Followers

About Me

My photo
Johor Bahru | Mersing, Muslim, Malaysia
Walking freely wasn't a warranty for you can run.

Pages

Showing posts with label Family. Show all posts
Showing posts with label Family. Show all posts

Sunday, August 7, 2016

#ShahrullHarith9Months

Assalamualaikum
  • Full 4 batang gigi (2 atas, 2 bawah)
  • Start climbing (paling terror memanjat atas mommy & ayah)
  • Boleh berdiri 2-3 seconds (ok lah, ade berani sikit)
  • Up to 8oz susu per session
  • Start kutip segala mak nenek benda kat floor
  • Ruam datang lagi ! (allergy alert); merah bawah mata
  • Tahun pertama beraya dan tak tahu pon kot raya tu apa ! Hahaha. Dia tak reti bersalam tapi dia pandai amek duit raya. Hmmm, anak..oh anak
  • 8.2kg maybe due to demam, batuk & flu
  • Pandai dah lambai orang sikit-sikit. Tapi lagi hebat dia tak bye2 semula kalau ayah dia yg lambai, dia merengek. Yes, he is daddy boy much. Me ? Ok jeeeee ! :-p
  • So far bagi dia makan serbuk heinz tu. This one agak sedih sebenarnya. Sebab he refused all the porridge yg mommy buat. Macam2 flavor mommy buat. Im not giving up, tapi just rehat ( ???) jap dari segala bubur. Dia makan, tapi just ngecek makanan org lah sikit. Apa mommy/nenek dia makan, itu lah yg buat alas perut dia (selain heinz). 
  • Diapers: Still drypers size M, 4-5pcs daily (no leaking issue dgn drypers ni so far)



( luvpinkja, 0312 )
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Wednesday, December 9, 2015

#ShahrullHarith1Month

Assalamualaikum..
 
Eh eh first time upload gambar Harith kat belog rupa nya.
 
Hai kenalkan, ni anak sulung kite,
Muhamad Shahrull Harith bin Muhamad Shahrull Nizam
Nama panggilan: Harith
Nama mommy panggil: The Harith (baca: Ce-Harith)
Nama instagram: The Shahrulls
 
Harith please behave k kat belog mommy ni (!)
 
Saje aku nak update pasal Harith awal-awal ni. Anak sulung kan. Mestilah mommy dia semangat kemain nak gebang, rekod dan update perkembangan dia. Dah anak ke limabelas nanti mana lah aku larat. Lagipun update pasal anak sulung ni boleh lah aku refer/compare/study perbezaan dengan anak-anak seterusnya. Eh bertuahnya kalau aku sebegitu rajin. Ok kita mula kan perkembangan dia dari usia sebulan. Tengok jauh mana pergi dia.
 
So far masa sebulan ni Harith dah berjalan ke Mersing (kampong mommy), JB (Bakar Batu) dan Selangor (attend wedding seawal 20 hari, kau hadooo ?? Harith hado !) ! Eh tu bukan sejenis perkembangan kan ? hahahaa
 
Ok serious lah:
 
1. Harith cuma pandai meneran je masa ni. Meneran yang sampai merah-merah muka tu. Ade orang kata teran daging lah teran isi lah teran nak besar lah. Tapi mommy dia gelarkan behavior itu sebagai teran nak kentut tak lepas.
 
2. Pandai senyum selama 0.02 saat. Sekejap je ok ! Siapa yang terserempak (??) dengan Harith senyum pada usia ni dia memang bertuah.
 
3. Familiar dengan bunyik pelik. Mata pejam dan mengeluarkan bunyi macam ketawa tapi macam menangis pun ye dengan riak muka satu nada. Natural face lah senang cakap. Entoh ler mommy taktahu tu bunyi apa. Aciq & atok dia cakap bunyi embekkkkk (siot kan?)
 
4. Kerap popo rather than cici. Sehari dalam 10 diapers dia pakai.
 
5. Menyusu setiap 2jam. 10 minit setiap sesi.
 
6. Siang kuat tido, malam berjaga. Elok jam pukul 11.30pm keatas, ting ting ting mata dia membulat. Bukan buat apa pon. Tapi bila mommy & ayah nak tido masa tu jugak dia ek ek ekkk mintak tatap muka dia. Masa ni mommy & ayah dia fobia nak tunggu malam.
 
7. Umur sebulan kena inject. Ubat apa entah (refer buku biru baby). And jumpa doctor untuk check. Masa ni ade check reflect baby. Doktor cakap normal, Alhamdulillah.
 
