Followers

About Me

My photo
Johor Bahru | Mersing, Muslim, Malaysia
Walking freely wasn't a warranty for you can run.

Pages

Friday, December 27, 2013

#TipsMenjadiManusiaTidakBodoh #3

Assalamualaikum.
 
#TipsMenjadiManusiaTidakBodoh #3 #KekalPositif
 
Kekal positif. Apenda ni ?
 
Kanak kanak 3 tahun mana tahu macam mana nak kekal positif Nana oi. Jadi siapa yang tahu ? Orang dewasa lah. Kalau anda2 dewasa, mesti tahu. Kekal positif bermaksud, sentiasa motivate kan diri dan hati2 anda semua supaya berfikiran ke arah yang baik.
 
Ingat, everythings come for a reason.
 
Kalau dah tertipu sekali, jangan lah rasa yang dunia perlu tahu anda layak ditipu, anda mangsa tipu terhebat. Wake up dude. Kena ubah mind set, kena tahu, sekali anda ditipu, bermakna anda dah dapat pengajaran. Next time tak mungkin orang senangsenang nak perbodohkan dan tipu kau lagi. So stay positif la.
 
Sekali dah kena tipu, amek pengajaran. Kenapa kena tipu. Kenapa orang menipu. Orang macam mana yang suka menipu. Keadaan macam mana orang akan menipu.
 
Kalau kau rasa meratap, membenci, menyalahkan orang, mengata kesilapan orang tu satu penyelesaian, mohon muhasabah bersama. Mengadu pada Sang Pencipta.
 
 Kalau pencipta kau tu twitter, ngadu ah kat twitter.
 
Tapi rasa macam balas balik tu akan berjaya seberjaya nya, pergi lah balas. Tanggung sendiri.
 
 
( luvpinkja, 0312 )
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Monday, December 23, 2013

#TipsMenjadiManusiaTidakBodoh #2

Asslamualaikum

#TipsMenjadiManusiaTidakBodoh #2 #JanganMengenangPerkaraYangLepas

Ye, buat apa kenang then meratap menda dah lepas.

Kau jalan tak pakai selipar, lepastu terpijak tahi ayam. Yang kau nak menangis meratap mengenang betapa busuk kaki kau buat apa ?

Pergi cuci kaki, Wangi wangi. Lepas tu ingat, lain kali jalan pakai selipar, watch out your step.

Kemon guys, cakap memang senang. Sendiri terpijak najis pun mau terdiam jugak seminit dua mengegang kebodohan diri. Dah tu nak buat apa lagi, nak cari ayam yang buang najis merata ? Nonsense.


( luvpinkja, 0312 )
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Thursday, December 5, 2013

Aku hanya seorang peminjam

Assalamualaikum

First of all, Alhamdulillah
I just turn to 23rd ! Masih dipanjangkan umur, diberi peluang untuk meminjam masa & tempat di bumi Allah ni, dikurniakan kesihatan yang baik2 sahaja, disayangi keluarga yg terbaik, dikelilingi insan2 yang menyayangi, thanks friends & relatives. May Allah bless all of you. Ameen

Semoga bertambah umur ni, lebih murah rezeki dan sentiasa diberi kesihatan yg baik2 sahaja. Semoga Norazrina Abd Hamid ini lebih kuat dan tabah meneruskan hidup di bumi Allah. Semoga sentiasa dilimpahi rahmat petunjuk, kasih sayang dan hidayah dari Nya. InshaAllah, ameen. ameen.

Thank for all the warm birthday wishes, either through facebook, twitter, sms & calling. So touched ! Yela, didn't expect lah umur tua2 ni pun masih ada yang sudi call pagi2 wish birthday, nyanyikan lagu, bagi kek, bagi hadiah. Haters pun wish birthday okay ! (walaupun tak seberani maneeee. thanks btw. Thanks too my informer). Tanpa haters siapa lah aku. haha. Terharu aku tauuu. tsk tsk :')

Gambar ?

krikk. krikkk.
*postpone


( luvpinkja, 0312 )
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Sunday, November 24, 2013

