Followers

About Me

My photo
Johor Bahru | Mersing, Muslim, Malaysia
Walking freely wasn't a warranty for you can run.

Pages

Sunday, April 19, 2015

#ShahNanaJunior (Intro)

I am Pregnant !!!
 
 
Assalamualaikum..
 
Hai reader kesayangan semua  Harap korang semua sihat macam aku juga, InshaAllah.
 
Rasa nya tengok tajuk post yang kemain tu pon dah tau dah kandungan entry ni pasal apa kan ? HAHA.
 
Yes ! Akhirnya ada kekuatan (baca:rajin) nak menulis/share berita ni.
 
Alhamdulillah masa entry ni mula2 dibuat aku dah hamil 16 minggu (nak masuk 17 minggu), atau 4 bulan la senang paham. Tapi aku still akan share ikot turutan kandungan (soon). Bertuah nya kalau aku se-rajin tu ! hahahahaha
 
Asal nya malas nak merapu-rapu taip dan bercerita kegembiraan aku dan Shahrull kat sini (blogging) sebab konon2 taip kat apps tepon aku je senang. Tapi Nana kan. Hangat2 taik ayam ade dimana-mana. Too bad. Berapa entry je aku taip kat apps tu, pastu nak bukak apps pon malas gila ! Pheww. So sebab nak merajinkan diri share ni, maka aku gagah jugak ah tulis kat blog. Niat aku cuma nak merakamkan kenangan, perasaan, kegembiraan, susah senang sepanjang mengandung dan bersalin sampai lah membesarkan anak-anak nanti. Fuuuuuu. Korang apa tau ? HAHA. Kalau verbal story nanti makin lama makin lupa moment-moment dia. Entry-entry lepas2 ni akan ade lah typical masalah & solution ibu mengandung, korang akan familiar dengan perkataan morning sickness, ngidam, folic acid, hb, edd, bla bla bla.... Ye laaaahhh, kata blog ibu mengandung ! Takkan nak cerita pasal gst dan najib ! Ehh.
 
So #ShahNanaJunior ni hashtag acah-acah diari mengandung aku lah. Taknak follow pon takpe, I is tak kesah.
 
Ok share sikit ah gambar first day buat buku pink :-)
 
Ayah & mommy wanna be <3
Ye entry ni intro je. So stay tune untuk #ShahNanaJunior Part 1,2,3,4,5.................  k ?
 
Byeeeeeeee
 
( luvpinkja, 0312 )
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Wednesday, March 11, 2015

Resepi Kek Batik Kegemaran Lelaki

Assalamualaikum..
 
Tajuk harini: Man's Kek Batik
 
Jangan nak salah paham kerut2 dahi sangat okay. Resepi ni sesuai untuk mereka yang serious nak buat kek batik yang tak cepat muak ditekak lelaki fav anda (ayah, abang, adik, suami, etc). Sebabnya, kebanyakan lelaki-lelaki ni tak suka sangat makan desert/kuih yang manis2. Diorang akan makan, tapi tak banyak. Kebiasaan nya lah. Yang luar biasa tu kau bawak pegi dip&dip je sampai kena potong kaki. Lulz !
 
Kek Batik kurang manis dan tak cepat muak. Lets try (tapi sorry takde gambar:gambar step-by-step lebih kurang je dengan kat belog2 lain, takde special step pon)
 
Bahan-Bahan:
 
1 paket biskut Marie Munchys (300g) -karate 4
1 paket Milo (200g)
1/2 tin susu pekat (or less)
1 buku butter (250g)
1 sudu kecik esen vanilla
2 sudu biasa Nescafe (secret recipe untuk kurangkan manis/muak)
** HAHA, nescafe je pun additional ingredients dia yg membezakan dgn resepi2 lain
 
Cara-cara:
 
1. Dengan api perlahan, cairkan butter tu sampai betul-betul cair.
 
2. Masukkan susu setengah tin (or less) susu pekat tu, dan kacau sebati (Lebih kurang 5-7mins je)
 
3. Masukkan milo sikit demi sedikit. Sebab kalau masuk sekali gus, milo tu susah nak di-handle. Mesti ketulan-ketulan degil tu taknak lumat. So, masuk sikit-sikit lah bagi senang sebati. Gittew.
 
