Followers

About Me

My photo
Johor Bahru | Mersing, Muslim, Malaysia
Walking freely wasn't a warranty for you can run.

Pages

Wednesday, May 25, 2016

#ShahrullHarith7Months

Assalamualaikum..



> Tumbuh gigi sebatang ! Gigi depan, bawah
> Mula merangkak sikit tapi backwards la. Go go baby boy ! Teruskan usaha
> Yang ni sebenarnya malas nak ingat, tapi takpe kite rekodkan sebagai pengajaran: 2 kali jatuh. 
1) Jatuh tangga rumah nenek, 4 anak tangga kot -___-' ! 
2) Jatuh katil. Hmm alhamdulillah Allah lindungi dari kecederaan serius.
> Naik flight lagi ! Pergi Sabah pulak. Dulu naik diam je. Sekarang mulut bising membebel ! hahaha
> Boleh sebut ba-bahh, mm-pahhhh (lebih kurang camtu lah bunyi dia). Mommy happy sangat ! Tak sabar nak ajar sebut mommy :-)
> Hulur tangan mintak dokong
> Nangis bila orang tak bagi hisap tangan
> Makanan prefer with texture (tak berapa lumat) dan pekat
> Takde masalah dengan open sea (Pulau kat sabah) & kolam/pool. Happy kemain dia tepuk2 air tu.Tapi sungai mcm tak berapa on je ? Ke Harith geng mommy tak interested mandi sungai/waterfalls ? Hiks
> Settle hajat pagi-pagi masa bangun tidur. Alhamdulillah mudah urusan. 
> Pampers 4-5 pcs range per day
> Rutin one night punya susu kena spare 8-10oz untuk masa tidur (2 kali bangun menyusu basically)
> Boleh duduk tapi dengan minimum supervision.
> Mulut semakin ramah &pemurah dgn senyum alhamdulillah
> Tak memilih orang/tak takut dgn strangers sangat. So far senang je nak orang dokong
> Menyusu 5-6 kali menyusu, 5-6oz per session. 
> Popo 1-2 kali sehari
> Diapers masih pakai drypers size M
> Botol susu nuk, teat size 1/S
> Sabun mandian & lotion cetaphil (eczema precaution)

Makanan:
Brown rice porridge (BRP) (carbs) + veg/ fruit puree (fibre/vit) + anchovy/chicken stock (protein) + unsalted butter (dairy product)
1) BRP + puree labu + bayam + unsalted butter
2) BRP + puree labu + chicken stock + unsalted butter
3) BRP + puree labu + anchovy powder + unsalted butter
4) BRP + chicken stock + butter
5) BRP + chicken stock + bayam + unsalted butter
6) BRP + puree brocolli & kismis + butter
7) BRP + puree carrot + anchovy powder + unsalted butter
8) BRP + puree carrot + chicken stock + unsalted butter
9) BRP + puree carrot + unsalted butter
10) BRP + puree mangga + puree epal + unsalted butter
11) BRP + puree keledek + chicken stock + unsalted butter
12) BRP + puree keledek + unsalted butter

Biasa nya selang-selang. Pagi flavor lain, malam flavor lain. Baby cepat bosan -__-'

#TipsBagiMakanBaby 
1. Jangan bagi minum susu atleast 2 hours sebelum masa makan
2. Bagi makan dgn body-to-body-contact (iols suka dudukkan baby atas riba sambil suap)
3. Layan jela mood anak time makan. Mesti macam-macam kerenah. Jangan give up ok ! Lagi-lagi kalau sudu makanan terbang atas lantai ke, bubur bertepek kat jeans korang ke, chill je >.< Janji anak nak makan.
4. Kurangkan distraction. Bukan lah kena bagi makan dalam gua. Tapi elakkan tempat yang too much things yg boleh distract anak. 
5. Pastikan anda dlm keadaan kenyang & selesa (mommy pon boleh tantrum, bukan anak saje)
6. Main-main atau bergurau dgn anak masa sesi makan. Bukan main lumba lari ke zero point pulak. Main tutup-tutup muka pon ok dah. Nak gain attention anak je pun. Biar dia tau masa makan adalah masa yg paling menghiburkan. Elakkan anak fobia dgn sesi makan.

 


( luvpinkja, 0312 )


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Monday, May 9, 2016

Cara Dapatkan Laporan CCRIS Mudah (Tidak perlu ke Bank Negara); Tutorial Bergambar


Assalamualaikum

Untuk dapatkan report CCRIS (nak check nama kena blacklist ke tidak, pending loan payment ke) cara mudah ni korang hanya perlukan:

1. Download borang kat sini (KLIK), fill up
2. Sediakan salinan ic
3. Salinan dokumen sokongan (pilih 2 dari senarai dibawah sahaja)
    -Lesen memandu
    -Bil air/elektrik
    -Penyata bank
    -Penayata KWSP
4. Resit pembayaran RM10.60 pada akaun Maybank Credit Bureau Malaysia 5123 5260 4549 

Scan semua dokumen ni. Email kat info@creditbureau.com.my, tunggu 24 jam atau dalam masa 3 hari. Check email korang, yada yadaaaa ! Tataplah report kewangan anda :-)

Kalau tak berapa jelas jugak, boleh tengok gambar-gambar kat bawah. InsyaAllah mudah faham. Kalau takpaham, 'poke' aku kat facebook. Hewhew

1) Download borang ni, 3 pages

Borang page 1: Checklist
Borang page 2: Maklumat Peribadi
Borang page 3: Surat (T/tangan penjuru atas surat)
2) Salinan kad pengenalan depan & belakang
Salinan kad pengenalan
3) Salinan 2 dokumen sokongan (aku pilih lesen memandu & penyata KWSP-sebab senang. Tu je yang memang sedia ada dalam drawer office ni)
Dokumen sokongan 1: Salinan lesen memandu
Dokumen sokongan 2: Penyata KWSP


4) Resit pembayaran: RM10.60 (60sen GST kot ? Pastu ada yang kata boleh dapat free. Yang tu aku tak pasti sebab tak pernah cuba)
Resit pembayaran ke akaun maybank
5) Dah ada semua dokumen ni, attached dan emailkan ke info@creditbureau.com.my


**Maafkan kekhilafan aku dengan contoh-contoh gambar dokumen yang tidak di edit sempurna. Kalau ade info yang tersilap/kurang tepat, sila bagitahu dan i am sorry. So far aku dah buat guna cara ni memang it works dan cepat. 

