Followers

About Me

My photo
Johor Bahru | Mersing, Muslim, Malaysia
Walking freely wasn't a warranty for you can run.

Pages

Monday, June 24, 2013

Jerebu di Mersing, Johor

Assalamualaikum.
Fuhhhhhh.

Lama betei tak karang esei ha. Cerita jerebu dah la. Tu yang paling menggegar Mesia sekarang pun.

Kg.Semaloi, Endau, 5.50pm

Kg. Sawah Dato, Mersing, 9.30am

Kg.Sawah Dato, Mersing, 9.00am
Bandar Mersing 11.50am
Ye, jadi itu lah beberapa keping gambar yang dapat dikongsi. Actually dah share kat insta, tapi ada je yang tak follow kan. Mihs *senyum senget*

Tak perlu ulas banyak, semua  tau dah jerebu tu apa, macam mana rupa dia, apa penyebab, apa nak buat, apa tak boleh buat. Guys,tak perlu banyak, daripada kita menyalak tak tentu pasal, gelabah susun jari nak tunding kat makhluk pihak mana yang bersalah, apa kata kita banyak kan berdoa berzikir ingat Allah. Mohon Dia permudahkan urusan kita. Mudah mudahan masalah jerebu dapat diatasi segera, ameen.

Semoga kesihatan kita semua terpelihara, baik2 je dengan izin Allah.






( luvpinkja, 0312 )
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Monday, May 13, 2013

Tak Terhadam

Cerita pasal lumrah
Manusia, ye kita ni.
Tak kan ada yang sempurna: prefect, chairmain, senior, counselor, pemimpin kita pun tak.
Dah tahu itu memang lumrah, kenapa masih tak boleh fikir.
Susah nak hadam ?

Lumrah,
Kenapa nak cari salah orang ?
'kita sama je selalu buat salah'
Kenapa nak dengki ?
'kau tahu dengki tu setan punya kerja, pergi layankan ?'
Kenapa nak bermusuh ?
'dah terlalu stabil dan yakin dengan kedudukan sekarang?'
Kau jangan lupa pepatah inggeris 'Life is like a wheel'
Pepatah ringkas penuh makna,
Susah nak hadam ?

Lumrah,
Kita selalu lupa
Kita kadang tak sedar.
Kita puas sakitkan hati orang
Kita puas tengok orang jatuh tergolek.
Rasa nak khabarkan pada semua,
hey dunia, musuh aku jatuh tersungkur, ayuh party !
Disebar ke pelusuk fb twitter whatsapp wechat dan segala tempat
 Yang boleh jadi medium tayang kejayaan.
Puas ?

Ye, sangat puas.
Bertahan lama mana ?
HAHAHA
Ingat, lumrah kan. manusia takkan pernah puas.
Cuma puas menipu diri sendiri, berlagak puas.
Berlagak tak tergugat.
Berlagak kuat.
Kalau dah gagah kenapa masih nak jatuhkan orang ?
Kalau dah kuat kenapa nak dengki kelebihan orang ?
Kalau dah stabil kenapa masih mengongoi ?
Masih susah nak hadam bukan ?

Jangan tipu.
Hey hipokrit !
Jangan melangit sangat.
Kau boleh berlagak sebab,
Hati manusia takde cermin pandang dalam,
yang boleh ditembusi mata kawan2, bff, sedara mara, bf/gf even parents & family,
untuk dipamer betapa rosak, cela dan hitam hati tu.
Hati manusia takde saluran udara:
untuk disalur dan di hebah betapa busuk nya empunya hati.

Simpan telunjuk,

Fikir muhasabah sama2.
Ada masa, perbetulkan.
Jangan bongkak.
Ye, bongkak dengan orang lain, hak kau.
Ye, hak semua.
Tapi ingat, jangan sekali bongkak dengan Yang Di atas sana.