8. Berat masa sebulan, 4.6kg
 
9. Muka always serious.
 
10. Selamat dicukur & aqiqah pada usia sebulan setengah. Ayah & mommy yg cukur botakkan. Alhamdulillah.2 hari jugak Harith menangis ngamuk setiap kali lepas mandi sebab pedih lepas kena cukur. Kesian baby mommy ! Sobsssss
 
11. Alhamdulillah fully breastfeed masa ni.
 
Eh tu je yang mommy ingat.
 
Byeeeeee !
 
( luvpinkja, 0312 )
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Monday, August 31, 2015

Sayang

Assalamualaikum..
 
Haha dah habis raya baru nak upload gambar raya. Sokay gais, rilex.
Title entry pon takde mention raya kan ?
Ok meh nak tayang sikit kesayangan kite ni.
Guna gambar raya lah baru dapat ahli yg lengkap.
Kebetulan pulak this year jadi warna JDT (merah-biru), family belah kit tema royal blue, belah suami tema merah. Match kannnn ? :-)
 

Yang biru ni family belah kite. And of course miss our lovely supermom (takde dalam gambar, ade dalam hati takpenah padam), Al fatihah utk arwah mak tersayang, Puan Saniah bt Jaffar..
 
Sebenarnye cerita baju biru ni tak fair sangat sebenarnye. Semua dah ada own colour actually untuk raya first, bukan this royal blue. Ni baju raya kedua diorang. HAHA. Kan raya tahun ni kite kat Melaka, raya belah kampung mak mentua (turn Shahrull tahun ni), sama dengan abang no 3, dia pon belah wife dia. So raya first tak complete lah family kitorang. That's why decide sama tema raya kedua tu. Semua ada. #Ikutcarakita kannnn.
 
So ni lah family kite, Abah, 4 abang, 2 kakak, 3 kakak ipar, 5 anak sedara.
 
 
 
Yeahhhhh merah makngah ni family kitaa jugaaaak ! Family baru sejak 25 Oktober 2014 sampai ke akhir hayat inshaAllah. Alhamdulillah seronok ade dua family. Walaupun suasana dan perwatakan tak sama, tapi tetap membahagiakan. Dapat duduk sama-sama dengan family baru. Ade adik-adik, ade rutin-rutin baru, masakan-masakan baru, kawan bergurau yg baru, kucing baru. HAHA.
 
Ada Mak, Ayah, sorang adik lelaki, dua orang adik perempuan. Woalahh, lengkap kan hidup ni ? Ade abang, kakak, kakak ipar, adik lelaki & perempuan :-D
 
Alhamdulillah, syukur Ya Allah kurniakan aku kehidupan & pengalaman baru ni.
 
No best word can describe macam mana rasa seronok ni. Rasa syukur je mampu dipanjatkan ke hadrat Ilahi.
 
Untuk kawan-kawan yg baru mendirikan rumah tangga, enjoy your life. Kepada yg bakal & belum lagi, kita doakan kawan-kawan kita dikurniakan pasangan, keluarga & kehidupan baru yg membahagiakan awak semua. InshaAllah, ameen. Kalau rasa tak berapa nak bahagia tu, just repair yourself & be patient, keep your dua. InshaAllah, bahagia tu mesti ada once korang berniat suci & ikhlas mendirikan masjid kerana Allah swt, bahagia milik kita semua. Dan ingatlah, ujian akan sentiasa ade supaya kita tak lalai dan lupa pada Sang Pencipta kita. Juga tanda Allah ingat dan sayang kat kita. Be positif gaiss.
 
Assalamualaikum.
 
( luvpinkja, 0312 )
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Sunday, June 28, 2015

Setahun berlalu

Assalamualaikum..
 
Salam Ramadhan pembaca semua. How was your Ramadhan ? (jawab dalam hati korang je please )
 
Alhamdulillah, Ramadhan Kareem dah masuk fasa 2/3 dan bakal mommy ni berpuasa penuh setakat ni. Syukur Allah bagi kekuatan untuk berpuasa walaupun kadang2 sengal2 badan ni (perut & pinggang) dek kerana keaktifan anak dalam rahim ni. Aktif sangat ! :-)
 
By the way, nak update entry ni semalam sebenarnya tapi memandangkan semalam kat kampung dan masa sangatlah limited kalau kat kampung tu, so postpone harini.
 