#TipsMenjadiManusiaTidakBodoh #1

Assalamualaikum.
 "Allah adalah sebaik-baik perancang"

"Kita hanya mampu merancang, Allah yang menentukan"

"Manusia hanya tahu cakap tapi tak semesti nya hadam/paham/aplikasi apa yang dia cakap"

Hai readers yang bijak2 semua, bertemu kita dalam segmen berkongsi #TipsMenjadiManusiaTidakBodoh #1

Nak jadi manusia tidak bodoh, mesti lah tahu merancang. Kita ni biasa sangat dah dengan first two phrase/quote kat atas tu. kan ? Maksud aku, biasa dengar dan biasa cakap. Tapi tak biasa fikir betul2 atau apply maksud disebalik quote2 tu. Senyum jela kalau setuju. Kerut je la dahi tu atau herot kan sikit mulut tu kalau tak setuju. Simple.

Orang yang paham dan apply dua quote diatas tu sangat bijak. Sebab 'planning' is the one of most important step in any situation.

Tak semestinya budak admin or management yang dapat dean list tu je yang kita cakap bijak merancang. Budak science pun ada belajar management okay ! Budak aquaculture pun ada belajar planning. (aku)

So, basically semua tahu apa tu planning. Fulltime housewife pun kena planning nak masak apa pukul berapa nak bangun kemas rumah semua. Faris umur tiga tahun pun tahu selepas tidur petang dia nak main basikal. Planning is everywhere & everytime guys.

Beza dia, tak semua orang paham dan terima risiko perancangan itu. Tak semua bersedia terima kegagalan. Tak semua housewife boleh terima kalau family dia tak gemar menu yang dia masak untuk lunch, dan tak semua faris 3 tahun yang kental dan chillax kalau lepas bangun tidur mama dia tak bagi main basikal.

The conclusion is, orang yang tahu merancang, tahu apa yang dia rancang, tahu apa risiko dan future perancangan dia, tahu siapa yang luluskan perancangan dia, adalah manusia yang tidak bodoh.

#Carilah pasangan atau kawan yang tahu dan paham akan perancangan.
#Pilih lah (kalau ada) bakal imam yang tidak bodoh dalam merancang
#Kat mana level kualiti seorang pemimpin kalau tiada kemahiran ini ?
#Kita nak reject/ignore ke manusia/kawan/bf/gf/fiancee/future husband yang takde sifat2 ni ? eh, jangan jadi firaun sangat. Jangan ignore/reject, ayuh kita bersama2 lengkapkan diri dan pasangan untuk tidak jadi manusia bodoh. Guide. Courage.
Jangan jadi tidak bijak ok?






















( luvpinkja, 0312 )
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tuesday, November 19, 2013

Terlepas cakap amalan buruk

 Assalamualaikum.

Hai semua, masih kenal saya lagi ? Masih setia stalk saya lagi ? Dan masih berdoa saya stop ber blog ? Atau masih wish saya update blog ni ?

Ok tak tak. Di atas semua idea bodoh untuk bertanya di sini. Hehe.
By the way, wish you all sihat dan baik2 sahaja. Ameen.

Lama tak membebel, so semua nampak tak spirit membebel tu dah datang ? Ke spirit ni ada kena mengena dengan kesan melawat tapak villa nabila semalam ? Nonsense.

Nak cerita pasal terlepas ni. Maksud aku terlepas cakap. Terlepas sampaikan rahsia orang amanahkan. Terlepas cerita peribadi dan sulit diri sendiri pada orang lain. Terlepas aibkan orang. Pernah tak ?

Contoh la. Contoh. "Raymond, kat betis I ni ada kurap tau, buruk kalau you tengok". "Lorena, I kalau kentut, busuk sangat. Tapi you jangan bagitahu orang lain tau". Ok ayat last tu, jangan bagitahu orang lain. Sangat familiar ! Tapi korang perasan tak menda ni jadi habit dan culture orang kita. Even dah pesan, mesti rasa ingin sampaikan kat orang lain tu membuak buak. Alasan kita, orang yang kita nak sampaikan tu patut tahu news tu dan kita patut kongsi kan. Alaa, lepas tu kita pesan lah jangan cerita kat orang lain. Setel, susah apa. Finally, menda tu tersebar, dan awak jadi malu sebab semua orang tau awak kentut busuk dan ada kurap. Eh ?