*Nukilan asal, tiada niat mahu menunding. Peringatan bersama

( luvpinkja, 0312 )
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Friday, May 10, 2013

Holiday Again ! (Unstoppable Smile Part II)

Assalamualaikum

Hai guys ! How are you ? *dah macam bertegur sapa tepi jalan je gaya tanya, ingat readers boleh jawab?*

HAHA

Okay2. Malas nak bebel panjang, seperti yang dijanjikan dalam entry lepas , Cik Nana ada cakap nak upload gambar keterujaan di sana right ? 

*pesanan penulis, perbuatan anda scroll down akan menghasilkan paparan muka Cik Nana semata mata, di harap bersabar atau ketik (??) butang pangkah kalau tidak mahu menatap.

Here we go, enjoy !

Pose Mangga gituuu

seronok, boleh main cak-cak ! :-)

Ehem2. takyah cakap lah ni menu apa. Yang penting free. Thanks GL !

Hadiah dari si dia juga dibawa bersama. Tapi tak baca pun, sibuk berenang. hiks !


Mulakan hari anda dengan sarapan ! Nom nommmm

Ronda2 sekitar tempat penginapan. Caspian & Mediterranean sangat ! haha.
Btw, view yang sanagt indah dari part sini. Laut terbentang depan mata.


Jemput masuk. Ini lah bilik Cik Nana. 

Penat menunggu. Take a nap at the most top level in GL.

Jalan jalan cari makan. Guess where ?
I do love this place. This is my second time at Cowboy Place. Menu dia simple je, nasik kukus ayam bakar. Thats it ! Tapi suasana dia sangat cool, santai. Memang cowboy place lah. Mana ada cowboy minum 3 layer tea makan sirloin steak kan ? Muehehe. Jangan jakun pegi order nasik goreng paprik kat sini, tak kan ada. Haha. Taktahu kat mana ? Kejap, kejap. Baca sampai habis. hehe

Yada yaddaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa ~



Cik Nana sebenarnya menginap di,
 Grand Lexis, Port Dickson Negeri Sembilan 

Great service, great place, totally awesome !

Fully recomended for reunion (ladies2 yang nak spent time dalam private pool dengan girlfriends), honeymoon (but too big i guess-2 king size beds), & for those yang nak bercuti dengan family. 

For more info, feel free to visit Grand Lexis website (click here)

Thats all. Thanks for coming :-)

( luvpinkja, 0312 )
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Monday, April 29, 2013

Little Things

Your hand fits in mine like it's made just for me
But bear this mind it was meant to be 
And I'm joining up the dots with the freckles on your cheeks
And it all makes sense to me


I know you've never loved the crinkles by your eyes when you smile, 
You've never loved your stomach or your thighs 
The dimples in your back at the bottom of your spine


But i'll love them endlessly 

I won't let these little things slip out of my mouth 
But if I do, it's you, oh it's you, they add up to 
I'm in love with you and all these little things

You can't go to bed without a cup of tea
Maybe that's the reason that you talk in your sleep
And all those conversations are the secrets that i keep 
Though it makes no sense to me 


I know you've never loved the sound of your voice on tape 
You never want to know how much you weigh 
You still have to squeeze into your jeans
But 

You're perfect to me 

I won't let these little things slip out of my mouth
But if it's true, it's you, it's you, they add up to
I'm in love with you and all these little things


You never love yourself half as much as i love you 
You'll never treat yourself right darling but i want you to 
If i let you know, i'm here for you
Maybe you'll love yourself like i love you oh and


I've just let these little things slips out of my mouth 
'Cause it's you, oh it's you, it's you they add up to 
And i'm in love with you (and all these little things) 


I won't let these little things slip out of my mouth 
but if it's true, it's you, it's you they add up to 
I'm in love with you, and all your little things.



( luvpinkja, 0312 )
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Sunday, April 28, 2013

Pancake Gebu, Mudah dan Lazat (ala McD)

Assalamualaikum

Rasa dah lama tak tepek resepi kat sini kan. 

