Followers

About Me

My photo
Johor Bahru | Mersing, Muslim, Malaysia
Walking freely wasn't a warranty for you can run.

Pages

Showing posts with label recipes. Show all posts
Showing posts with label recipes. Show all posts

Wednesday, March 11, 2015

Resepi Kek Batik Kegemaran Lelaki

Assalamualaikum..
 
Tajuk harini: Man's Kek Batik
 
Jangan nak salah paham kerut2 dahi sangat okay. Resepi ni sesuai untuk mereka yang serious nak buat kek batik yang tak cepat muak ditekak lelaki fav anda (ayah, abang, adik, suami, etc). Sebabnya, kebanyakan lelaki-lelaki ni tak suka sangat makan desert/kuih yang manis2. Diorang akan makan, tapi tak banyak. Kebiasaan nya lah. Yang luar biasa tu kau bawak pegi dip&dip je sampai kena potong kaki. Lulz !
 
Kek Batik kurang manis dan tak cepat muak. Lets try (tapi sorry takde gambar:gambar step-by-step lebih kurang je dengan kat belog2 lain, takde special step pon)
 
Bahan-Bahan:
 
1 paket biskut Marie Munchys (300g) -karate 4
1 paket Milo (200g)
1/2 tin susu pekat (or less)
1 buku butter (250g)
1 sudu kecik esen vanilla
2 sudu biasa Nescafe (secret recipe untuk kurangkan manis/muak)
** HAHA, nescafe je pun additional ingredients dia yg membezakan dgn resepi2 lain
 
Cara-cara:
 
1. Dengan api perlahan, cairkan butter tu sampai betul-betul cair.
 
2. Masukkan susu setengah tin (or less) susu pekat tu, dan kacau sebati (Lebih kurang 5-7mins je)
 
3. Masukkan milo sikit demi sedikit. Sebab kalau masuk sekali gus, milo tu susah nak di-handle. Mesti ketulan-ketulan degil tu taknak lumat. So, masuk sikit-sikit lah bagi senang sebati. Gittew.
 
4. Bila ketulan-ketulan  milo dah takde (sikit-sikit takpe ah), masukkan 1 sudu nescafe (then rasa ikot lidah/tekak anda), agak-agak manis lagi, tambah lagi sesudu. Sampai lah rasa ala-ala neslo (macam Shahrull kata, barulah tak muak yangg!) HAHA. Jangan sampai over pahit dah la ! Tambah sikit esen vanilla.
 
5. Once dia dah blup-blup (menggelegak), tutup api and masukkan biskut marrie korang. Kacau rata-rata, laju2. Sebab nanti kalau lama-lama dia jadi pekat-likat.
 
6. Curahkan dalam Loyang/Tupperware/container korang. Sambil masukkan sikit-sikit tu, tekan2 guna belakang sudu sampai dia rata & mampat (supaya senang potong nanti tak pecah berderai).
 
**Tips untuk mudah potong once dah sejuk nanti, Alaskan Loyang dengan plastic, lebihkan kat luar Loyang. nanti senang nak angkat/keluarkan dari Loyang, tak melekat.
 
7. Dah rata tu, korang simpan lah dalam peti ais barang 3-4jam sebelum potong dan ngapp. Yaddaaa yadaaaa, siap ! :-)
 
Goodluck korang !
 
**Asalnya aku rasa macam gagal misi letak nescafe ni, mula lah aku salahkan Shahrull sebab resepi ni buat kek batik aku jadi liat2, crunchy sikit. Aku bawak pegi opis, licin kering bekalan aku (staff & bos aku mostly lelaki). Dorang pesan next time letak lah lagi nescafe, sedap tak muak.
Sekian.
 
Byeeeeee.
 
( luvpinkja, 0312 )
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Friday, July 19, 2013

RESEPI PUDING CARAMEL TANPA TELUR (TIDAK PERLU KUKUS)

Assalamualaikum

Hello gadis2 moden dan aunties yang pentingkan kesejahteraan level kolestrol masing2, anda tidak silap memilih resepi kali ini. Ini pilihan terbaik untuk menikmati puding caramel tanpa ragu. Tanpa anasir2 seperti -

'berapa biji telur lah depa pakai buat puding caramel nih?'
*renung tummy*

'sedapnye puding caramel ni tapi macam sedih sebab takboleh makan more than 1 slice, gila tinggi kolestrol!'
*lihat peha*

Senyum senget sikit ladies ! :-*

HAHA

Jangan risau, resepi ni tak guna telur walau sebijik pun. Tak tipu aihh. Meh jenguk resepi ni. Copypaste dari cik epal.