Selamat mencuba ! ;-)

Assalamualaikum


( luvpinkja, 0312 )
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Sunday, April 24, 2016

#ShahrullHarith6Months

Assalamualaikum..





Ha entry ni bersemangat sikit. Mommy dah start taip on time ! Sebab nya Harith start solid food this month ! Yay

1. Harith lengkap ambil imunisasi untuk Hepatitis B. Alhamdulillah. Semoga membesar dengan sihat anak !

2. Actually hari check up 6 bulan tu sebenarnya Harith tak berapa sihat (mommy anggil 'dedor' je), 37 .4 degree celcius. So tak boleh inject. Kena postpone lagi 2 minggu (settle dah)

3. Harith dah mula makan ! Mommy strat dengan brown rice porridge, pastu puree keledek, puree epal, puree carrot, puree avocado, etc. Tools mommy guna steamer & blender Autumnz je senang gilos ! Resepi, doa banyak-banyak supaya mommy Harith rajin untuk snap gambar& karang entry. Hewhew.
p/s: Makin canggih handphone, makin malas amek gambar. 

Respond Harith ? Bercampur baur. Kadang mommy taktau beza itu suka ke bosan ke lapar. Sebab so far 3rd & 4th day (follow 4 days rule) baru dia akan makan dengan mudah. Biasa 1st & 2nd day tu ade macam-macam lah muka pelik dia buat. Nak muntah lah konon-konon, tapi licin jugak dia bedal. Perangai !

Makan 2 kali sehari. 3oz per session. Breakfast & dinner (bakal upgrade ke 3times)

4. Kaki makin kuat ! Letak dalam walker, semakin laju berkayuh. Same goes to bila bawak mandi kolam (dengan pelampung). Kemain kaki dia mengayuh & mengitai. Hiks !

5. Aktif menjerit bila marah & pandai geram (ketap mulut &genggam tangan kuat-kuat)

6. Mula mencapai barang-barang yang tercapai dek tangan dia. Setakat ni dah tumpahkan gravy meatball mommy kat kedai dan tarik shawl/tudung mommy setiap pagi mommy kiss nak pergi kerja. 

7. Berat 7.4kg 

8. Rambut dah diratakan semula (since ramai tegur rambut tak rata sebab cukur bantal)

9. Dah pandai & aktif telungkup-terlentang. Biasa sekali je dia telungkup, pastu taktau terlentang. Now dah boleh dah. Alhamdulillah.

10. Kerap angkat punggung dan bahu dengan sendiri.

11. Lengkap test puree ikut 4 days rule. Alhamdulillah takde alaahan kat kulit. Paling teruk pun tak popo sehari je. List solid food dia macam kat bawah ni k.

  • Brown rice porridge (basuh-sangai-blend-masak 10-15mins, siap !)
  • Sweet potato puree (kupas kulit-potong dadu-steam-blend)*
  • Epal puree (kupas kulit-buang biji-potong dadu-steam-blend)*
  • Carrot puree (kupas kulit-potong dadu-steam-blend)*
  • Avocado puree (kupas kulit-buang biji-potong dadu-steam-blend)*
  • Banana puree (lenyek2 je
  • Brocolli + kismis puree (steam-blend)*(yang ni Harith reject paling worst sekali -___-')
*Yang ni semua buat stok utk 4 hari (ade lebih), lepas siap blend, frozenkan dalam ice tray yang bertutup (elak bau lain bercampur/serap), esoknya keluarkan dari tray & masukkan dalam bekas kedap udara. Esok sebelum pergi kerja, keluarkan satu cube, defrost, then tambah susu suam utk rasa yg suam sebelum suap kat baby. Jimat masa dan tenaga. Yang nak hantar kat baby sitter pun senang. malam before tidur letak satu cube kat peti ais bawah (biar defrost sendiri), esok masuk dalam bekas utk hantar kat BS (suruh bs tambah susu suam sajee)



( luvpinkja, 0312 )
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Sunday, March 27, 2016

#ShahrullHarith5Months

Assalamualaikum..

Hai korangggg !

Setakat 5months ni Harith ade improvement jugak lah dari segi tumbesaran dia. Eh ayat mommy, bombastik sangat.

1. Dah masuk ke stadium support JDT ! Haha takde makna nya wey dia support. Baby kecik ni bukan tau apa. Ayah dia yg semangat sangat train anak bujang tentang football.



2. Dah mula ketawa mengekek-ngekek. Especially bila ayah dia yg agah. Mommy agah macam tak menarik sangat, lambat nak ketawa. Well, mommy ok je.

3. Dah pandai menangis yg subhanallah. Menguji sungguh. Mana Harith belajar pun mommy taktahu.

4. Pandai mejerit ! Yang ni comel pun ade risau pun ade. Sebabnya ? One night before Harith demam, dia bergalak menjerit. Esoknya demam takde suara. Haihhhh trauma mommy.