Sebenarnya dah lama jugak Cik Nana tak ber-eksperimen kat dapur. 
Eh tak payah nak eksperimen sangat lah kalau setakat lempeng hoyy.

Kawan-kawan, ini lempeng bukan sebarang lempeng.
Jangan pandang enteng lempeng ku ini.


Ni Cik Nana kongsi kan resepi untuk korang ye. Pancake Gebuuuu !

3/4 cup susu (Fresh milk/apa2 susu cair)
2 sudu cuka
1 cawan tepung gandum
2 sudu gula
1 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh baking soda
1/2 sudu teh garam
2 sudu butter (cairkan)
1 biji telur 

itu sahaja ! simple kann ?

Cara-caranya :

1. Campurkan susu dan uka. Jadi nama dia sour milk (Biarkan 5 minit). Sambil tu boleh teruskan :
2. Dalam mangkuk lain, campurkan tepung gandum, gula, baking powder, baking soda dan garam.
3. Mangkuk lain lagi, pukul telur + butter (yang dah cair) + sour milk.
4. Tambahkan bahan (2) ke dalam (3), gaul rata sampai hilang ketulan yang tak di ingini.
5. Untuk dapatkan kepingan pancake yang sama besar dan tahap ketebalan, Cik Nana gunakan 2 sudu lengkung (yang biasa sudu plastik orang guna kat kedai makan tu, especially kalau makan tomyam, tau tak ek) untuk setiap keping pancake. Just nice lah bentuk dia. Kalau tak pun, guna 1/4 cup cawan untuk setiap keping.
6. Panaskan non stick pan, api sederhana, pastu curah kan bancuhan pancake korang tu. dalam 2 minit gitu, terbalik kan


Anda2 boleh refer gambar di bawah kalau confius acaner rupa kejadian melempeng :-)



Dua sudu ini yang saya maksudkan ye

Ini rupa atas pan once dah curah 2 sudu tu
dalam beberapa saat akan jadi lebih kurang begini

kemudian bila dah jadi macam ni, boleh terbalikkan

macam ni rupa dia bila terbalikkan, lebih kurang lah. intai dulu kalau tak pasti

warna dah kuning keemas-emasan, boleh angkat

stack kan atas pinggan ke piring macam ni
Yada yadaaaaa. boleh makan ! Curah syyrup atas dia, dan makan ikut kreativiti.

Selamat mencuba, Goodluck !



Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Saturday, April 27, 2013

Holiday Again ! (Unstoppable Smile Part II)

Assalamualaikum :-)

Hello hai guys !

Lama rasa nya tak berkongsi kegembiraan dengan uolss.

Meh sini iolss nak share gambar2 yang ohsemm.

Fyi, untuk this entry, gambar2 semua tanpa ada wajah excited Cik Nana.

Nehi. (next entry mungkin ada)

Mohon readers tidak terlalu teruja. HAHA

Lets enjoyyy !

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Yada yaddaaaaaaaaa :-D
(tutup mulut excited)

Tak senonoh awal2 dah tayang gambar tempat berdengkur ! miahaha

Next !

One side. Cool is it ? Open but private. Tingkap2 kayu sebelah kanan gambar ini adalah ruang dapur  . Dari dapur lepas minum milo panas pun boleh terjun pool. kekeke

Nampak pintu bercahaya sana tu ? Itu ada katil dan disini pool. oh celik mata terjun dalam pool terus  ! 
Okeh sila kawal hormon keterujaan ye.

This time punya holiday accomodation ada pool.

Hek elehhh ada pool nak kecoh. hotel seri mesia pun ada pool.

Takpe, Takpe.

Ini pool bukan sebarang pool. ini pool private punya @Private Pool

Jap,@Private swimming pool with garden !

Kau tak teruja ? Tidak mengapa. Biarkan Cik Nana uolss ni teruja sendiri.