4. Bila ketulan-ketulan  milo dah takde (sikit-sikit takpe ah), masukkan 1 sudu nescafe (then rasa ikot lidah/tekak anda), agak-agak manis lagi, tambah lagi sesudu. Sampai lah rasa ala-ala neslo (macam Shahrull kata, barulah tak muak yangg!) HAHA. Jangan sampai over pahit dah la ! Tambah sikit esen vanilla.
 
5. Once dia dah blup-blup (menggelegak), tutup api and masukkan biskut marrie korang. Kacau rata-rata, laju2. Sebab nanti kalau lama-lama dia jadi pekat-likat.
 
6. Curahkan dalam Loyang/Tupperware/container korang. Sambil masukkan sikit-sikit tu, tekan2 guna belakang sudu sampai dia rata & mampat (supaya senang potong nanti tak pecah berderai).
 
**Tips untuk mudah potong once dah sejuk nanti, Alaskan Loyang dengan plastic, lebihkan kat luar Loyang. nanti senang nak angkat/keluarkan dari Loyang, tak melekat.
 
7. Dah rata tu, korang simpan lah dalam peti ais barang 3-4jam sebelum potong dan ngapp. Yaddaaa yadaaaa, siap ! :-)
 
Goodluck korang !
 
**Asalnya aku rasa macam gagal misi letak nescafe ni, mula lah aku salahkan Shahrull sebab resepi ni buat kek batik aku jadi liat2, crunchy sikit. Aku bawak pegi opis, licin kering bekalan aku (staff & bos aku mostly lelaki). Dorang pesan next time letak lah lagi nescafe, sedap tak muak.
Sekian.
 
Byeeeeee.
 
( luvpinkja, 0312 )
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Saturday, October 25, 2014

My Journey Part 2 (My Wedding Day)

Assalamualaikum...
 
25 Oktober 2014, 1 Muharam 1436H.

Hari pernikahan dan walimatul urus Norazrina bt Abd Hamid dan suami Muhamad Shahrull Nizam bin Abd Razak
 
Alhamdulillah, rasa seolah olah memulakan hidup baru dalam tahun baru hijrah ni. Semoga Allah merahmati hubungan ini, ameen.

Entry pertama sebagai seorang isteri. (kalau Allah izinkan perancangan).

Entry ni di coret awal (hari majlis confirm busy), untuk melahirkan kesyukuran dan kegembiraan atas rahmat Allah terhadap apa yang dirancang.

Setelah genap 2 tahun 1 bulan mengenali hati budi si dia, akhirnya harini kami disatukan dgn hubungan yang halal, Alhamdulillah. Dan kalau apa yg kami rancang tidak menjadi kenyataan, itu lah jua yang Allah tentukan utk kami.

Status isteri yang digalas ni akan ku jaga dengan sebaiknya. Harap pembaca2 mendoakan kesejahteraan hubungan kami sehingga ke akhir hayat.

Dear Muhamad Shahrull Nizam,
Terima kasih kerana memilih untuk membimbing, menjadikan saya pasangan awak dalam membina masjid. Terima kasih kerana banyak bersabar dan tenang dengan saya. Awak lah insan yang memejuk hati ni dari penuh persepsi negatif terhadap lelaki, yang memujuk hati ini utk memberi peluang dan tidak putus harap. Biarkan memori yang tercipta sepanjang perkenalan kita menjadi sejarah dalam ingatan kita. Terima kasih kerana sentiasa berada di sisi saya dan keluarga dalam apa jua keadaan. Yang sentiasa menjadi Google saya, Polis dan bodyguard saya, teman bergaduh, teman makan, cikgu math, cikgu sejarah, fasion advisor, financial advisor, salesman, marketing officer, semua lah ! Yang sentiasa memberi semangat dan menceriakan saya setiap kali wajah ini berubah kerana rindukan arwah mak tak kira dimana pun saya waktu tu. Maafkan saya atas segala ketelanjuran perkataan dan perbuatan selama ni.

I love you, awaklah cinta hati saya selepas Allah, Rasul, Malaikat, dan keluarga saya, Muhamad Shahrull Nizam bin Abd Razak.

Syukur Alhamdulillah dikurnaikan suami yang beragama, berilmu, baik perbadi dan keturunannya.
 
Shahrull' s
( luvpinkja, 0312 )
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Thursday, October 2, 2014

My Journey Part 1

Assalamualaikum..
 
At the age of almost 24 y/o I just feel that my real life just begin. Do not know because of my mom or because of my marriage. Both also challenging.
 