Bahan-bahan caramel :
4 senduk gula
1/2 cawan air

Cara-cara buat caramel :
Dalam periuk kecil, cairkan gula di atas api perlahan. Tambahkan air sedikit demi sedikit sehingga semua larut. Kacau selalu dan tunggu sehingga bertukar warna sedikit kuning (jangan tunggu sampai brown-kalau dah brown nanti pahit). Tutup api. Curahkan dalam bekas puding anda. Biar sejuk.

Bahan-bahan puding :
1 tin susu cair
1/2 tin susu pekat
3 sudu besar tepung jagung
2 sudu besar tepung custard
1 sudu kecil esen vanilla
3 1/2 cawan air
1 bungkus serbuk agar2 segera (neutral-tanpa warna) - 10g


Cara-cara buat puding :
1. Masukkan tepung custard dan tepung jagung dalam mangkuk, tambah sedikit air (separuh dari yg 3 1/2 tu pun ok) dan kacau sehingga semua larut. Tapis.
2. Dalam periuk, masukkan (1), serbuk agar-agar dan air. Hidupkan api perlahan, dan kacau sehingga mendidih. Masa ni penting untuk kacau setiap masa untuk elak berketul2.
3. Masukkan susu cair, susu pekat dan esen vanila. Kacau rata selama 5 minit, tutup api.
4. Tapis dan curahkan kedalam bekas yang dah ada caramel tadi. 
5. Sejukkan sedikit, masukkan dalam peti semalaman atau sekurang-kurangnya 5 jam. Boom !

Puding caramel sihat siap ! Boleh makan tanpa sukatan. Mihs

Adunan ni boleh dapat lebih kurang 2 mangkuk berdiameter 15cm.

Now, apa lagi ? Boleh lah buat lepas sahur, sedia untuk dimakan untuk berbuka besok.

Thanks for reading :-)
Selamat berpuasa.

(Azrina Luvpinkja)
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Sunday, April 28, 2013

Pancake Gebu, Mudah dan Lazat (ala McD)

Assalamualaikum

Rasa dah lama tak tepek resepi kat sini kan. 

Sebenarnya dah lama jugak Cik Nana tak ber-eksperimen kat dapur. 
Eh tak payah nak eksperimen sangat lah kalau setakat lempeng hoyy.

Kawan-kawan, ini lempeng bukan sebarang lempeng.
Jangan pandang enteng lempeng ku ini.


Ni Cik Nana kongsi kan resepi untuk korang ye. Pancake Gebuuuu !

3/4 cup susu (Fresh milk/apa2 susu cair)
2 sudu cuka
1 cawan tepung gandum
2 sudu gula
1 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh baking soda
1/2 sudu teh garam
2 sudu butter (cairkan)
1 biji telur 

itu sahaja ! simple kann ?

Cara-caranya :

1. Campurkan susu dan uka. Jadi nama dia sour milk (Biarkan 5 minit). Sambil tu boleh teruskan :
2. Dalam mangkuk lain, campurkan tepung gandum, gula, baking powder, baking soda dan garam.
3. Mangkuk lain lagi, pukul telur + butter (yang dah cair) + sour milk.
4. Tambahkan bahan (2) ke dalam (3), gaul rata sampai hilang ketulan yang tak di ingini.
5. Untuk dapatkan kepingan pancake yang sama besar dan tahap ketebalan, Cik Nana gunakan 2 sudu lengkung (yang biasa sudu plastik orang guna kat kedai makan tu, especially kalau makan tomyam, tau tak ek) untuk setiap keping pancake. Just nice lah bentuk dia. Kalau tak pun, guna 1/4 cup cawan untuk setiap keping.
6. Panaskan non stick pan, api sederhana, pastu curah kan bancuhan pancake korang tu. dalam 2 minit gitu, terbalik kan


Anda2 boleh refer gambar di bawah kalau confius acaner rupa kejadian melempeng :-)



Dua sudu ini yang saya maksudkan ye

Ini rupa atas pan once dah curah 2 sudu tu
dalam beberapa saat akan jadi lebih kurang begini

kemudian bila dah jadi macam ni, boleh terbalikkan

macam ni rupa dia bila terbalikkan, lebih kurang lah. intai dulu kalau tak pasti

warna dah kuning keemas-emasan, boleh angkat

stack kan atas pinggan ke piring macam ni
Yada yadaaaaa. boleh makan ! Curah syyrup atas dia, dan makan ikut kreativiti.