Then,

Ilovethisparttoo
Kita ada microwave oven yang cool. Seronok dan save budget. Beli ready-to-eat food kat Giant-sumbat dalam microwave oven-makan !! Takyah order kat hotel. Megi ? Lasagne ? Roasted chicken ? Ye iolss suka. hehe


Dan

Ruang santai
 Ini ruang rehat dan santai yang cool. Sofa dan 42' LCD ! Eh semua part pun cool. 
Kat sini tempat online dan makan2 juga. Eh makan lagi Cik Nana sebut ?

Next !

 Picture below adalah view from our balcony ! Nice is it ? Scroll down please ?

Yang kat bawah tu pun cool sesangat. Seaview. Lantai pun boleh skodeng coral (tipu!boleh nampak pasir kalau low tide dan air laut kalau high tide je). Tapi pool tak berapa private, guest dari atas (macam kami) boleh skodeng orang bawah mandi 'private pool'' memasing. Aiyorkk ! 

Gambar bawah ni Cik Nana lupa awal pagi ke lewat petang. Sunrise ke Sunset. miehehe

Tenang, lepas penat2 swimming (cewahh), boleh rehat2 tengok ciptaan yang indah ni, Subhanallah

Okeh ni gambar sesat. Agak jauh dari tempat penginapan. 

Eh jap2. lagi satu !
Kat sini ada bathroom weighing scale tau !
Boleh check berapa gram berat hilang selepas berenang dan berapa kg berat tambah selepas makan dan melantak ! Amekaww. 

Sila abaikan nilai. hehe
Guess where ? Keep waiting till next entry !

Ok guys ! Thanks for coming ! Keep smiling and all the best :-)

Wait for next entry ya, kita cerita makanan dan tengok muka teruja Cik Nana. hiks !

Daaa



( luvpinkja, 0312 )
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Wednesday, April 17, 2013

Resepi Creamy Carbonara Termudah dan Sedap !

Assalamualaikum.

Guys ! 

Inginkan Creamy Carbonara yang yumeyhh dan boleh makan banyak banyak ?
kenapa mesti banyak banyak ?
Sebab kalau korang beli yang dah siap, confirm seciput je dapat korang makan. 
Duit kepuk2 ha terbang.

Ok macam ni. 
Apa kata korang rajinkan diri try resepi ni. 
Jaminan tidak akan kesal dan kecewa. HAHA

Mudah sahaja !

Bahan A: (untuk tumis)
1 biji bawang besar Holland, 2 biji bawang putih, *4-6 biji cili padi-kisar/tumbuk (kalau ska pedas, letak banyak2 lagi. kurangkan muak)
(suka hati korang lah nak chop ke kisar ke)

Bahan B: 
2 biji tomato - potong dadu
150g daging ayam kisar
1 tin Prego Creamy Carbonara
1 tin Mushroom (jenama ayam brand pun okay)- hiris nipis
*1 tin Cambells Mushroom soup (optional,tanak letak pun takpe)
1 pack pasta Fettucini (Rebus dengan sesudu garam dan sesudu minyak masak. Kemudian tos kan)
Sosej - hiris nipis
4 keping cheddar cheese- potong2
1 cawan Fresh milk (250ml)
Serbuk oregano

Cara-cara:

Mula mula korang pegi rebus air sampai menggelegak, rebus fettucini ke angle hair ke small shell ke apa2 jenis pasta korang nak. then tos kan. Abaikan mereka seketika.

1. Tumis bawang besar, bawang putih dan cili api sampai naik bau wangi
2. Masukkan daging ayam kisar dan tomato yang dipotong dadu.
3. Setelah air ayam kisar tadi agak kering, masukkan Prego, cendawan, sosej, *campbells soup, dan kacau rata 5-10 minit, elakkan dan hapuskan segala ketulan2 yang tidak diingini.
4. Tambahkan susu dan kacau rata. Kalau rasa2 agak pekat, tambah sedikit air, kacau. 
5. Masukkan cheese dan sedikit serbuk oregano, kacau 5 minit, tutup api. 
Pejam mata, tarik dan hembus nafas, bukak mata, SIAP !