5. Ha point panjang sikit. Nak cerita Harith punya kronologi demam. Seminggu kot demam ! Dari lahir sampai umur 5 bulan (end of 5 months, org kata nak beralih bulan. Entah), ini first time sakit. Tapi sekali sakit, pakej terus. Demam, batuk & sakit tekak (sama macam penyakit tahunan mommy). Kesian sangat masa ni. Badan panas sangat. 3 kali pergi klinik, 2 kali check darah. Doktor kata demam biasa & darah ok, alhamdulillah. Tapi yang sedih sebab hari ketiga & keempat Harith demam, mommy pulak demam dengan batuk tahap final stage. Tahap yang dua hari takboleh pegang & jaga Harith. Sobssssss (nenek & ayah Harith sangat membantu time ni). Shahrull pun gagah jugak lah jaga dua2. Tidur diapit kiri kanan sakit & batuk. Thanks B ! Macam-macam cara cuba untuk Harith. Taktau mana satu yg berkesan. Hari kelapan baru sembuh. Dah cuba lemon bath 2-3hari, garlic oil & steam w percussion, jaram kepala dgn air asam, tuam kepala most of the time utk turun suhu. 

6. Masih belum pandai meniarap/merangkak. 

7. Melonjak setempat. Ha yang ni Harith power. Semput kot melayan Harith terlonjak-lonjak. Hehehe

8. Tangan dah pandai genggam mainan (teether).

9. Dah pandai duduk dalam walker tapi tak bergerak lagi.

10. Boleh telungkup, tapi still tak pandai balance/support tangan.

11. Suka gonyel tangan/jari masuk mulut.

12. Menyusu masih 4-5oz per session (mommy taksabar tunggu upgrade, nak pakai botol susu baru yg cantik ! Haha)

13. Pandai fokus pada tv/handphone (layan didi & friends)

( luvpinkja, 0312 )
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Monday, February 29, 2016

#ShahrullHarith3Months

Assalamualaikum.. 

First entry siapkan guna blogger apps dalam tepon ni. Takyah tunggu ahad tanpa bos baru nak update. Anywhere anytime boleh post ! Yay ! Haha

Ok Harith 3 months old dah pandai apa ?

1. Yang obvious nya Harith dah pandai telungkup ! Tapi telungkup jela, tangan belum pandai adjust lagi. Hewhew

2. Masa awal-awal belajar telungkup tu, kemain lagi. Pantang waktu berjaga mesti nak telungkup je kerja. Bila penat/lenguh tangan dia terhempap baru dia merengek. 

3. Tapi dah nak masuk 4 bulan ni dia makin malas pulak nak telungkup. Sebab dia pandai depang tangan mintak kena dukung ! Bijak..bijak..

4. Fully takpakai mitten & booties. 

5. Dah mula duduk lama sikit (dengan sokongan belakang badan) 

6. Rutin tido still normal dan bangun pukul 6am. So bangun tu mommy dia sempat tukar pampers, susukan, dan berbual-bual jap seround. 

7. Pastu mommy tinggal jap pergi mandi & solat, harith pandai lah bawak diri diam2 sampai lah mommy & ayah pergi kerja. 

8. Dah pergi waterpark ! Dah berendam air tak suam tanpa nangis ! Achievement unlocked ✅ Harith siap tertido lagi mommy biar floating & berayun ombak kolam kat legoland tu. Bertuah betul.

9. Koleksi baju mula menyempit ! Ahh bahasa aku teruk nau. Sebenarnya aku nak cakap baju-baju Harith banyak yang dah sendat. Tak muat. A few nb punya size dah takboleh pakai dah.

10. Harith popo sehari sekali je standard. Kalau extra pun 2kali. So semakin jimat pampers. 

11. Feeding upgrade to 4-5oz per session. Selamat membesar anak !

12. Berat 6.4kg

13. Takde demam so far, alhamdulillah. Doktor suspek demam campak since rashes kat dada & muka getting worst. But still, temperature normal, 36-37degree celcius only. 3 kali pergi klinik pun check tak demam, so bukan demam campak. Gov doc cakap rashes due to virus punya saki baki. Nothing serious.

Tu je kot ? Nak share video, tapi kat apps ni macam takboleh je nak up video. 

Ok lah. Jumpa lagi, bye. 

Assalamualaikum 😉

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Monday, January 11, 2016

Tips Membeli Keperluan Anak Pertama (beserta checklist)

Assalamualaikum..
 
Harini aku nak share sikit tips untuk shopping barang baby dan mommy yang bakal bersalin anak pertama. Persediaan ni boleh buat seawal 5 bulan (yang bajet sikit-sikit) dan bulan ketujuh pon ok. Kalau nak tunggu 39 minggu baru nak shopping pun takpe jugak. Aku tak heran pon. Tapi kalau ditakdirkan korang bersalin minggu ke 32, goodluck lah untuk husband korang yang bakal jadi superdad untuk lengkapkan keperluan korang dan baby. Haha. Since ramai kawan-kawan aku yang tengah pregnant dan baru pregnant (termasuk cousin dan besties tersayang Shasha & Roza) nah aku buatkan reference untuk korang. Reference je bukan unuk ditiru dan dipatuhi.
 
Tips:
 
1. Harga dan bilangan hanya anggaran. Kalau korang boleh dapat lagi murah, baguslah. Kalau korang mampu beli lagi mahal, why not ? Haha
 
2. Nanti nak pergi hosp untuk bersalin, please pakai tudung instant saje. Selesa inshaAllah. Takyah lah belit-belit shawl, kang tengah sibuk stress nak meneran terbelit leher kang sape susah ? Hewhew
 
3. Untuk sabun, wet tissue, bath foam kalau boleh cari lah yang khas untuk newborn baby. Or else, cari yang takde pewangi. Sabun basuh baju baby aku suggest beli kat cosway tu, Wangi ! Ala-ala bau baby.
 
4. Semua jenis kain-kainan yang baru beli, please basuh ! Beli awal kan ? Basuh  lepastu baru kering kan & lipat siap2. Semua ye termasuk stoking yang cenonet tu.
 
5. Buku merah please standby all the time dalam handbag (korang tak boleh expect bila akan deliver), especially 28weeks ++.
 