How to tell aa, em, yeah if u feel me, yelahh kita nak kahwin, preparation kahwin semua tu, w/o our great mother by our side. Bukan menyesal bukan kecewa, tapi nak share betapa terkesannya menyediakan dan menyiapkan segala nya sendiri. Sendiri tanpa mak kesayangan yang nak mengingatkan itu dan ini. Nak marah itu ini. Nak suruh itu ini. Kakak2 abang2 abah, ibu dan ayah masih ada. Tapi ketiadaan mak tu... hemphh. I don't know whether I can survive for another few days ni sampai ke hari majlis ke tidak. It was tough guys -.-
 
Punya lah nak jaga mata kesayangan ni dari cela menunggu hari majlis, tanpa eyebag, tanpa bengkak2. But I cant. Menangis je tiap2 malam. I don't want to figure out all the tears on that day. Kalau boleh nak imagine yang indah2 je.
 
Rasa macam tak percaya (cliché) ni bakal mendirikan rumahtangga (inshaAllah), bakal hidup dengan keluarga baru, bakal ada keluarga mentua, inshaAllah nana akan ade bakal adik-adik 'baru', nak masak2 dengan mak mentua, boleh ke nana ni ? Dulu zaman duduk rumah sewa pun setiap kali nak masak rasa nya call arwah mak tanya itu ini. Sekarang ? Nak ngadu kat sape kalau ikan goreng hangit ? Hehe. Tau takboleh manja dah sikit2 nak mengadu. I will try. I will.
 
Masa ni saat taip ni rasa sangat lah nervous nak mulakan phase baru dalam hidup. Rasa macam baru tersedar betapa nervous nya.
 
Kadang kadang terfikir jugak, kalau lah boleh request nak mimpi. I will have the same request everyday, every seconds, waiting for my mom to come and hugs me every night, even for only in dream. Cukup. Impossible I know.
 
Maaf lah insan2 yang terasa dengan pertanyaan pertanyaan bodoh, 'mende ni perlu tak', 'macam ni boleh tak', 'nak buat macam mana?', 'apa lagi kena buat dan prepare', 'mana dulu nak siapkan', im so sorry. I am asking for a reason yang takde niat pun nak susahkan korang saje2. Special thanks untuk semua kata-kata semangat, bantuan, pandangan, nasihat dan semua yang anda-anda semua sumbangkan. Terima kasih semua.
 
Diharap dengan kehadiran anda semua meramaikan majlis nanti dapat mengurangkan kedukaan ni. Semoga nana kuat. Yossshhhh !
 
Maafkan salah silap insan kerdil ini, semoga Allah permudahkan segalanya. Ameen.
 
Al fatihah untuk arwah mak kesayangan, Puan Saniah bt Jaffar
 
 
( luvpinkja, 0312 )
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tuesday, September 9, 2014

My mom was the best tailor ever

Assalamualaikum..

So i just straight to the point. Ye arwah mak saya adalah seorang tukang jahit yang terbaik sy penah ade. Kami satu family memang sangat jarang pergi hantar baju kat tailor. Even baju sekolah kain sekolah tudung sekolah pun arwah mak yg jahit. Tapi dulu zaman sekolah biasalah manusia tak pernah bersyukur. Mak buatkan tudung labuh sikit, bulat sikit (supaya tutup dada), marah, tak puas hati. Then mak buat kain, dia punya keliri (bhgian lipat2 tu) bukan main tebal sampai berat meleret, pinggang kain boleh lipat tiga kali (boleh pakai lama), komplen. Anak kan. Anak bongsu pulak tu. Tapi pakai jugak lah baju tu. Kain and tudung yg macam ustazah tu pun pakai je. Cuma awal2 tahun nak start sekolah je bebel muncung mulut.

Well. Itu baju sekolah. Ni cerita baju raya pulak. Ha lagi macam2 kerenah. Baju kurung, baju maxi pun mak boleh buat tau. Cantik ! Mak cakap zaman muda2 mak belajar jahit thats why lah pandai. Tapi aku tahu, nak menjahit ni bukan saje perlu ilmu, tapi perlukan kesabaran. Yes i know, mak sangat penyabar. Cuma aku je yang tak mewarisi kesabaran tu. Kesabaran tak dapat diwarisi mungkin.