Takpun, situasi beza sikit. Isu dia sama lah. Terlepas sampaikan amanah orang lain. Alasan: kita percaya sangat kat orang yang kita nak sebarkan berita tu. Percaya yang orang tu takkan sebarkan, takyah pesan kat hujung ayat pun. Percaya sangat uolls ! So kita yakin sampai bersembur air liur cerita yang "weh tadi bos cakap kat i, bos nak fired si sabrina tu sebab banyak masalah disiplin". Ak elaaa, rilex lah menda simple. But then, Sabrina tu terus berhenti kerja sebelum diberhentikan. Pasal apa ? Pasal Sabrina tu sekeras2 taiko masalah disiplin, akhirnya sabrina tewas dengan mulut2 orang sekeliling yang menyebarkan berita.

krik krikkk.

Nampak tak betapa habit terlepas cakap kita ni boleh bagi kesan besar. Macam mana ek nak atasi. Ini kategori penyakit ke, amalan ke, keturunan ke macam mana.

Tak kira lah kategori apa, Semoga kita semua dijauhkan dari amalan tak baik ni.Pembaca semua, berhati hati la dalam percakapan seharian kita. Pertuturan mencerminkan peribadi kita dan parents kita.

*updated.
 "you have no bloody right to spread this issue", Ketua Polis Johor.
 Ini berikutan isu kebocoran maklumat perubahan cuti mingguan Johor oleh individu yang kini diburu.

See. Ni adalah contoh isu terlepas sampaikan makkumat lah ni. Terlepas, perhaps. Jadi kes polis nyahh. Kepoh sangat padan muka. Lepas ni kang keluar akta baru, orang yang kepoh akan dipenjarakan




Thats all.

Goodluck, may Allah bless all of us. Ameen




( luvpinkja, 0312 )
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Monday, November 18, 2013

Birthday shout



Dear Muhamad Shahrull Nizam bin Abd Razak, happy 23rd birthday. Thanks for stay together during thick and thin, smile and tears, smooth and rough, ups and down. MashaAllah. Thanks a lot. I wish you a great, wonderful and lovely life & career.

 Thanks Allah for lend me this special guy, Please Ya Allah, give him an endless happiness, courage him to stay in giving his full faithness to You, and bless him with great health and wealth. Ameen








(luvpinkja, 0312 )
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Friday, October 4, 2013

Pinjam Telinga

Assalamualaikum.Hello readers !

Entry ni bukan nak pinjam telinga awak2 semua tauuu. Cuma nak random share pasal random things. Actually nak cerita pasal penting nya teman pendengar. Eh ke apa term dia. Time ni lah aku nak blur pun. Alaaa yang jadi pendegar tak berapa nak setia, yang sanggup bukan sudi sangat dengar luahan dan bebelan kita.


Teman pendengar ni penting sebenarnya, sangat ! especially untuk si kepochi seperti aku. tsk tsk.

yelah, umur dah besar panjang takkan lah kecik hati dengan semut dengan nyamuk pun nak post kat facebook.

So, walau macam mana pun mesti nak share pasal kerja, pasal mood, pasal nafsu makan, pasal semua lah. Perempuan kan ? Time ni lah agree sangat dengan standup jokes harith iskandar tu. hehe.

Siapa yang biasa, perlu dan sesuai jadi teman pendengar ? Suami-isteri, anak-parents, sibling-sibling, bff-bff, nak america sikit, share dengan kekasih la kot. kikiki. buat si lone ranger ? Pergi share secara jemaah di facebook, twitter, moments, whatsapp group ke mana2 la medium yang tak perlukan telinga orang.mihmih


jangan nak lone ranger sangat la, kang ada tajuk akhbar metro esok 'seorang wanita mati akibat pendam perasaan selama hayat beliau'.
Tak paham ? Bawak2 la berkawan, berteman, jangan kera sumbang hati kering sangat. Trust me, you really need someone who can lend you their ears, so do i.