6. Nak beli barang jangan lah beli sekali gus. Beli sikit-sikit. Start dari 7 bulan, beli sikit. 8 bulan beli lagi. 9 bulan beli lagi. Masa aku, lepas deliver baru beli set berpantang & certain items. Bukan sekali gus semua ni. Tak mampu tenaga dan budget. Better, baju-baju beli lah awal sikit sebab nak basuh & kemas kan ?
 
7. 3 beg tu sila siapkan once dah masuk 7 bulan. Simpan kat bonet. Tak salah prepare awal. Especially kalau korang taknak susahkan husband korang kelam kabut cari barang-barang engko time korang kat ward (in case tetiba dah kena admit, sape nak packing kan ?) Or erti kata lain, kalau korang nak suami sentiasa disisi masa korang tengah nak bersalin (yelah, kang kau dah sakit nak bersalin, suami baru kelam kabut cari baju engko, baju baby, pad kat laci mana satu, buku merah kat peti besi yang mana), siapkan jelah awal. Nak jadi mommy kena well-planned tau ?
 
Ready ?




Korang boleh print out & mark kat checklist tu. Please feel free to do so. Sharing is caring.

**Tak semua orang perlu barang-barang yg aku list kan, dan tak semua barang kena beli. 

Macam aku, jujur cakap, alhamdulillah Harith murah rezeki. Baju-baju, carrier, tilam bantal, powder2 ke toiletries banyak orang hadiahkan. Baby cot, bouncer pun takyah beli. 

8. And then macam barut-barut, bedung, tu kalau boleh diy, diy jela. Takyah beli readymade, pricey sikit. 

9. Dan pesan aku, untuk newborn takyah lah beriya beli 10 helai setiap jenis. Berpada lah. Eventhough excited anak first. Simpan teruja tu untuk baby dah besar sikit. Gambaran aku, nb baby ni kan masa lahir sampai 2 bulan at least, akan berbungkus berbedung most of the time. So takyah lah baju mickey mouse 18helai, barut gambar kucing arnab siput semua tu. Boleh kalau nak juga, tak tahan geram sebab comel kan ? Beli lah sehelai dua. Tapi taknampak pon bila dah bedung ! Haha. 

Checklist tu ade versi pdf, tapi aku taktau cemana nak up kat sini. So kalau sesape nak boleh email aku k ? norazrina0312@yahoo.com atau drop email korang kat sini, aku emailkan for free :-)
 
Daaaaa
 
Assalamualaikum
 
  
                              ( luvpinkja, 0312 )


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Sunday, January 3, 2016

Cameron Highland 2015 (Tips)

Assalamualaikum..
 
Entry ni bakal berterabur ye susunan dia. Gambar ke bebel ke tips ke complaint ke, so korang ready lah susun sendiri. Sebab nya, takde sebab apa-apa pon. Cuma aku rasa banyak sangat nak share. Haha
 
Aku pergi CH ni cuti krismas haritu. Sebenarnye aku tak cuti pon (well said, imma in hotel-line kan), ponteng je. Ni plan dengan family Shahrull ni. Dah mak pergi sekali kan, kalau aku kerja takkan nak bawak Harith sekali tolong jawab walkie talkie. So aku ikot lah (alasan). Trip ni 23-26 Disember 2015.
 
CH time ni memang nokharom pack gilaaaa dengan manusia kenderaan tayar hangit dsbg. Jauh beza masa aku pergi 2012 dengan 2014 (eh hampir setiap tahun aku pergi CH ek?) Haha.
 
So tempat yang top untuk dilawati ialah:
 
1. Sungei Palas Boh Tea Plantation
Yang ni aku rasa semua orang pegi Cameron pon mesti aim nak pegi sini ambil gambar fefeeling ombak rindu. Banyak je ladang teh lain, tapi sini yang famous. Nak pergi ke sini jalan agak sempit, kalau selisih dengan bas memang kena berhenti tak muat jalan. Kalau lucky boleh tengok orang proses teh, then makanan kat sini agak pricey. Nasik lemak RM4.75 sen. Dah datang sini wajib ah korang minum teh yang fresh sambil duduk layan view ladang teh. Memang umphh ! Cantik sangat view kat sini. Kalau tak hujan, amek lah seat kat area anjung café dia. Open sikit. Tambah lagi umphh !

View paling best ialah view Harith menangis :-)

Part ni lemah sikit lah: Mendaki dari parking ke atas. Fuh !

Ni je angle terbaik yang kitorang dapat. Penuh manusia oi kat birai ni ! Harith masih tidur.

Jenuh mendongak ! Haha. Big breakfast here.

Bukti berada di Sungei Palas.
2. Kea Farm
Tempat shopping bunga, strawberry (jangan beli strawberry kat strawberry farm, mahal), madu, souvenir, sayur fresh, keychain. Ni memang spot yang murah lah compare dengan tempat lain. Lagi situ jimat sikit masa boleh beli semua dalam satu tempat. Bukan apa, CH ni masalah dia parking lah, jalan sesak pulak tu kalau peak season. So mudah kan kerja kalau singgah satu tempat je. Harga teh brand Cameron Valley pun kat sini antara yang termurah. RM9 per box je range dia. Traffic most of the time berjaga kat sini dan sedia saman. Sebab kalau dia tak jaga, penuh orang double park tepi jalan. Kang mula jem sampai Brinchang. Ni lah tempat punca segala jem. Sebab kea farm ni tepi jalan. Kalau lagi jahat, Raju suruh park kat tempat dia bayar RM10 (gila ), dah lah naik bukit tinggi nak arwah !
Macam masar tani lah view dia. Tapi semua kedai best ! Sebab banyak bunga, fresh veg dan strawberry.

Ngepaw si Shahrull untuk beli bunga ros. Sooooo perempuan kan ? #ThanksShahrull melayan wife ni

Fav Shahrull lah ni mentang-mentang pegang action cam. See guys, belon pon ade jual.