Haaa. kan senang. Cuba bagitahu part mana yang susah ?

All the best tau :-)

Kat bawah ni ada gambar2 untuk reference korang.

ini lah bahan2 yang dimaksudkan
ye, ini cara nak rebus pasta
gambaran untuk rujukan korang


Yummeyhh !

                                                                                                                                     ( luvpinkja, 0312 )
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Friday, March 29, 2013

Harimau Selatan

Assalamualaikum

Cantik tak jersey Cik Nana ?

HAHA

#FansJDT, give me 5 please !


Luaskan Kuasamu

Credit to Mista Dimples hati for this one ! Thankyouu

Btw, jersey ni telah menimbulkan beberapa spekulasi.
Dari mana dia datang dan kepada siapa dia kembali ?
Eh ! bukan ! bukan !
Tu bukan persoalan.

Is it this jersey suit me very well ?
Panggg ! Lempang muka sendiri.

Sebenarnya Cik Nana blur, taktahu nak cerita apa. Maaf !
Sebab asalnya nak hapdet pasal baju, dah tu bila dah insert gambar, jadi macam tak tentu arah, senyum sendiri lah sengih2. haissyyy.

Sebenarnya Cik Nana saje nak test power henpon kakak. Suruh dia snap barang sekeping dua gamabr Cik Nana, Masing2 dah berhenpon canggih manggih kan, kalau setakat simpan henpon untuk main game, baik beli tab RM199 tu je. Kalau setakat nak watsep je guna dia, baik takyah keluar ikot pegi jalan2. Duduk rumah sana kepit henpon tu. Haaa. Kan bagus kalau amek gambar orang ke. Dah bakpe beli henpon yang camera mp besar2 ye dak ?
Emo tak Cik Nana ?

Holaaa, zaman sekarang kan orang semua henpon leset2 (touchscreen), henpon Cik Nana ni masih menggunakan keypad real, tekan tekan rubber keypad sampai bunyik tu. Alaah takyah nak kerut dahi, dolu dolu korang start pakai henpon tiga tiga sekupang jugak kan !

Bertambah emo bila adik beradik memasing dah ber-galaxy, dah ber-android, semua pakai touchscreen, kesal tu datang pabila, henpon kuno si adik berbunyi mintak di pick up (tanda ada call masuk), but then kakak2 dan si abang gagal pick up that call sebab mereka berusaha gigih meleset-leset (swipe) screen henpon tu tapi gagal !

Huh !

Takpe.

Eh dah kenapa entry tak kena dengan title, asal nak cerita JDT jersey kan ?

Really sorry, idea gagal di olah sempurna :-)

By the way, thanks for coming.

**gwa check stock jersey gwa kan, gwa rupanya ada jersey m.u, arsenal, barca, bla bla.. 
tapi kan, kenapa still takde stock jersey chelsea ? kenapa ? haha. Mohon pihak berkenaan jawab.
( luvpinkja, 0312 )
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Thursday, March 28, 2013

Cerita Apam Polkadot Gebu !

Assalamualaikum

Hello ! Hai !

Cik Nana nak share kisah sedih suka duka si Faris dan Apam polkadot. Eh tak memasal nama Faris sangkut! (Faris adalah anak sedara Cik Nana). Haruslah nama dia dikaitkan sebenarnya. 
Semua angkara beliau !
Dia yang mengidam sangat nak apam polkadot. Kat Mersing ni bukan senang nak cari apam polkadot anytime (maksudnya, selari dengan nafsu mengidam Faris. Bila dia nak, time tu jugak nak ada depan mata. Ah anak kecil tahu apa dia)

Jadi, lepas jeling resepi yang sedia ada ala kadar (seriously lah pun ala kadar), sebab pada mata dan fikiran naiss Cik Nana ni, apam polkadot hanya lah apam enteng. apam tepi jalan. apam yang boleh pejam mata buat. Alahai, apam kecik gitu kan ?? Apa lah sangat.