Now, masuk ke persediaan nak kawen. Nak raya. Takde lagi dah chances nak merasa pakai baju mak jahit. Even raya tahun ni pun dah kena beli baju ready made :-(
Ye, baju je pun. Tapi to be honest, perasaan pakai baju mak sendiri jahit dan kita peragakan, takkan sama dengan baju yg kita beli dah siap. I cant describe that feeling. Sekarang ni dah masuk fasa kena cari tailor, deal dengan tailor (kalau mak yg jahit, mak yg akan panggil-adik sini meh nak amik ukuran, time ni sangat excited!), kena hantar cari tailor yg banyak orang suggest, and of course kena pasrah je apa hasil baju tu. When it comes to problem in to find the best one, the fast one, hm sedih sangat. I know i cant. The best one is only you. Kain lipat banyak kali tu la yang adik ada utk rasa kekuatan utk go on. Baju gedoboh (mak takkan jahit baju melekat ikot bentuk badan) tu lah yang adik buat lepas rindu kat mak. Terima kasih mak sbb jadi tailor yg terbaik selama ni.

Adik rindu mak yang jahitkan baju adik.

Alfatihah utk Puan Saniah bt Jaffar. Tenang lah mak kat sana.


( luvpinkja, 0312 )
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Thursday, July 24, 2014

#AlfatihahBuatPuanSaniahbtJaffar

Assalamualaikum

 


 
8 Julai 2014, 10 Ramadhan 1435 Hijrah,
 
Pulang nya arwah mak, Puan Saniah bt Jaffar ke pangkuan Sang Pencipta.
Menghembuskan nafas terakhir di hospital Mersing, Johor.
Perginya di hadapan seorang suami yang tabah,
diiringi air mata 4 orang putera dan 3 puteri,
Disertai doa dari kesayangan2 mak.
Pada usia 58 tahun, mak pergi juga,
setelah hampir 2 bulan menderita kanser usus.
 
Hmm.
 
Ketabahan mu cukup menyentuh hati.
Satu patah perkataan sakit pun tak pernah mengadu pada si bongsu ni.
Mak yang sangat tabah dan kuat.
Sepanjang 2 bulan hanya menjawab sakit jika di tanya, jika perlu.
 
Tak banyak kerenah hanya minta di urut di manja ;-(
 
Tak mampu rasa nya jari ini nak menaip.
 
Perginya arwah mak dibulan mulia bulan penuh barakah.
Terima kasih mak untuk semua pengorbanan mak utk kami.
Maafkan adik, maafkan adik atas semua kejahilan adik.
Terima kasih sebab mak tunggu adik balik dari JB,
untuk berada disisi mak, genggam tangan mak.
Buat kali terakhir di dunia ni.
 
Walau mak dah tak bercakap dengan adik hari tu,
Tapi adik tahu mak tenang nak tinggal adik dengan abah abang2 dan kakak
Tinggalkan adik untuk berdikari,
 
Jujur mak, kami redha mak pergi.
Abah, adik beradik semua redha.
Rela kan mak pergi dari tanggung kesakitan yang mak pendam.
Kami tak sanggup tengok mak tanggung semua tu.
Allah tahu yang terbaik kan mak ?
 
Kita jumpa di Jannah sana.
 
Walau nak pecah jantung ni setiap masa rindu mak.
Tapi adik rela.
Rela kalau rasa itu buat adik tak putus kirim doa utk mak di alam sana.
Di samping buat abah gembira.
Di samping adik teruskan hidup ni,
Tanpa insan mulia yang tak pernah putus panggil 'adik',
Walau saat sakharatulmaut tiba.
 
Sebak.
 
Tenang lah mak di alam sana.
 
Aidilfitri bakal tiba ni,
 
Allahuakbar.
 
Semoga kami semua kuat.
Kuat untuk abah.
Kuat utk teruskan hidup.
Teruskan Aidilfitri tanpa insan teragung terbaik.
Teruskan Aidilfitri tanpa wajah manis mak.
Teruskan Aidilfitri tanpa bersalam dgn mak.
Teruskan Aidilfitri tanpa air tangan seorang mak.
Teruskan Aidilfitri tanpa mak bangunkan kami suruh bangun mandi.
Terukan Aidilfitri tanpa bau, pipi dan suara mak.
Allah Ya Allah, beri kami kekuatan.
Beri abah kekuatan.
 
Adik nak kuat macam mak.
Maaf zahir batin, mak.
Imissyou.
Iloveyousomuch !
 
 
( luvpinkja, 0312 )
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Thursday, February 20, 2014

Kaedah mendidik anak mengikut garis panduan Islam

Assalamualakum.