Hasil tangkapan. Semua fresh ! Power power
 
 
3. Lavender Farm (eh farm ke apa ek nanti aku check gambar)
Haa sini yang menarik nya adalah lavender yang warna warni dan banyak-banyak. Aku bukan minat tengok bunga lavender tu. Kalau bau lavender aku suka lah. Aku harap bunga yang warna warni tu wangi lah, malangnya tidak. Hahaha. Sini dating untuk bergambar jelah, pastu kat atas (penat mendaki weh) tu ade sourvenir shop. Tapi lawa jugak lah bergambar dengan selambak lavender tu. Hewhew
Lambakan lavender (takde bau) sebagai background

Somput mommy bawak CeHarith nak sampai atas ni


4. Rose Valley
Haa sini aku suka lebih sikit ! Sebab banyak rose wangi-wangi. Betul ! Jalan-jalan sikit, cium bunga. Jalan sikit, cium bunga. Entranc fee RM6/adult. Senang je pergi sini, park tepi jalan, takyah banyak mendaki, tempat pun simple untuk bergambar.
Mommy & ayah fefeeling honeymoon ouhh time ni anak ntah kat mana-mana lah kena kidnap. Haha

Tak sedar diri mommy & ayah bercamwhore bila anak takde.

Mosty bunga kat sini ade bau. Wangi-Wangi !

Bukti datang time krismas. Haha

Layankann si kuda putih tu ha. Apa kau ingat unicorn ? hoh

Ade swan-swan gittew

Ouh Harith dengan nenek rupanya. Penuh ha bunga nenek selit. Jangan jadi mat bunga macam ayah sudah nak.

Macam bentuk apa ?


5. Big Red Strawberry Farm
Kat CH banyak je strawberry farm. Tapi ni antara yang terfamous lah. Ade jugak tempat Si Raju tu, tapi bagi aku situ takbest. Haha. So kat sini boleh nak fefeeling petik stoberi. Ade limit dia, satu bakul 2 orang je, 500g RM25 kalau tak silap. Kalau aku silap maknanya korang kena tipu. Haha. Nasihat aku, takyah lah pegi sini time peak season. Silap-silap tak dapat nak petik stoberi weh. Dia closed sebab stoberi habis kena petik dengan manusia jakun tak penah petik stoberi. hahahahaha. Kat sini purpose dia bukan nak beli strawberry dia sebab fresh baru petik (semua kedai yg jual strawberry kat CH ni fresh ok !, tak fresh dia buat dry fruit), lebih kepada nak bergambar petik strawberry je. Baru lah bukti kukuh pergi Cameron highland ye dak ? Kalau setakat nak beli strawberry fresh balik beli kat Kea farm, blah belakang-belakang tu. Murah. Pastu kat sini jugak ade jual waffle, sundae, biskut, coklat. Agak pricey. Aku pergi time krismas, 25hb petang pukul 4pm camtu, dah closed. Dia cakap datang besok lah dia open semula (nasib aku tak pergi last day, kalau tak nganga). Tapi rupanya nasib tak berapa baik jugak ah, esok nya pukul 10am sampai kat tempat ni, dia cakap dah closed jugak, sebab since 8.30am orang dah beratur (???). Awal nya manusia nak petik strawberry ni bangun ! HAHA.
Nak dekat sejam que tunggu menu minum petang. Punya lah ramai manusia -.-

Dan akhirnya Harith masih tido setelah sehari berjalan.


6. Pasar Malam Brinchang
Haaa part ni best. Sebab nya apartment yang kitorang stay berdepan je dengan pasar malam. So boleh jalan kaki (dan semput teruk) je untuk pegi sini tiap-tiap malam cari lamb chop. Sedap ok ! RM15 je. Boleh bayang kan, malam-malam sejuk sejuk tu, makan lambchop panas2, awesome ! Kat pasar malam CH je aku penah jumpa orang jual lambchop, rusa chop pon ade. Rusa RM20, tapi rusa liat sikit.

7. Nik Ikan Bakar, Brinchang
Port untuk dinner. Lauk dia boleh tahan lah, servis laju ! Harga tak mahal sangat tapi tak murah sangat. Rasa & portion memuaskan. Kitorang order tomyam campur, siakap stim limau, siakap 3 rasa, kalian ikan masin, telur bungkus, sotong celup tepung (semua untuk 2 set), include air total RM200 ++. Kedai dia kalau peak season agak ceruk sikit nak cari.
Ni je gambar habis baik yang dapat sebab semua lapar. Ade aku kesah gambar vibrate ? haha


Semua tempat yang aku list ni boleh cari guna waze. Better check waze siap-siap, ingat jalan dan arah. In case tengah jalan lost internet connection, korang bleh buang masa lebih 2 jam untuk patah balik semula.

1. Rancang perjalanan korang supaya tak bazir masa. Macam aku yang dah tahun ketiga pergi sini ni, berjaya pergi ke semua tempat di atas dalam masa satu hari je (Krismas day) okay ! Keluar 8.30am, balik 8.30pm dah siap dinner.

2. Decide awal, tempat apa nak pergi, jangan pergi tempat yang sia-sia. Contoh, datang CH dengan kawan-kawan, pastu pergi cactus valley (untuk bukan pecinta kaktus macam aku), macam tak menarik langsung ! Haha

3. Define tempat untuk membeli belah. Jangan ade yang terlepas tempat yang dah pergi baru teringat nak beli sorvenir lah apa lah. Contoh, nak beli daun teh kat Sungei Palas, tapi baru teringat nak masa kat kea farm. Memang takpayah lah kau travel semula ke Sungei Palas. Jauh amat !

Contoh aku:

Stay kat Crown Imperial Court apartment, Brinchang.