!0 Ramadhan tahun ni genap setahun arwah mak (Allahyarhamah Saniah bt Jaffar) tinggalkan kami semua. Sekejap je masa berlalu. Tahun lepas, masa tarikh ni aku masih lagi tunangan orang, tahun ni aku dah bergelar isteri dan bakal mak. Tak sangka Allah beri kami sekeluarga kekuatan hadapi ujian kehilangan yg amat berat ni. Ye sangat berat kehilangan wanita kesayangan keluarga sejak lahir, kekuatan keluarga pergi dalam masa yg singkat. Kuat tak kuat mana juga kami ni sebenarnya. Berendam air mata merindu tu perkara biasa, cuma dari segi meneruskan hidup tu kami bertahan alhamdulillah. Kuat untuk sentiasa berada disisi abah yg tabah dan hebat, kuat utk cuba tidak mengabaikan abah/buat abah rasa sunyi, sentiasa di sisi adik beradik yg sebelum ni mengharapkan mak dalam apa jua situasi. Nak makan cari mak, baju hilang cari mak, gaduh dengan boipren cari mak, gaduh dgn kakak & abang cari mak, semua nak merengek kat mak. Bila tiba tiba kehilangan mak tu, macam tersungkur pun ada.
 
Mak pergi dalam bulan puasa (Alhamdulillah bulan yg mulia). Since awal Ramadhan tahun lepas (mak dah duduk kat wad) kami dah berdikari sahur tanpa mak kejutkan bangun sahur, prepare sahur sendiri, dah biasakan diri dengan alarm telefon instead of alarm suara mak, bersahur tanpa ayat 'lepasni tak bangun mak tak kejut dah biar takyah sahur'. Lepas ayat keramat tu confirm semua bangun sbb takut tak sahur. Syawal kami tahun lepas macam mana? Tough ! Dari memasak juadah raya, kemas rumah, siap2kan baju abah pagi nak semayang raya, siapkan sarapan abah dan, bersalaman pagi raya buat pertama kali nya tanpa puteri kesayangan keluarga.. Hmmmm -___-'
 
Jujur lah aku cakap, aku sedih kalau balik kampung tengok abah, tengok raut muka abah, tengok bilik abah takyah cakap lah, laju jantung ni kalau nak masuk bilik abah. Sedih dan sebak.
Abah memang tak tunjuk sedih, tapi aku tahu sayu nya wajah abah rindukan mak. Setiap minggu abah pergi pusara mak, bawakkan bunga orkid yang arwah mak tanam (sekarang abah jaga pokok-pokok bunga mak). Situasi dia sama macam masa abah datang dari Mersing melawat mak kat HSI,JB, bawak bunga rampai depan rumah (bukan bunga rampai hiris2 made up of daun pandan tu, ni bunga kuntum2 kecik yg bau sebijik mcm bunga rampai. Abah bawah secekak & letak kat wad mak. Satu wad bau wangi ). Sweet dan menyentuh hati. Abah tak datang bawak rose bouquet mcm dalam drama tu, tp bawak bunga fav mak.
 
Entry ni macam banyak cerita pasal abah pulak ek. Yelahh sbb abah lah mak kitorang sekarang. Abah merangkap mak, 2 in 1.
 
Sebab tu sekarang aku kalau boleh nak balik Mersing tu tiap2 minggu nak tengok abah, makan dengan abah. Setiap moment kat rumah tu akan teringat mak, best ! Terubat rindu kat mak kalau makan2, jokes dgn abah, tengok tv kat rumah. Semua rasa mak ada je. Aku ni nama je anak bongsu, tapi dari zaman remaja dah jarang kat rumah. Dari form 4 dah keluar Mersing, sekolah kat JB. Pastu sambung PLKN, pastu sambung matrikulasi kat tangkak, degree kat K.Terengganu. Lepas degree tu lah merasa duduk lama-lama bermanja dengan mak kat rumah sebelum kerja kat JB (again, berpisah). Bukan nak kata menyesal sbb masa mak masih sihat aku selalu takde kat rumah. Cuma terkilan sikit je la. Lagipun aku takde kat rumah sbb dah takdir aku belajar & kerja luar dr Mersing. Dan nak mengingatkan pada yg masih ada mak &ayah, selalu lah balik melawat selagi ada masa. Hm, tp masa menganggur tu lah aku sempat kenalkan mak dgn Shahrull & alhamdulilah mak 'suka dan restu' dgn Shahrull yg dah jadi suami aku sekarang. Salah satu kelegaan bila mak restu & Alhamdulillah, berkat perbualan pasal jodoh ni dengan mak 3 tahun lepas, aku bahagia dgn pilihan ni.
 
Keutamaan aku skang ni adalah suami (Shahrull). Abah dah nombor dua. Apa-apa nak buat kena dahulu kan Shahrull. Nak balik kampung pun kena check schedule Shahrull mengizinkan atau tak, bukan sesuka hati hentak kaki nak balik dan kena balik Mersing. Syukur Shahrull sangat memahami dan tak pernah halang atau hampakan everytime dia perasan aku tengah sangat lemah rindukan keluarga. Shahrull akan bawak aku balik jumpa abah & biarkan aku lepas rindu. Syukur Alhamdulillah, Allah masih sayangkan aku. Abah pun memahami, selalu ingatkan aku patuh & taat pada suami. Selalu abah ingtakan.
 