Ambouui sangat aku punya list pendengar kan ? Terlupa pada yang Maha Pencipta kat atas sana. Kawan2, sebaik baik pendengar adalah Pencipta kita sendiri, jangan lupa tu. Mengadu lah pada Dia. Jangan la kita taksub dengan pendengar2 duniawi tu. Tak salah nak share nak mengadu sesama kita dan pasangan, tapi jangan lah sampai tahap, bila takde yang nak mendengar, kita jadi bodoh tak pasal nak buat bukan2. Nak blame sana sini. Nak hembus sana sini. Semua orang ada mistake apa. Semua orang ada masalah apa. Semua orang ada cara sendiri.

 Apa seyh, kejap suruh cari teman pendengar, kejap suruh jangan taksub. deyyyy, akai ada ? Haha

 Apa apa pun, sebelum buat apa2, fikir panjang sikit. fikir ke depan, bukan fikir yg dah lepas. Biasa kan diri kita guna kan akal yang dikurniakan Allah ni untuk berfikir.


Ok bye.

( luvpinkja, 0312 )
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Sunday, September 1, 2013

Sebaik-baik perancang

Assalamualaikum.

Merancang. 
''Failing to plan is planning to fail''
Cliche sangat kan ?
Orang yang tahu, bijak dan pakar merancang ni orang kata bagus. Ada matlamat lah, ye dak ?
Merancang apa ? Merancang kemana ? Taktahu.
Merancang yang positive ke negative ke. Tidak mengapa. 
Eh takboleh jugak kan ?

Allah adalah sebaik-baik perancang.
Betul ? 
''Laaaaa. dah tu kenapa kena ada quote yang bagitahu semua orang kena sangat bijak merancang??!''
(bawak mengucap dikk...)

Siapa pernah merancang dengan hebat ?
Siapa pernah merancang dan gagal ?
Siapa pernah merancang dan berjaya ? 
Siapa pernah merancang dan tidak pernah gagal ?
Siapa pernah merancang dan tidak pernah berjaya ?
Siapa pernah merancang dan kadang kala berjaya, kadang kala gagal ?

*Siapa tak paham ? Tekan pangkah di hujung atas kanan screen anda sambil senyum*

Sebenarnya merancang itu perlu. Quote tu betul.
Tapi... !
Beserta huraian. 
Kalau orang cakap makan tu perlu, kau bantai je ke semua buat makan ?
Tak kan ?
Ada yang boleh makan, ada yang tak boleh.
Ada yang kena makan sikit, kena makan banyakbanyak.
Kena terima lah, tak semua menda boleh sebat. 
Kadang ada yang bagi kesan positive, ada kesan negative.

So, sama macam merancang punya cerita ni.
Nak merancang, kena bijak jugak. 
Bukan rancang macam nak beli sumi, simple !
Nak merancang, kena kuat.
Bukan merancang dan lepas tangan.
Nak merancang kena teliti.
Bukan merancang sambil main candy crush.
Nak merancang, kena tetapkan hati (are you zeriousss?)

Macam ni lah. 
Senang cakap, kita ni kalau nak merancang,
Kena lah well plan.
Kena paham betulbetul, jangan merancang atas angin, tak jadi.
Balik pada Allah sebaik baik perancang.
Kita kena redha, apa yang kita rancang tak menjadi.
Atau,
Apa yang kita rancang separuh jadi, separuh tak. 
Atau, apa yang kita rancang jadi melencong sikit, melencong banyak. 
Sabar. 

Setinggi mana ''Failing to plan is planning to fail'' diangkat.
Berbalik lah kepada Yang Di Atas sana adalah yang terbaik.
Usaha kena ada. 
Plus, bersedia untuk diterima atau tidak diterima, atau:-
Usaha yang anda rancang, ditolak dengan hikmah yang lebih indah.

InshaAllah, ameen.