Copy paste artikel.

Saja nak share :-)

Kaedah mendidik anak mengikut garis panduan Islam
Mungkin ia kelihatan sedikit ‘terkebelakang’ jika mahu dibandingkan dengan pelbagai kaedah moden yang wujud pada zaman ini untuk mendidik anak. Tapi saya percaya sebagai orang Islam, cara yang diunjurkan Nabi SAW ini adalah sebenarnya yang terbaik untuk kita amalkan.


1) Umur anak-anak sejak lahir hingga enam tahun

Pada masa ini, Rasulullah SAW menyuruh kita untuk memanjakan, mengasihi dan menyayangi anak dengan kasih sayang yang tidak terbatas dan tidak membeza-bezakan.

Berikan mereka kasih sayang tanpa mengira anak sulung mahupun bongsu dengan bersikap adil terhadap setiap anak-anak. Pada peringkat umur ini, mereka tidak boleh dirotan sekiranya melakukan kesalahan walaupun atas dasar untuk mendidik.

Kesannya, anak-anak akan lebih dekat dengan kita dan merasakan kita adalah sebahagian daripada masa membesar mereka. Apabila perkara ini berjaya disemaikan, mereka akan merasa kepentingan kita di dalam diri masing-masing sehingga meningkat dewasa. Anak-anak merasa aman dalam meniti usia kecil kerana mereka tahu yang anda (ibu bapa) selalu ada di sisi mereka setiap masa.


2) Umur anak tujuh hingga 14 tahun

Pada tahap ini ibu bapa disuruh untuk mula menanamkan nilai disiplin dan rasa tanggungjawab kepada anak-anak. Pada peringkat umur tujuh tahun ini juga ibu bapa hendaklah mula melatih anak- anak untuk bersolat seperti dalam hadis Abu Daud;

“Perintahkanlah anak-anak kamu supaya mendirikan sembahyang ketika berusia tujuh tahun dan pukullah mereka kerana meninggalkan sembahyang ketika berumur 10 tahun dan asingkanlah tempat tidur di antara mereka (lelaki dan perempuan).”

Pukul itu pula bukanlah bertujuan untuk menyeksa, cuma sekadar untuk menimbulkan sedikit rasa gerun dalam diri mereka. Ia juga bertujuan untuk menyemai rasa tanggungjawab sebagai hamba kepada Allah.

Janganlah dipukul bahagian muka kerana muka adalah tempat penghormatan seseorang. Allah SWT mencipta sendiri muka Nabi Adam.

Kesannya, anak-anak akan lebih bertanggungjawab pada setiap suruhan terutama dalam mendirikan solat. Inilah masa terbaik bagi kita dalam memprogramkan sahsiah dan akhlak anak-anak mengikut acuan Islam. Terpulang pada ibu bapa sama ada ingin menjadikan mereka seorang Muslim, Yahudi, Nasrani ataupun Majusi.


3) Umur anak 15 hingga 21 tahun

Inilah fasa remaja yang penuh sikap memberontak. Ia juga terkenal sebagai fasa ‘ingin mencuba.’ Pada tahap ini, sebaiknya ibu bapa mendekati anak-anak dengan berkawan serta bersahabat dengan mereka.

Banyakkan berborak dan berbincang dengan mereka mengenai perkara yang dihadapi. Bagi anak remaja perempuan, berkongsilah dengan mereka tentang kisah kedatangan ‘haid’ dan perasaan ketika itu.

Jadilah pendengar yang setia kepada mereka. Sekiranya tidak bersetuju dengan sebarang tindakan, elakkan mengherdik atau memarahi mereka terutama di hadapan adik-beradik yang lain, tetapi banyakkan pendekatan secara diplomasi walaupun kita adalah orang tua mereka.

Kesannya, tiada orang ketiga atau ‘asing’ akan hadir dalam hidup mereka sebagai tempat rujukan dan pendengar masalah. Mereka tidak akan terpengaruh untuk keluar rumah mencari keseronokan memandangkan semua kebahagiaan dan keseronokan ada di rumah bersama keluarga.


4) Umur anak 21 tahun dan ke atas

Fasa ini adalah masa ibu bapa memberikan sepenuh kepercayaan kepada anak-anak melalui kebebasan dalam membuat keputusan sendiri. Ibu bapa hanya perlu pantau, nasihatkan dengan diiringi doa agar setiap hala tuju yang diambil adalah betul. Bermula pengembaraan kehidupan mereka yang sebenar di luar rumah.