Semalam sempat sama-sama bertahlil untuk arwah mak, bawak abah, acik, menantu & bakal cucu mak ni ziarah pusara mak, Alhamdulillah. Semoga Allah terus rahmati kami & keluarga dgn kekuatan & ketabahan iman dan hati. InshaAllah ameen.
 
Sekarang aku hanya mampu melawat abah sekali sekala je. Nak jaga makan pakai abah jauh sekali. Thanks to kakcik yg banyak bekorban selama ni. Aku sangat terhutang budi kat Kakcik sbb since mak sakit pun kakcik yg banyak menjaga keduanya. Thanks jugak kat abang-abang & kak ayu yg tengokkan abah (adik dia ni je yg paling jauh dgn Mersing sekarang, yg lain semua kat Mersing je kerja). Kita kuat kan ?
 
Alfatihah :')
 
 
( luvpinkja, 0312 )
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Thursday, May 7, 2015

#ShahNanaJunior (Waktu untuk scan awal kehamilan)

Assalamualaikum..
 
Pernah tak bakal-bakal mommy muda or yang tak muda tu terfikir macam ni:
 
''Esh awal sangat scan bukan nampak apa pun''
 
''Baby belum cukup sifat nak scan buat apa, tunggu lah 4-5 bulan nanti''
 
''Boleh start check/scan jantina baby nanti masa 6 bulan lah baru pergi scan''
 
Honestly, aku penah. HAHAHA
 
First time weh, apa tau.
 
Aku lagi lah siap berlagak tak bertempat depan doctor. Gini cerita dia.
 
Disebabkan ada expectation2 macam kat atas tu maka aku pon rilex2 je lah tak buat scan pon. Takde, takdeeee. Maksud aku scan sendiri kat klinik swasta lah, since mula-mula tahu pregnant sampai lah buat buku pink (12 minggu). Tak pernah pergi scan.
 
Kenapa nak kena scan kat klinik swasta ? Sebab kalau pergi klinik desa (memang takde alat scan) atau klinik gov memang takde perkhidmatan scan baby/kandungan sesuka hati.Diorang ade jadual diorang sendiri bila yang perlu scan nya (minggu ke 12 atau 14 kalau tak silap). Aku first scan kat Klinik gov masa 14 minggu. Itu pon doctor yg suruh.
 
Doktor: Ni first time scan ke ?
Aku: Aah
Doktor: (agak terkejut) Eh awak tak pernah scan langsung kat klinik swasta pon?
Aku: Aah doctor. Penyabar kan saya (berlagak gila weh)
Doktor: Penyabar tu satu hal, sebenarnya awak kena scan masa start tahu pregnant tu. Nak tengok kedudukan kandungan luar rahim (which is tak berapa normal) ke tak.
Masa tengah scan tu doctor cakap ''haa nasib baik ada (baby), kalau tak ?
Aku: Eh doctor ni. Jangan laah. Takut pulak rasa.
 
Lagi satu scan awal (lepas dapat tahu anda pregnant) ni jugak boleh detect sama ada kita ni mengandung anggur ke tak. Anggur ? Kidding me ??? HAHA. Serious weh orang dulu2 cakap mengandung anggur. Nama betul dia kehamilan molar. Ada orang tak penah scan langsung, tau-tau je dah 5 bulan, baru pergi scan, baby hilang. Takde. Doktor cakap scan taknampak baby. Sedih kan ? Its really happen. Maklumat lanjut pasal kehamilan molar boleh klik sini (Kehamilan molar/anggur). And lagi satu tujuan scan awal untuk periksa degupan jantung baby normal ke tak.
 
So korang rasa camne, penting ke idokk ? Usap perut tanya diri sendiri ok. Keputusan di tangan anda. Maksud scan kat sini bukan suruh pergi scan mahal2 scan 3D, 4D ke 5D tu. Scan 2D je dah cukup, dalam RM40-RM60 sekali scan. Then masa scan tu korang tanya lah apa yang korang patut tahu kat doctor tu. Contoh tanya doctor, stage sekarang ni apa saya perlu tahu & buat untuk baby ?, macamana keadaan kandungan saya ?
 
Sebab kadang-kadang kite ni kalau taktau, malu/takut nak tanya sebab takut nampak bodoh. Eh lantak lah doctor nak cakap kau noob ke lembap (kurang adab jugak kalau doctor cakap gini), kita bayar kot. Dia tak berani nya nak sound kau cenggitu. Bhahahahaha. So tanya jelahh. Kalau dia kata 'ok kedudukan bayi awak ni mengadap bawah sekarang', kau jawab lah 'sepatutnya dia ngadap mana? So kau boleh tahu lah kan kedudukan normal ke tak ke. Takpun doctor cakap haa baby awak ni sekarang panjang dia dari kaki ke kepala 11cm, Ok memang laah 11cm, tapi normal ke tak 11cm pada usia kandungan sekarang doctor ? gittew... Ekekeke. Mohon berilmiah sikit ibu-ibu gojes sekalian.
 