Thanks for coming, thanks for reading.
Maaf zahir batin :-)

( luvpinkja, 0312 )
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Friday, July 19, 2013

RESEPI PUDING CARAMEL TANPA TELUR (TIDAK PERLU KUKUS)

Assalamualaikum

Hello gadis2 moden dan aunties yang pentingkan kesejahteraan level kolestrol masing2, anda tidak silap memilih resepi kali ini. Ini pilihan terbaik untuk menikmati puding caramel tanpa ragu. Tanpa anasir2 seperti -

'berapa biji telur lah depa pakai buat puding caramel nih?'
*renung tummy*

'sedapnye puding caramel ni tapi macam sedih sebab takboleh makan more than 1 slice, gila tinggi kolestrol!'
*lihat peha*

Senyum senget sikit ladies ! :-*

HAHA

Jangan risau, resepi ni tak guna telur walau sebijik pun. Tak tipu aihh. Meh jenguk resepi ni. Copypaste dari cik epal.

Bahan-bahan caramel :
4 senduk gula
1/2 cawan air

Cara-cara buat caramel :
Dalam periuk kecil, cairkan gula di atas api perlahan. Tambahkan air sedikit demi sedikit sehingga semua larut. Kacau selalu dan tunggu sehingga bertukar warna sedikit kuning (jangan tunggu sampai brown-kalau dah brown nanti pahit). Tutup api. Curahkan dalam bekas puding anda. Biar sejuk.

Bahan-bahan puding :
1 tin susu cair
1/2 tin susu pekat
3 sudu besar tepung jagung
2 sudu besar tepung custard
1 sudu kecil esen vanilla
3 1/2 cawan air
1 bungkus serbuk agar2 segera (neutral-tanpa warna) - 10g


Cara-cara buat puding :
1. Masukkan tepung custard dan tepung jagung dalam mangkuk, tambah sedikit air (separuh dari yg 3 1/2 tu pun ok) dan kacau sehingga semua larut. Tapis.
2. Dalam periuk, masukkan (1), serbuk agar-agar dan air. Hidupkan api perlahan, dan kacau sehingga mendidih. Masa ni penting untuk kacau setiap masa untuk elak berketul2.
3. Masukkan susu cair, susu pekat dan esen vanila. Kacau rata selama 5 minit, tutup api.
4. Tapis dan curahkan kedalam bekas yang dah ada caramel tadi. 
5. Sejukkan sedikit, masukkan dalam peti semalaman atau sekurang-kurangnya 5 jam. Boom !

Puding caramel sihat siap ! Boleh makan tanpa sukatan. Mihs

Adunan ni boleh dapat lebih kurang 2 mangkuk berdiameter 15cm.

Now, apa lagi ? Boleh lah buat lepas sahur, sedia untuk dimakan untuk berbuka besok.

Thanks for reading :-)
Selamat berpuasa.

(Azrina Luvpinkja)
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Monday, July 8, 2013

Kenapa puasa dan raya kita makin tak best ek ?

Assalamualaikum

Holla kesayangan semua ! Macam mana persiapan nak puasa ? Nak tanya pasal ganti puasa macam tak relevan je kan sekarang ni. Pandai2 lah nak menjawab tang tu.

Takde lah intro2 melewey, malas. So straight to the point. Korang rasa tak apa aku rasa. Yelah, makin lama macam makin kureng feel nya puasa dan nak raya. Alaaa, macam zaman kanak2 tu, kan ke meriah dan indah. (i just mean fasting  one, not the Barakah Ramadhan and Syawal, so please don't get me wrong). 

Aku ni macam takde keje lah analyse perasaan kurang senang ni. Antara yang aku kenalpasti adalah seperti berikut. Mungkin korang mengalami simptom yang sama, mungkin juga tidak. Walaubagaimanapun, tidak mengapa. Sekadar coretan.

**Puasa

1) Masa zaman kanak-kanak, bangun sahur di dokong dari katil ke sinki (cuci muka) dan terus didudukkan ke meja makan, celik mata, makan dan terus makan, kemudian solat subuh dan tidur dengan gembira. budak-budak, mana tahu apa. Sahur tu ibarat masa makan macam breakfast cuma awal sikit. Indah bukan ? Sekarang dah besar dah anak dara. Bangun sahur : Buat air, serve meals (masak nasik or panaskan lauk), makan, kemas meja, basuh pinggan mangkuk. Agak penat kannn ? hiks !