Insya-Allah, dengan segala disiplin yang diasah sejak tahap kedua sebelum ini, cukup menjadi benteng diri buat mereka. Ibu bapa jangan penat untuk menasihati mereka, kerana mengikut kajian nasihat yang diucap sebanyak 200 kali terhadap anak-anak mampu membentuk tingkah laku yang baik seperti yang ibu bapa inginkan.

Artikel diambil dari Harian Metro Online

( luvpinkja, 0312 )
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Friday, December 27, 2013

#TipsMenjadiManusiaTidakBodoh #3

Assalamualaikum.
 
#TipsMenjadiManusiaTidakBodoh #3 #KekalPositif
 
Kekal positif. Apenda ni ?
 
Kanak kanak 3 tahun mana tahu macam mana nak kekal positif Nana oi. Jadi siapa yang tahu ? Orang dewasa lah. Kalau anda2 dewasa, mesti tahu. Kekal positif bermaksud, sentiasa motivate kan diri dan hati2 anda semua supaya berfikiran ke arah yang baik.
 
Ingat, everythings come for a reason.
 
Kalau dah tertipu sekali, jangan lah rasa yang dunia perlu tahu anda layak ditipu, anda mangsa tipu terhebat. Wake up dude. Kena ubah mind set, kena tahu, sekali anda ditipu, bermakna anda dah dapat pengajaran. Next time tak mungkin orang senangsenang nak perbodohkan dan tipu kau lagi. So stay positif la.
 
Sekali dah kena tipu, amek pengajaran. Kenapa kena tipu. Kenapa orang menipu. Orang macam mana yang suka menipu. Keadaan macam mana orang akan menipu.
 
Kalau kau rasa meratap, membenci, menyalahkan orang, mengata kesilapan orang tu satu penyelesaian, mohon muhasabah bersama. Mengadu pada Sang Pencipta.
 
 Kalau pencipta kau tu twitter, ngadu ah kat twitter.
 
Tapi rasa macam balas balik tu akan berjaya seberjaya nya, pergi lah balas. Tanggung sendiri.
 
 
( luvpinkja, 0312 )
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Monday, December 23, 2013

#TipsMenjadiManusiaTidakBodoh #2

Asslamualaikum

#TipsMenjadiManusiaTidakBodoh #2 #JanganMengenangPerkaraYangLepas

Ye, buat apa kenang then meratap menda dah lepas.

Kau jalan tak pakai selipar, lepastu terpijak tahi ayam. Yang kau nak menangis meratap mengenang betapa busuk kaki kau buat apa ?

Pergi cuci kaki, Wangi wangi. Lepas tu ingat, lain kali jalan pakai selipar, watch out your step.

Kemon guys, cakap memang senang. Sendiri terpijak najis pun mau terdiam jugak seminit dua mengegang kebodohan diri. Dah tu nak buat apa lagi, nak cari ayam yang buang najis merata ? Nonsense.


( luvpinkja, 0312 )
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Thursday, December 5, 2013

Aku hanya seorang peminjam

Assalamualaikum

First of all, Alhamdulillah
I just turn to 23rd ! Masih dipanjangkan umur, diberi peluang untuk meminjam masa & tempat di bumi Allah ni, dikurniakan kesihatan yang baik2 sahaja, disayangi keluarga yg terbaik, dikelilingi insan2 yang menyayangi, thanks friends & relatives. May Allah bless all of you. Ameen

Semoga bertambah umur ni, lebih murah rezeki dan sentiasa diberi kesihatan yg baik2 sahaja. Semoga Norazrina Abd Hamid ini lebih kuat dan tabah meneruskan hidup di bumi Allah. Semoga sentiasa dilimpahi rahmat petunjuk, kasih sayang dan hidayah dari Nya. InshaAllah, ameen. ameen.

Thank for all the warm birthday wishes, either through facebook, twitter, sms & calling. So touched ! Yela, didn't expect lah umur tua2 ni pun masih ada yang sudi call pagi2 wish birthday, nyanyikan lagu, bagi kek, bagi hadiah. Haters pun wish birthday okay ! (walaupun tak seberani maneeee. thanks btw. Thanks too my informer). Tanpa haters siapa lah aku. haha. Terharu aku tauuu. tsk tsk :')

Gambar ?

krikk. krikkk.
*postpone


( luvpinkja, 0312 )
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...