So dah paham dah ? Scan tu bukan semata mata nak check jantina dan rupa baby comel ke handsome ke hidung mancung ke tak ok ? Banyak kepentingan dia untuk keselamatan kita dan baby yang kita kandungkan. Sape taknak baby dia cukup sifat kan.
 
Ok lah tu je untuk entry scan scan ni. Nanti kalau rajin (kalau), aku update lagi pasal jenis2 scan dan waktu untuk scan semasa pregnant. Takpun korang rajin-rajin ah google sndiri k ? Banyakkan membaca. HAHA
 
Byeeeeee. Assalamualaikum
 
( luvpinkja, 0312 )
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Saturday, October 25, 2014

My Journey Part 2 (My Wedding Day)

Assalamualaikum...
 
25 Oktober 2014, 1 Muharam 1436H.

Hari pernikahan dan walimatul urus Norazrina bt Abd Hamid dan suami Muhamad Shahrull Nizam bin Abd Razak
 
Alhamdulillah, rasa seolah olah memulakan hidup baru dalam tahun baru hijrah ni. Semoga Allah merahmati hubungan ini, ameen.

Entry pertama sebagai seorang isteri. (kalau Allah izinkan perancangan).

Entry ni di coret awal (hari majlis confirm busy), untuk melahirkan kesyukuran dan kegembiraan atas rahmat Allah terhadap apa yang dirancang.

Setelah genap 2 tahun 1 bulan mengenali hati budi si dia, akhirnya harini kami disatukan dgn hubungan yang halal, Alhamdulillah. Dan kalau apa yg kami rancang tidak menjadi kenyataan, itu lah jua yang Allah tentukan utk kami.

Status isteri yang digalas ni akan ku jaga dengan sebaiknya. Harap pembaca2 mendoakan kesejahteraan hubungan kami sehingga ke akhir hayat.

Dear Muhamad Shahrull Nizam,
Terima kasih kerana memilih untuk membimbing, menjadikan saya pasangan awak dalam membina masjid. Terima kasih kerana banyak bersabar dan tenang dengan saya. Awak lah insan yang memejuk hati ni dari penuh persepsi negatif terhadap lelaki, yang memujuk hati ini utk memberi peluang dan tidak putus harap. Biarkan memori yang tercipta sepanjang perkenalan kita menjadi sejarah dalam ingatan kita. Terima kasih kerana sentiasa berada di sisi saya dan keluarga dalam apa jua keadaan. Yang sentiasa menjadi Google saya, Polis dan bodyguard saya, teman bergaduh, teman makan, cikgu math, cikgu sejarah, fasion advisor, financial advisor, salesman, marketing officer, semua lah ! Yang sentiasa memberi semangat dan menceriakan saya setiap kali wajah ini berubah kerana rindukan arwah mak tak kira dimana pun saya waktu tu. Maafkan saya atas segala ketelanjuran perkataan dan perbuatan selama ni.

I love you, awaklah cinta hati saya selepas Allah, Rasul, Malaikat, dan keluarga saya, Muhamad Shahrull Nizam bin Abd Razak.

Syukur Alhamdulillah dikurnaikan suami yang beragama, berilmu, baik perbadi dan keturunannya.
 
Shahrull' s
( luvpinkja, 0312 )
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Thursday, October 2, 2014

My Journey Part 1

Assalamualaikum..
 
At the age of almost 24 y/o I just feel that my real life just begin. Do not know because of my mom or because of my marriage. Both also challenging.
 
How to tell aa, em, yeah if u feel me, yelahh kita nak kahwin, preparation kahwin semua tu, w/o our great mother by our side. Bukan menyesal bukan kecewa, tapi nak share betapa terkesannya menyediakan dan menyiapkan segala nya sendiri. Sendiri tanpa mak kesayangan yang nak mengingatkan itu dan ini. Nak marah itu ini. Nak suruh itu ini. Kakak2 abang2 abah, ibu dan ayah masih ada. Tapi ketiadaan mak tu... hemphh. I don't know whether I can survive for another few days ni sampai ke hari majlis ke tidak. It was tough guys -.-
 
Punya lah nak jaga mata kesayangan ni dari cela menunggu hari majlis, tanpa eyebag, tanpa bengkak2. But I cant. Menangis je tiap2 malam. I don't want to figure out all the tears on that day. Kalau boleh nak imagine yang indah2 je.
 