8.30am pergi straight to Sungei Palas Boh Plantation, perjalanan dalam 45mins-1 jam lah bajet. Sampai sana breakfast, duduk jap, amek gambar, tengok orang proses teh, sampai pukul 11.

11.00 teruskan perjalan bergerak ke lavender farm. Dalam 20-30 minit perjalanan. Sampai sana bajet dalam 1 jam 30 minit untuk bergambar dan berjalan.

1.00pm gerak ke Rose Valley (patah semula arah ke Brinchang). Dalam 10-15mins perjalanan sebab dia terletak antara simpang ke sungei palas dan lavender farm. Kat sini spent sejam pun cukup dah.

2.30 gerak ke Kea Farm. dalam 30 minit perjalanan. Spent lebih kurang 2 jam kat sini.

5pm gerak ke Big Red strawberry. Dalam 45 minit sampai situ. Spent dalam 1-1jam 30 minit. Yang ni bawah pada Brinchang dah. Bawah sikit dari Crown Imperial Court.

6.30pm balik makan kat Nik Ikan Bakar.

8.30 selesai dan balik rehat ! Sape nak pergi pasar malam boleh sambung ke sana.


 
 
( luvpinkja, 0312 )
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Thursday, December 24, 2015

Tips breastfeed atau bf atau susu badan

Assalamualaikum..
 
First of all aku nak ingatkan bahawa ini adalah tips atau nasihat atau bebelan dari ibu yang baru ada anak sorang (3m old). So terpulang korang nak ambil ke tak, terpulang nak percaya ke tak, terpulang lah nak jadi hantu atau buaya ok mengarut dahh -___-'
 
Antara info @ tips @ nasihat untuk ibu-ibu yang planning nak fully breastfeed anak secara eksklusif/halfway eksklusif (aku yang reka sendiri). Eksklusif bf je ada weh sebenarnya halfway takde.
 
Menyusu badan secara eksklusif = Menyusukan bayi dari lahir hingga 6 bulan secara lengkap. Tanpa setitis susu formula (fm-formula milk) dan air masak.
 
1. Pasang lah niat untuk menyusukan anak secara eksklusif seawal mungkin. Mungkin boleh set kan kat kepala since moment tengok two lines tu ! Hehe. Ye, niat yang paling awal sekali. Ia mempengaruhi. Kuat pengaruh niat & mind set ni. Nurses pun akan cakap cenggitu.
 
2. Jangan lah give up. Sentiasa bear in mind, 'kenapa mak aku dulu boleh bf kan aku, kenapa aku takboleh ? Adakah aku seorang mak yang tak sekuat mak aku?' Tapi mana yang mak dia pon tak bf, and consume fm since lahir, tapi berniat untuk bf kan anak, mungkin boleh alternative lain.
 
3. Sentiasa berdoa, berzikir. Antara doa nya;
 
" Ya Allah, permudahkanlah segala urusanku, perbanyakkanlah susu untuk anakku, dan permudahkanlah perjalanan penyusuanku mengikut syariat yang telah Engkau tetapkan...", Amin...
 
4. Mana yang bekerjaya tu, please please please, kalau anda banyak susu, sila lah kumpul ebm (expressed breast milk/susu yang dipam dan simpan sbg stok in future) since masa dalam pantang lagi. Sebab masa dalam pantang ni lah kita jaga makan betul-betul, so susu banyak sangat. Baby pun minum dalam 2-3oz je setiap sesi masa dalam pantang. Lepas susu sebelah, dia dah kenyang & tidur. So yang sebelah lagi boleh lah pump (or boleh juga pump masa baby tengah susu sebelah-serentak). Kena rajin sangat kumpul ilmu bf ni (google & tanya org kat whatsapp). Dah start kerja ni baru aku realized the fact is sooo true. Bukan aku tak ikot nasihat kawan supaya kumpul ebm masa dalam pantang, aku ikot k ! Selambak stok dapat. Tapi disebabkan tak cukup ilmu pengendalian ebm, habis semua stok masa pantang terpaksa dibuang. Sedih sangat time ni ! So korang jangan jadi macam aku k ! Memang rasa letih sangat masa dalam pantang, kalau boleh setiap saat masa free tu nak tido je (lagi-lagi kalau anak tido), tapi takpelah berkorban sikit untuk baby kan. Nanti kalau dah start kerja stok tak cukup, dah stress pulak.
 
5. Bila dah habis pantang, takde nya kita nak hadap sayur air, sayur sawi, taugeh & kunyah bawang putih (sumber milkbooster terbaik) ni lagi. Dah sibuk food hunting balas dendam makanan yang takdapat makan selama pantang tu (aku lah ni). So susu semakin merosot. So semakin stress. So semakin give up. So nak buat camneee ?
 
6. Masih ade cara untuk perbaiki. Dalami ilmu 'supply & demand'. Dimana ade susu keluar, disitu akan ade penghasilan susu. So kalau kau tak kerap bagi susu kat anak/tak rajin pump, maka signal untuk penghasilan susu juga makin sendu. Makin lama makin lah takde susu lagi. Tsk tsk tsk
 
7. Amalkan makanan sunnah selepas berpantang. Contoh: kurma, madu (banyak khasiat), minum susu kambing. Susu kambing boleh minum malam sebelum tidur dan pagi sebelum pergi kerja. Madu boleh tambahkan sesudu dalam air suam & minum setiap pagi. Kurma boleh buat snek masa kat office.
 
8. Banyakkan minum air masak. Mana nak datang susu kalau air pon kurang dalam badan. Simptom kurang air adalah bibir kering. Walaupun makin banyak korang minum air masak makin kerap ke tandas, takpe. Anggaplah anda manusia sangat normal. Hahaha.Tabahkan hati dan keep drinking plain water !
 
9. Persetankan idealogi sesat bahawa ibu yang menyuskan anak akan memiliki miss b yang kurang memuaskan. Nonsense ok ! Entah pape lah sempit punya mindset.
 