Okeh, resepi ada dah, semua menjamin kegebuan katanya.
Kata nya lah kan. Mari kita cuba lah. Ayuhhh !

Dengan gigih Cik Nana bancuh dan buat apam, (masa ni Faris tido petang, dengan harapan, dia celik mata nanti kembang kempis lah hidung Cik Nana dapat tayang apam polkadot depan si kecil. Nampak lah berlagak riak takbur si mak sedara ni buat apam. Apam enteng lah kata kan). Nanti kauu.

Krikkk kriikkk krikkk

Sila baca dengan teliti.
Apam polkadot 1st trial turn to brownies terlebih air. Eh bukan, mungkin jadi jemput2 kecut.
Bukan ! Bukan ! Patut dinamakan apam bantat saja (okeh rasa terhina)
 Ia mengecut, melekat, tak gebu, tak naik.
Sedih dan kecewa. 
Bertambah sedih dan ralat apabila si Faris bertanya
''Achu, mana apam polkadot yang Achu buat untuk Aisy?''

krikk krikk krikkkk

Macam2 alasan bagi dekat Faris (sebab kalau Cik Nana cakap pun bukan dia paham situasi itu). Suruh dia main kat luar. Suruh pergi depan.
Maaf Faris, Achu dah kecewa kan Aisy.

Akhirnya, keadaan tidak terkawal (hah dah macam tragedi berdarah kat Lahad Datu dah situasi dia)
Faris ke dapur dan bawak ke hall, satu tray yang penuh dengan apam bantat
-.-'

First ayat dia masa cuba tanggalkan papercup tu dari apam.
Amagaddd ! Cik Nana pegang kepala tanda stress.
''Yang ni sampul dia ketat'' (papercup melekat teruk pada apam)
Masa ni nenek, along dan aciq dia yang tahu keadaan sebenar hanya diam. Diam dan perhati.

Along berbunyi 'Aisy, apam yang ni terkena sumpahan. Tu dia jadi macam tu'
Faris buat danggg je, dan makan. makan. makan lagi.
Sampai habis semua apam yang filling coklat.
(Cik Nana buat filling strawberry and coklat. Faris tak suka filling strawberry, so dia makan yang filling coklat je)

Gulp !

Monolog si auntie: ' Faris ni jaga hati Achu ke hapee ? Umur Faris baru 3 tahun, April nanti. Mustahil. Mustahil. Orang umur doploh pun tak reti jaga hati. Ini pulak Faris ?'

So, Cik Nana assume, Faris betul2 lapar, dan Faris seorang yang supportive. Yeay !

But then,

Dia siap request lagi apam yang sama malam tu ! Amagaddd ! -.-
Nak lagi, nak lagi. 

Fuhhh !

Tak kira, kena buat post moterm !
Jangan pandang apam polkadot sebelah mata lagi. Mereka bukan apam enteng.

Dah pompang kat twitter, mengadu nasib, bukak balik resepi2 dan baca feedback, testimoni, komen, tips 
(full reseach !)

Finally, 

Yada yaddaaaaaaa !





'' Gebu tak kak Pam ? ''
(Kak Pam = Si Apam Polkadot)

Alhamdulillah, misi berjaya, but still need improvement.

Next time Cik Nana share resepi ye.

Tata.

Thanks for comingg.

** Achu adalah panggilan Faris kepada Cik Nana
     Aisy adalah nama pendek Faris

( luvpinkja, 0312 )
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Monday, March 25, 2013

Aib

Assalamualaikum.

Quotes untuk renungan kepada diri sendiri dan kawan2. Quotes di pinjam dari ayat kawan penulis.

Bila kita rasa tak terkawal, rasa di khianati, jangan terus marah atau bertindak melulu. Apa apa pun, tutup lah aib orang lain, sebab kita ni pun mujurlah Allah tutup aib kita. Tapayah nak berdendam, kita tak dapat apa apa pun

( luvpinkja, 0312 )
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...