Rasa macam tak percaya (cliché) ni bakal mendirikan rumahtangga (inshaAllah), bakal hidup dengan keluarga baru, bakal ada keluarga mentua, inshaAllah nana akan ade bakal adik-adik 'baru', nak masak2 dengan mak mentua, boleh ke nana ni ? Dulu zaman duduk rumah sewa pun setiap kali nak masak rasa nya call arwah mak tanya itu ini. Sekarang ? Nak ngadu kat sape kalau ikan goreng hangit ? Hehe. Tau takboleh manja dah sikit2 nak mengadu. I will try. I will.
 
Masa ni saat taip ni rasa sangat lah nervous nak mulakan phase baru dalam hidup. Rasa macam baru tersedar betapa nervous nya.
 
Kadang kadang terfikir jugak, kalau lah boleh request nak mimpi. I will have the same request everyday, every seconds, waiting for my mom to come and hugs me every night, even for only in dream. Cukup. Impossible I know.
 
Maaf lah insan2 yang terasa dengan pertanyaan pertanyaan bodoh, 'mende ni perlu tak', 'macam ni boleh tak', 'nak buat macam mana?', 'apa lagi kena buat dan prepare', 'mana dulu nak siapkan', im so sorry. I am asking for a reason yang takde niat pun nak susahkan korang saje2. Special thanks untuk semua kata-kata semangat, bantuan, pandangan, nasihat dan semua yang anda-anda semua sumbangkan. Terima kasih semua.
 
Diharap dengan kehadiran anda semua meramaikan majlis nanti dapat mengurangkan kedukaan ni. Semoga nana kuat. Yossshhhh !
 
Maafkan salah silap insan kerdil ini, semoga Allah permudahkan segalanya. Ameen.
 
Al fatihah untuk arwah mak kesayangan, Puan Saniah bt Jaffar
 
 
( luvpinkja, 0312 )
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Thursday, July 24, 2014

#AlfatihahBuatPuanSaniahbtJaffar

Assalamualaikum

 


 
8 Julai 2014, 10 Ramadhan 1435 Hijrah,
 
Pulang nya arwah mak, Puan Saniah bt Jaffar ke pangkuan Sang Pencipta.
Menghembuskan nafas terakhir di hospital Mersing, Johor.
Perginya di hadapan seorang suami yang tabah,
diiringi air mata 4 orang putera dan 3 puteri,
Disertai doa dari kesayangan2 mak.
Pada usia 58 tahun, mak pergi juga,
setelah hampir 2 bulan menderita kanser usus.
 
Hmm.
 
Ketabahan mu cukup menyentuh hati.
Satu patah perkataan sakit pun tak pernah mengadu pada si bongsu ni.
Mak yang sangat tabah dan kuat.
Sepanjang 2 bulan hanya menjawab sakit jika di tanya, jika perlu.
 
Tak banyak kerenah hanya minta di urut di manja ;-(
 
Tak mampu rasa nya jari ini nak menaip.
 
Perginya arwah mak dibulan mulia bulan penuh barakah.
Terima kasih mak untuk semua pengorbanan mak utk kami.
Maafkan adik, maafkan adik atas semua kejahilan adik.
Terima kasih sebab mak tunggu adik balik dari JB,
untuk berada disisi mak, genggam tangan mak.
Buat kali terakhir di dunia ni.
 
Walau mak dah tak bercakap dengan adik hari tu,
Tapi adik tahu mak tenang nak tinggal adik dengan abah abang2 dan kakak
Tinggalkan adik untuk berdikari,
 
Jujur mak, kami redha mak pergi.
Abah, adik beradik semua redha.
Rela kan mak pergi dari tanggung kesakitan yang mak pendam.
Kami tak sanggup tengok mak tanggung semua tu.
Allah tahu yang terbaik kan mak ?
 
Kita jumpa di Jannah sana.
 
Walau nak pecah jantung ni setiap masa rindu mak.
Tapi adik rela.
Rela kalau rasa itu buat adik tak putus kirim doa utk mak di alam sana.
Di samping buat abah gembira.
Di samping adik teruskan hidup ni,
Tanpa insan mulia yang tak pernah putus panggil 'adik',
Walau saat sakharatulmaut tiba.
 
Sebak.
 
Tenang lah mak di alam sana.
 
Aidilfitri bakal tiba ni,
 
Allahuakbar.
 
Semoga kami semua kuat.
Kuat untuk abah.
Kuat utk teruskan hidup.
Teruskan Aidilfitri tanpa insan teragung terbaik.
Teruskan Aidilfitri tanpa wajah manis mak.
Teruskan Aidilfitri tanpa bersalam dgn mak.
Teruskan Aidilfitri tanpa air tangan seorang mak.
Teruskan Aidilfitri tanpa mak bangunkan kami suruh bangun mandi.
Terukan Aidilfitri tanpa bau, pipi dan suara mak.
Allah Ya Allah, beri kami kekuatan.
Beri abah kekuatan.
 