10. Menyusukan anak secara bf boleh membakar kalori okay ! Dan iolls maintain selim melim selepas bersalin walaupun makan nasik sehari 3 kali, dan kudapan setiap satu jam. Alhamdulillah.
 
11. Kenapa mesti nak keluar duit beli fm kalau anda boleh dapat sumber susu percuma ? :-D
 
12. Pilih pump yang anda suka ! Sebab semakin kita suka benda tu semakin selalu kita nak guna kan nya. Hehe. Ade macam-macam jenis pump sekarang, Spectra3 ada, Spectra m1 ada, nak yang simple ade Avent, pureen, dll.
 
13. Positif ! Positif ! Positif !
 
14. Ada pernah terbaca, baby yang consume susu mak ni susah kena penyakit. Wallahualam. So far Harith dari lahir sampai 3 bulan ni tak pernah demam atau selsema, atau batuk-batuk. Alhamdulillah.
 
15. Rajin monitor & study rutin baby. Waktu menyusu, duration menyusu, jumlah susu (ni kalau yang dah start ajar guna botol)
 
16. Always alternate kan (kena ingat) bagi susu sebelah kanan dan kiri. Kalau tadi bagi belah kanan, lepas ni bagi kiri pulak. Kalau korang lupa sekali terbagi belah kanan dua kali, pastu besok kang terlupa lagi kanan dua kali lagi, lama-lama nanti ia ( ?? ) akan dominan sebelah je yang produce susu. Sebelah kiri jadi pasif tak banyak susu. Dah tak balance size nanti ! HAHA. Dah korang jarang guna sape suruh ?
 
Eh sebelum taip rasa banyak sangat nak share. Dah taip rasa macam, halamak aih ni je ke aku nak share ek. Lupaaa !
 
Takpela boleh lah sedikit sebanyak harap membantu. Aku nak share banyak tapi masa nak menaip sampai jadi entry ni yang limited. So kalau nak share-share/tanya pengalaman/tukar pendapat aku, boleh direct whatsapp. Dalam tandas pon aku boleh reply ! HAHA
 
Sekian ! Terima kasih kerana membaca sampai habis.
 
 
 
( luvpinkja, 0312 )
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Monday, December 21, 2015

Karangan Tanpa Halatuju

Assalamualaikum
 
Tajuk entry tak menarik tak semestinya content tak menarik tapi post ni bakal tak menarik lah cerita dia.
 
Aku alami satu hari yg takbest last past few days.
 
Kesan dia sampai harini. Half part aku rasa kesan dia positif, half lagi negative. Bercampur baur senang cakap. Aku taknak lah mention kenapa siapa bagaimana awak kat mana (ehh ?), aku cuma nak menaip sebanyak mungkin sampai aku puas hati dengan memuhasabahkan diri ini.
 
Betul tak kalau aku kata most of teguran tu sukar untuk dihadam/terima. Well said lah kan, cakap senang bradah, yg nak terima ni apa cerita. Tapi kalau tak tegur, sampai bila kita hipokrit terima apa yang salah kan. Ini kan yg orang kata ditelan mati emak diluah mati bapak. Dua-dua pon taknak kalauboleh.
 
Tegur in a good manners? Ade ke istilah cara yang betul untuk tegur kalau memang isi kandungan teguran tu memang taksedap langsung ? Tanya je. Tegurlah dengan berbisik sekalipun, pedih nya tuh disini (tunjuk hati).
 
Aku memang ngaku lah aku taksuka kena tegur apa cara sekalipun. CUMA (hahaha motif nak capslock??) penerimaan/respon aku berbeza ikut siapa & cara teguran. By the way terima kasih lah pada yg tegur aku sebab sudi concern & caring kat aku. Tu la salah satu cara aku nak motivate diri yg cengeng ini lepas kena sedass atas dahi. Bila dapat berubah pada yg betul tu rasa macam bangga gila, puas hati haku dapat buktikan kat kau yang aku tak selembik yg kau sangka.
 
Korang macam mana ? Tak penah ditegur dan menegur ? Ei tak best nya takde orang concern ! Bhahahahaha ! (melainkan anda yakin boleh yang anda sempurna). Kalau korang ada idea best way nak terima teguran & menegur orang, share lah sikek. Masehhhh muahciked.
 
Sesungguhnya yang baik datang dari Allah swt, yang kurang baik tu dating dari kekurangan diri ini sendiri.
 
 
Sekian terima kasih.
 
( luvpinkja, 0312 )
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Wednesday, December 9, 2015

#ShahrullHarith2Months

Assalamualaikum
 
 
 
Hai. Saya Harith yang berusia 2 bulan :-)
 
Ok meh aku list kan apa yang berlaku masa umur 2 bulan ni:
 
1. Dah pandai ketawa ! hahahaha (senyum & sengih je sebenarnya). Makin lama makin macam2 bunyi Harith buat
 
2. Pandai nak berbual pagi-pagi (subuh). Masa ni mommy dah naik kerja dah. Harith tinggal dengan Nek Nab dia (Mak Shahrull).
 
3. Tido dah semakin normal. Malam je tido lah dia start dari lepas mandi petang tu. Bangun pun kejap-kejap je untuk menyusu & tukar diapers. Biasa nya lepas pukul 11pm tu dia bangun semula dalam pukul 2-3.30am untuk meyusu & tukar diapers. Lepas tu pukul 5.30am-6.30am dia akan bangun juga untuk susu.
 
4. Masih fully breastfeed. Cuma mix dengan indirect feeding. Yelah mommy dia ambitious & bekerjaya kan, kena lah bagi ebm kat Harith. Nasib baik Harith sporting & tak banyak songeh. Terima je apa ada nya.
 