2) Siang hari. Masa zaman kanak-kanak waktu siang kena banyak berehat, mana lah ada nak kena fikir kemas rumah, tolong masak ke apa. Tahu2 dah nak berbuka, jadi penilai untuk hidangan hari berkenaan. Sedap ke ok ke tak ok ke hidangan berbuka hari ini. Muehehe. Bahagia ! Okeh dah besar2 ni siang buat apa ? Dari lepas sahur ye, lepas subuh tu. Dah mula kemas rumah. Start tengah hari kena fikir menu untuk berbuka, desert, air untuk berbuka. Sama ada nak masak or beli. Adalah masa rehat sekejap sebelum memasak. 

3) Berbuka preparation. Masa zaman kanak-kanak, part nih paling best ! 'Abah, mak, abang, kakak, dah pukul berapa ni jom lah pegi bazar ! (jam: 4.40pm)' . Sampai bazar, nak tu ni yang tu- abah bayar, sekian terimakasih. Dah besar2 nih, fikir lain pulak. Dua tiga kali fikir. Kang pegi bazar Ramadhan, oh terbang lah barang RM15-RM20/day (derr, duit sendiri, takde paw2 dah). Plus penat, kang balik nak serve lagi, nak ngadap belian2 yang tak habis (sedih tahu? Baru tahu sedih makanan tak habis) Tapi kalau masak sendiri ? Penat takde orang nak tolong. Krikkk krikkkk. 

4) Solat sunatTarawikh. Okeh ni compare dari zaman belajar dengan zaman selepas belajar. Yelah, zaman kanak-kanak tahu apa dengan tarawikh. Pegi masjid jumpa kawan dan masa bermain je. Mihs. To be honest, pengisian dan keikhlasan bertarawikh much more indah di usia begini. Lebih mendalami dan memahami. Tapi dari segi seronok dan meriah, pasti zaman belajar itu lebih terasa. Yelah, pegi solat sunat tarawikh dengan kawan2, tak terasa pun penat buat tarawikh full. Sekarang pergi masjid di kampung halaman, dikelilingi makcik2 dan nenek2 yang setiap 2 rakaat akan teguk air (letih, tetapi masih mampu menunaikan sunat tarawikh penuh, MashaAllah), tak memasal aku pun rasa letih sekali ! Dah mampu buat 8 rakaat je. Alasan anak dara sorang ni lah haiii ! 

5) Okeh yang ni pun aku rasa ada beza. Selepas tarawikh (tak termasuk moreh di surau/masjid). Balik tarawikh mesti nak fikir, apa lagi ek belum makan. Apa lagi ek belum minum ? Yelah, kang esok siang menyesal pulak bila teringat, Kanak-kanak. Haha. Tapi dah besar2 ni pun kadang ada jugak terasa macam ni. Tapi normally bila dah besar ni, banyak lagi menda nak fikir. Apa ek kerja nak buat malam ni, Kang esok siang penat pulak (kerja2 yang memerlukan tenaga terutamanya-lap tingkap, langsir, basuh kain, jemur kain). Maklum lah, tanaga dah berusia ni semakin limited, banyak nak guna pulak tu. 

Nak raya.

Saya sukaaaaa !!! (5tahun-17 tahun). Saya kurang berperasaan ! (18-22Tahun). Aku stress (23tahun-tua).
Bagi aku lah. masa zaman kanak-kanak, zaman sekolah, nak raya tu memang best !