Adik nak kuat macam mak.
Maaf zahir batin, mak.
Imissyou.
Iloveyousomuch !
 
 
( luvpinkja, 0312 )
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Friday, March 8, 2013

Kelebihan

Assalamualaikum

Ye, kelebihan mempunyai anak saudara @ adik kecil.

Mengapa ?

Kerana anda dan kita berpeluang bermain apa yang mereka inginkan.

Sebagai contoh, Faris (nephew) teringin nak main layang2 ke apa ntah nama colourful thing below. So secara tak langsung, kami (aunties&granny) dapat main jugaaaa. Yeay !
.
.
.
Beginning : Achu segan2 itik nak pegang. Dah la berat gila menda ni ! Dengan 3' wedges, tenaga yg lemah, badan yang jadi bahan tiupan angin ! hurmm. takpe faris, takpe. mainlah. achu teman
haha.

Ya, kanak-kanak sangat. Tapi betul kan ? Kalau takde si kecik tu teringin, takde nya kita nak tebalkan muka pergi main menda ni tengah2 orang ramai macam pesta. Malu ! Serious, takde keje aku nak main/pegang menda ni kalau sorang2 or Faris takde. Tapi, sebab ada si Faris ni, dapat lah merasa, dan secara tak langsung, cover baik punyaa :-D

Ye. nenek bersimpati dengan usaha keras achu mempertahankan benda ni dari tersasar. Dengan achu terbongkok2 tarik. Dengan si Faris yg berlagak kuat nak pegang sorang. Hey. Faris. Faris. Nenek tolong tarik dan mantain. Thanks nenek

Sekali atuk datang tunjuk bakat. Paling tak boleh blah, ayat atuk : Alaaa. apa beratnya, pegang macam ni je haaa (tunjuk gaya chillax). Atuk kuat takpela. Berat atuk berapa ? Tenaga atuk berapa ? Tak samaaaa -.-
By the way, ini adalah aktiviti keluarga di petang hari. Berehat santai di Pantai Mersing. Dengar cerita, ni salah satu daya tarikan yang ada kat Mersing. Yelah, ada orang main layang2 gini kat pantai, baru lah ramai orang berpesta tengok dan main layang-layang. Baru lah hidup Pantai Mersing ni.

** Sebelum ni pantai Mersing pernah dimeriahkan dengan kehadiran warga GEMS (SMM07C) selama 2 bulan, tapi itu hanya tinggal kenangan.

Thanks for coming, All the best :-)




( luvpinkja, 0312 )
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Monday, December 31, 2012

BIG DAY: IF YOU CAN'T FIX IT, JUST STOP IT :-)


Assalamualaikum. 

hello and hai readers.

this is the full entry for this teaser 

and and andddd

i am happy to inform you,

this entry memang penuh dengan gambar je.
 i mean gambar yang dah nak berhabuk sbb lama sangat dalam simpanan.

eh ?

ok, lets enjoy this memorable, meaningful, joyful and lovely picture. 

-first chapter-

our hero


me and sis <3


me, sis and nephew 
:')

mungeeeeee from lovelove

kesayangan

jantung hati 

incomplete sibling, thanks for coming btw :-)

Alhamdulillah

thanks junior yang bersusah payah  nak jumpa kakak senior ini. terharuu :')

tanda ingatan dan kasih sayang. nilai bukan pada harga, ia tak boleh diukur.  terimakasih anda anda.

my strength. my love. my idol

okeh habis sudah sesi kekeluargaan. finish 1 chapter !

mari ke sesi berikutnya, bersama teman2.

-second chapter-


tiring and lovely night

pose wajib is it ? :-) 














done 2nd chapter. 
guys, why three of us become so shy to the lens and flash ? kalau kak ana yang shy shy rabbit tu ok lah memang logik. but when it comes to me and miss nanoha, macam funny je kan awak ? hahah. kenapa jadi pemalu nih ? booooo~

tapi kannnn..

i do love the memories. seriously the moment malu malu nak pose, 
the moment dayah and akak mula ajak pillow talk (nak korek rahsia lettew)
walaupun mata dah macam kena gam gajah 3 saat tu.
walaupun energy dah sampai level negative.
tapi gagah jugak ber pillow talk sampai kak ana tertido. comel ! 
pastu besok bangun pagi2 realise persamaan itu. ohh -.-'
ei rindu dah, sebak je masa taip entry ni.

hempp. tunggu upcoming date ye, pray for the best. for us and other friends.