Selamat mencuba, Goodluck !



Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Thursday, March 28, 2013

Cerita Apam Polkadot Gebu !

Assalamualaikum

Hello ! Hai !

Cik Nana nak share kisah sedih suka duka si Faris dan Apam polkadot. Eh tak memasal nama Faris sangkut! (Faris adalah anak sedara Cik Nana). Haruslah nama dia dikaitkan sebenarnya. 
Semua angkara beliau !
Dia yang mengidam sangat nak apam polkadot. Kat Mersing ni bukan senang nak cari apam polkadot anytime (maksudnya, selari dengan nafsu mengidam Faris. Bila dia nak, time tu jugak nak ada depan mata. Ah anak kecil tahu apa dia)

Jadi, lepas jeling resepi yang sedia ada ala kadar (seriously lah pun ala kadar), sebab pada mata dan fikiran naiss Cik Nana ni, apam polkadot hanya lah apam enteng. apam tepi jalan. apam yang boleh pejam mata buat. Alahai, apam kecik gitu kan ?? Apa lah sangat.

Okeh, resepi ada dah, semua menjamin kegebuan katanya.
Kata nya lah kan. Mari kita cuba lah. Ayuhhh !

Dengan gigih Cik Nana bancuh dan buat apam, (masa ni Faris tido petang, dengan harapan, dia celik mata nanti kembang kempis lah hidung Cik Nana dapat tayang apam polkadot depan si kecil. Nampak lah berlagak riak takbur si mak sedara ni buat apam. Apam enteng lah kata kan). Nanti kauu.

Krikkk kriikkk krikkk

Sila baca dengan teliti.
Apam polkadot 1st trial turn to brownies terlebih air. Eh bukan, mungkin jadi jemput2 kecut.
Bukan ! Bukan ! Patut dinamakan apam bantat saja (okeh rasa terhina)
 Ia mengecut, melekat, tak gebu, tak naik.
Sedih dan kecewa. 
Bertambah sedih dan ralat apabila si Faris bertanya
''Achu, mana apam polkadot yang Achu buat untuk Aisy?''

krikk krikk krikkkk

Macam2 alasan bagi dekat Faris (sebab kalau Cik Nana cakap pun bukan dia paham situasi itu). Suruh dia main kat luar. Suruh pergi depan.
Maaf Faris, Achu dah kecewa kan Aisy.

Akhirnya, keadaan tidak terkawal (hah dah macam tragedi berdarah kat Lahad Datu dah situasi dia)
Faris ke dapur dan bawak ke hall, satu tray yang penuh dengan apam bantat
-.-'

First ayat dia masa cuba tanggalkan papercup tu dari apam.
Amagaddd ! Cik Nana pegang kepala tanda stress.
''Yang ni sampul dia ketat'' (papercup melekat teruk pada apam)
Masa ni nenek, along dan aciq dia yang tahu keadaan sebenar hanya diam. Diam dan perhati.

Along berbunyi 'Aisy, apam yang ni terkena sumpahan. Tu dia jadi macam tu'
Faris buat danggg je, dan makan. makan. makan lagi.
Sampai habis semua apam yang filling coklat.
(Cik Nana buat filling strawberry and coklat. Faris tak suka filling strawberry, so dia makan yang filling coklat je)

Gulp !

Monolog si auntie: ' Faris ni jaga hati Achu ke hapee ? Umur Faris baru 3 tahun, April nanti. Mustahil. Mustahil. Orang umur doploh pun tak reti jaga hati. Ini pulak Faris ?'

So, Cik Nana assume, Faris betul2 lapar, dan Faris seorang yang supportive. Yeay !

But then,

Dia siap request lagi apam yang sama malam tu ! Amagaddd ! -.-
Nak lagi, nak lagi. 

Fuhhh !

Tak kira, kena buat post moterm !
Jangan pandang apam polkadot sebelah mata lagi. Mereka bukan apam enteng.

Dah pompang kat twitter, mengadu nasib, bukak balik resepi2 dan baca feedback, testimoni, komen, tips 
(full reseach !)

Finally, 

Yada yaddaaaaaaa !





'' Gebu tak kak Pam ? ''
(Kak Pam = Si Apam Polkadot)

Alhamdulillah, misi berjaya, but still need improvement.

Next time Cik Nana share resepi ye.

Tata.

Thanks for comingg.

** Achu adalah panggilan Faris kepada Cik Nana
     Aisy adalah nama pendek Faris

( luvpinkja, 0312 )
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...