5. Pakai botol susu NUK, Avent (natural) & Mimijumi. Tapi mostly bagi guna NUK. Dah lah design botol cantik-cantik ! Pink pon mommy bedal je. Takde lagi kajian kata anak lelaki minum botol pink jadi awww. Hewhew. NUK & Avent(natural) ni bagus sebab puting dia pendek (takdela sampai touch tekak baby), lembut (hmmmmm.. :-) ) sesuai untuk newborn. Mommy beli mimijumi sebab warna dia cantik (merah-coklat) & botol dia unik. Konon cover dia menyerupai skin mommy. Tapi mimijumi lagi sesuai untuk wean-off nanti lah which is Harith tak perlu kot sebab sekarang tak direct pun dia takpe. Apadehal janji kenyang. Bedal jelah botol apa jenis pon. Plus, puting mimijumi ni keras & panjang sikit. Nak wean off umur 2 tahun ok lah kot.
 
6. Pagi-pagi bangun lepas susu tu mesti mata terbuntang. Nak ajak berbual. Padahal bukan paham apa. Bukan pandai cakap pun. Tapi masa ni mommy yang excited berbual & agah-agah dia. Dapat tengok Harith senyum pagi-pagi tu macam bekal breakfast lah nak pegi kerja. Tapi kadang tu ade jugak buat perangai, muka cebik-cebik nak nangis bila mommy nak pegi kerja. Politik Harith lettew. Manjaaaaaa.
 
7. Semakin kurang popo. Sehari dalam 3-4 kali je. Normal 3 kali lah. Sehari tukar diapers dalam 7 kali je. Dah start pakai diapers size S. Fyi baby dah boleh stop guna diapers newborn bila dah mula kurang popo & lebih kerap cici. Sebab newborn punya diapers dicipta untuk mudah serap lembapan dilapisan bawah, dan najis akan stay dry kat bahagian atas (ada filter layer). Nb baby kan kerap popo, so dia akan rasa dry je sebab liquid akan difilter kebawah, so that baby takkan rasa melekit lekit/berlendir najis tu. Diapers size S dan keatas ni takde filter macam nb punya tu, baby pun dah kurang popo, jadi focus diapers adalah untuk menyerap liquid (urine) sahaja. Paham tak beza dia ?
 
6. Berat 5kg.
 
7. Masih berbarut & berbedung
 
8. Dah boleh tidur telungkup. Lena kalau tidur gini. Sebab dia suka tidur atas dada (when mommy or ayah have free time to pampered him this way). Tapi tidur macam ni kena monitor setiap saat. Sebab baby tak kuat lagi kan. Takut kalau muka dia tersembam nanti sesak nafas pulak (in case dia bergerak/alih tangan masa tidur). Tidur macam ni takyah lah dibedung, nanti cane nak tonggeng bontot gitu kan ? cane nak alas dagu dengan tangan (space untuk bernafas). Fungsi bedung kan taknak bagi baby terkejut-tersedar time tidur, tapi dengan tidur telungkup ni dia susah nak terkejut & terjaga terus sebab tangan dia tertindih, so dia diam-diam je lah. Hahaha
Tidur telungkup
 
9. Boleh tidur mengiring.
 
 
10. Kaki dan tangan sangat aktif. Gaya seakan-akan mengayuh. Ligat betul.
 
 
11. Time mandi Harith dah suka melonjak-lonjak. Kaki tak reti diam !
 
 
12. Rambut masih botak dibelakang. Orang kata cukur bantal. Mommy kata rambut tak tumbuh sebab Harith tak kuat angkat kepala lagi. Rutin harian pulak adalah baring, so cemana rambut belakang nak tumbuh kalau asek kempam. Kot ? Suka-suka je mommy keluar fakta.
 
 
13. Dah mula hisap mittens/jari kalau lapar. Yang ni pon mommy rasa comel sampai nak starlight dahi Harith. Hehehehe
 
 
14. Masih fit to newborn size shirts. Tapi dah sendat-mendat-sexy !
 
15. Dah mula mix susu formula (fm-formula milk) sebab susu mommy semakin merosot. Tsk tsk tsk. So far kitorang bagi Frisolac. Tapi sehari dalam 1-2 kali jela bagi fm. The rest still ebm (siang) & direct feeding (malam). Sorry anak ! -___-'
 
16. Mommy & ayah discover yang Harith tak suka sejuk (aircond & kipas). Hm hmmmm. Yang ni mencabar jugak lah rasa. Harith akan merengek atau nangis kalau dalam bilik hotel. Bila bedung & cover dengan duvet baru diam & tidur lena. Lepas mandi & sebelum pakai baju kena make sure kipas & aircond dah tutup. Tidur malam pun kena make sure Harith tak kena direct fan. Takyah kipas langsung pun takpe, dia tidur je walaupun peluh basah habis dah bantal & belakang badan dia. Apadehal. Mommy dengan ayah lah yang tercabar sebab kena berpanas sama.
 
Emm. tu je kot ?
 
Saje nak bagitau, setakat 2 bulan ni Harith dah ke Perak (ikot ayah ade sports programme & mommy jjcm) & Terengganu (mommy & ayah nak fefeeling jatuh cinta dulu-dulu). Alhamdulillah Harith takde masalah jalan jauh dan takde masalah telinga berdengung masa naik flight sebab mommy managed to bribe Harith with pacifier ! hahahahaha. (Berjaya lah kot sebab Harith tak ngamuk pun). Next time kena standby earplug untuk lebih selamat.
 
Nah ni aku belanja Harith buat muka comel dia. Abaikan suara mommy yg ketawa macam hareee itu. Haha
 
Background pantai tempat ayah & mommy main layang2 masa zaman bercinta
Pantai Batu Rakit :-)
K lah. Tak larat dah nak taip sejuk sangat office ni. Ngko dah kenapa tersampuk Harith tak tahan sejuk ? Haha. Sebenarnya aku syak Harith mewarisi aku, tak suka sejuk sangat.
 
Byeeeee
 
( luvpinkja, 0312 )
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...