So, the final chapter of this long long longgg entry.

now, present to you...

pictures from op of the convocation day.

-Final chapter-





okay. thats all. 

have a nice day peeps.

All the best.


( luvpinkja, 0312 )
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Friday, January 6, 2012

WHAT YOU GOT

Assalamualaikum 

Everytime you ask ur heart to be tough, Think about other's injured heart that u have hurted before, it much easier to train that way

Maksud yang nak disampaikan : Setiap kali kita nak train hati kita supaya jadi kuat, tough, hebat, power and else tu, kita fikir lah semula. Berapa banyak hati yang kita dah sakitkan before. Sebab, mungkin dengan cara tu, kita dapat muhasabah diri kita. Allah bayar cash kat kita kann. Mungkin kita ada sakitkan hati parents, lecturers, siblings, roomates, either directlty and indirectly, sengaja or tak sengaja buat muka, tak sengaja kentut busuk kat public ke kann. Who knows. Atau, mungkin dengan cara tu, kita dapat recall, and akui kesilapan yang kita pernah buat. Jadi, inche hati mesti kuat dan tough, sebab semua tu kuasa Allah. Kuasa Allah untuk ingatkan kita, bukan hukum kita.

Thats all. Thanks for reading. Best of luck readers :)

Harap readers boleh tolong doakan kesejahteraan my nephew yang dalam recovery process after tendon cut surgery, and now tengah jalani Physiotheraphy di HTAA Kuantan Pahang, two times per week. Semoga mama dia (my sis) tough dengan ujian dan situasi ini dan dipermudahkan segala urusan. Get well soon Mohamad Faris Iskandar. Ameen~




( luvpinkja, 0312 )
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Wednesday, November 23, 2011

build up strength

Assalamualaikum. 
beloved baby evahh
-.-




Rasanya mostly ingat lagi kan entry pasal my beloved hero, Faris. this brilliant kid. kid yang ada macam2 cerita dan ujian. now. AGAIN. Ujian lagi untuk si kecil yang kehilangan papa sejak berusia setahun 2 bulan ni. tak sampai half year lagi dia kehilangan beloved papa, dia dah di uji dengan incident yang menyebabkan salah satu urat dekat left middlefinger dia putus. refer entry ni (this baby is leftanded). Dah refer pakar sana and sini, Finally a date choosen and dia akan di operate this 24th Nov in Hospital K.

But now, he was in fever. Pity you, baby. As we know, kalau this baby not in a best health (even flu and fever), the operation will NOT be proceed. All of the procedure will be postpone and it will be problem in time. His mum (my sis) is a gov staf kot. Tapi what to do kan, siapa boleh predict our health condition. Apa2 pun, acu doakan faris cepat sembuh dari demam. Then all the operation (two operation if im not mistaken) berjalan lancar insyaAllah.

Both my sis and faris, dunno what, i cant stop praying that both of you will be tough all the way to face kind of this tests. ''kan kalau baby nak kena operate, parents dia akan be by his side untuk teman, usung pegi operation room, jaga kat wad, semua akan di uruskan oleh parents (both mum and dad) kan?'' tapi Kakak and nephew saya tak. Situasi diorang berbeza. kakak saya uruskan semua ni sorang je. Without a husband on her side. but i know, arwah abg man sentiasa ada bersama, bagi semangat untuk kak ayu dan faris dari alam yang satu lagi.

Ye. faris bukan lah ada kronik disease ke apa, tapi situasi yang kakak dan faris tengah harungi sekarang sangat menyentuh hati saya. Highest respect kat kak ayu sebab sangat kuat. Tapi yela, externally kita nampak dia tough for his only son kan, dalam hati dia, who knows ? Im sorry kak ayu. I wish i could be by your side right now. But i cant. Adik cuma mampu doakan semua berjalan lancar je. Walaupun kak ayu and faris tak baca entry ni, InsyaAllah Allah maha mengetahui. 

''Ya Allah Ya tuhan ku, Engkau permudahkan lah segala urusan keluarga ku, terutama urusan pembedahan Faris pada 24 november ini, semoga semua nya berjalan lancar dan selamat'' aminnn.

Lately ni sangat rindukan arwah. Othman bin Darose. Hampir setiap masa terngiang2 setiap ayat yang arwah penah cakap, mesej2 arwah bagi, pesanan2 arwah, cerita2 arwah, setiap gurau senda arwah, muka arwah, semua lah. sampai lah masa arwah turun diusung dari ambulans ke dalam emergency room. Adik ingat semua tu abg. Satu2 sebutir2 adik ingat. Al fatihah untuk abang. tenanglah di alam sana. Maafkan adik sebab tak dapat jaga and bagi perhatian penuh kat faris (tears)

( luvpinkja, 0312 )
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...