1) Baju raya. Kanak-kanak riang sekalian, mesti best request baju raya macam2 warna dan design. Request air liur, dapat real baju raya, fuhhh ! Nah baju2 raya anda puteri dan putera kesayanagn abah mak. Tiada wang dan keringat diperlukan. Masuk zaman pertengahan (18-22 tahun), nak baju raya lebih sikit, kena janji buat itu, jangan buat ni, result cantik, tolong mak rajin2. Phewww. Tambah stress sikit, ni zaman compete dengan rakan sebaya dan sepupu. Zaman kekeliruan nak decide, nak ikot trending baju raya mana satu. Sesuai tak gini, gitu, ouhhh -.-'. Now cerita zaman tak belajar dan zaman bekerjaya nih. Ehem. Anda telah melepasi fasa bersenang lenang ye. Jadi, untuk mendapatkan baju raya yang selaras dengan arus modenisasi, anda perlu- cari duit sendiri- berusaha sendiri-berkorban untuk diri sendiri. How come dudeeeeee ??! Nak tudung 5 layer, duit 5 layer jugak. Haha. Zaman ni, kalau request air liur (order), dapat air liur lah semula (bebelan terindah untuk keinsafan). Kena sedar diri ikot kemampuan. Baru nak sedar. ouhh

2) Persiapan raya. Yesss ! Kanak-kanak pasti suka. Bila part mak dan kakak mula tukar sarung kusyen. Heaven ! Sebab apa ? Sebab boleh main nyorok2 dengan menyusun kusyen2 tu, ada port menyorok ! Boleh main baling2 sepahkan kusyen. yeayyy ! Sekarang ? Masa untuk menukar sarung kusyen, dimana anda ? Ye, saya yang take over tukar sarung kusyen dan menahan perasaan tengok anak buah sepahkan kusyen, merangkap melambatkan kerja dan tambah sepah. Seteghessss ! Part mak buat kuih raya ? Yeayy lagi sekali. Banyak nya kuih raya sedap2 warna warni ! Tak sabar nak makan. (untung kau budak, takyah fikir apa, makan je). Sekarang ? Ye, aku lah yang tukang buat kuih tu. Mengadap oven, menggentel kuih siang malam, dan, tengok orang makan dengan meriah ! 

** Hari Raya

1) Kanak-kanak lagi. Ye mereka paling best kutip dan kira duit raya ! Takyah fikir apa. Cuma stress sikit ah sebab nak kena compete dengan cousin dan rakan sebaya, collection siapa paling hebakk. Best ! Kita ? Ye si tua tua ni. Bila raya nak kena melayan guest, tak sempat melaram dah kena cuci pinggan kat dapur (baju raya yg vougue2 tu bawak kedapur jugak), busy topup kuih, bagi duit raya, jaga anak sedara, melayan anak buah. Er, apa lagi. Semua kerja sehingga lah, menjadi anggota sukarela di kala open house. Tiada kata paling indah melainkan penat. Haha.

2) Makin nak dekat raya lagi lah busy hoyy. Nak lap tingkap, memasak, mengemas, buang habuk yang setahun sekali bersihkan tu (time nak raya setahun sekali je), buat ketupat, isi kuih, iron baju untuk keluarga (sigh -.-'). Pagi raya dan raya first paling exhausted. Nak senyum pun tak larat. Masa kanak2 takyah fikir pun. Pagi raya celik mata, mandi- pommmmm --> bertukar jadi orang paling gembira takyah puasa, boleh pakai baju baru semua ! 

Okeh macam dah banyak je, Dah tu je kot. Kalau korang nak share pengalaman korang, tinggalkan lah kat comment ye.

** note: maaf kalau ada antara ayat2 yang kurang enak. Tiada di tujukan untuk sesiapa, hanya luahan.

** Sebenarnya makna puasa tu ada di hati masing2. Macam mana pengisiannya, macam tu lah result dia. Baik, baiklah. yang kurang tu, hasilnya kurang jugak. Jangan salahkan Ramdhan yang kurang indah, tapi mari lah muhasabah lah amalan dan ibadah kita. Cukup berusaha ke kita nak rebutkan keberkatan bulan mulia ni ?

Akhir sekali, Salam Ramdhan Al Mubarak. Semoga sempat meraikan dan menjalani Ramadhan penuh barakah ni dengan sempurna dan dipenuhi ibadah. Mari kita sama2 set kan goal yang positif. Perbanyakkan amalan sunat dan kurang kan perkara yang lagha. InshaAllah, ameen :-)

( luvpinkja, 0312 )
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...