashes kat dada & muka getting worst. But still, temperature normal, 36-37degree celcius only. 3 kali pergi klinik pun check tak demam, so bukan demam campak. Gov doc cakap rashes due to virus punya saki baki. Nothing serious.

Tu je kot ? Nak share video, tapi kat apps ni macam takboleh je nak up video. 

Ok lah. Jumpa lagi, bye. 

Assalamualaikum 😉

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...