Followers

About Me

My photo
Johor Bahru | Mersing, Muslim, Malaysia
Walking freely wasn't a warranty for you can run.

Pages

Friday, March 29, 2013

Harimau Selatan

Assalamualaikum

Cantik tak jersey Cik Nana ?

HAHA

#FansJDT, give me 5 please !


Luaskan Kuasamu

Credit to Mista Dimples hati for this one ! Thankyouu

Btw, jersey ni telah menimbulkan beberapa spekulasi.
Dari mana dia datang dan kepada siapa dia kembali ?
Eh ! bukan ! bukan !
Tu bukan persoalan.

Is it this jersey suit me very well ?
Panggg ! Lempang muka sendiri.

Sebenarnya Cik Nana blur, taktahu nak cerita apa. Maaf !
Sebab asalnya nak hapdet pasal baju, dah tu bila dah insert gambar, jadi macam tak tentu arah, senyum sendiri lah sengih2. haissyyy.

Sebenarnya Cik Nana saje nak test power henpon kakak. Suruh dia snap barang sekeping dua gamabr Cik Nana, Masing2 dah berhenpon canggih manggih kan, kalau setakat simpan henpon untuk main game, baik beli tab RM199 tu je. Kalau setakat nak watsep je guna dia, baik takyah keluar ikot pegi jalan2. Duduk rumah sana kepit henpon tu. Haaa. Kan bagus kalau amek gambar orang ke. Dah bakpe beli henpon yang camera mp besar2 ye dak ?
Emo tak Cik Nana ?

Holaaa, zaman sekarang kan orang semua henpon leset2 (touchscreen), henpon Cik Nana ni masih menggunakan keypad real, tekan tekan rubber keypad sampai bunyik tu. Alaah takyah nak kerut dahi, dolu dolu korang start pakai henpon tiga tiga sekupang jugak kan !

Bertambah emo bila adik beradik memasing dah ber-galaxy, dah ber-android, semua pakai touchscreen, kesal tu datang pabila, henpon kuno si adik berbunyi mintak di pick up (tanda ada call masuk), but then kakak2 dan si abang gagal pick up that call sebab mereka berusaha gigih meleset-leset (swipe) screen henpon tu tapi gagal !

Huh !

Takpe.

Eh dah kenapa entry tak kena dengan title, asal nak cerita JDT jersey kan ?

Really sorry, idea gagal di olah sempurna :-)

By the way, thanks for coming.

**gwa check stock jersey gwa kan, gwa rupanya ada jersey m.u, arsenal, barca, bla bla.. 
tapi kan, kenapa still takde stock jersey chelsea ? kenapa ? haha. Mohon pihak berkenaan jawab.
( luvpinkja, 0312 )
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Thursday, March 28, 2013

Cerita Apam Polkadot Gebu !

Assalamualaikum

Hello ! Hai !

Cik Nana nak share kisah sedih suka duka si Faris dan Apam polkadot. Eh tak memasal nama Faris sangkut! (Faris adalah anak sedara Cik Nana). Haruslah nama dia dikaitkan sebenarnya. 
Semua angkara beliau !
Dia yang mengidam sangat nak apam polkadot. Kat Mersing ni bukan senang nak cari apam polkadot anytime (maksudnya, selari dengan nafsu mengidam Faris. Bila dia nak, time tu jugak nak ada depan mata. Ah anak kecil tahu apa dia)

Jadi, lepas jeling resepi yang sedia ada ala kadar (seriously lah pun ala kadar), sebab pada mata dan fikiran naiss Cik Nana ni, apam polkadot hanya lah apam enteng. apam tepi jalan. apam yang boleh pejam mata buat. Alahai, apam kecik gitu kan ?? Apa lah sangat.

Okeh, resepi ada dah, semua menjamin kegebuan katanya.
Kata nya lah kan. Mari kita cuba lah. Ayuhhh !

Dengan gigih Cik Nana bancuh dan buat apam, (masa ni Faris tido petang, dengan harapan, dia celik mata nanti kembang kempis lah hidung Cik Nana dapat tayang apam polkadot depan si kecil. Nampak lah berlagak riak takbur si mak sedara ni buat apam. Apam enteng lah kata kan). Nanti kauu.

Krikkk kriikkk krikkk

Sila baca dengan teliti.
Apam polkadot 1st trial turn to brownies terlebih air. Eh bukan, mungkin jadi jemput2 kecut.
Bukan ! Bukan ! Patut dinamakan apam bantat saja (okeh rasa terhina)
 Ia mengecut, melekat, tak gebu, tak naik.
Sedih dan kecewa. 
Bertambah sedih dan ralat apabila si Faris bertanya
''Achu, mana apam polkadot yang Achu buat untuk Aisy?''

krikk krikk krikkkk

Macam2 alasan bagi dekat Faris (sebab kalau Cik Nana cakap pun bukan dia paham situasi itu). Suruh dia main kat luar. Suruh pergi depan.
Maaf Faris, Achu dah kecewa kan Aisy.

Akhirnya, keadaan tidak terkawal (hah dah macam tragedi berdarah kat Lahad Datu dah situasi dia)
Faris ke dapur dan bawak ke hall, satu tray yang penuh dengan apam bantat
-.-'

First ayat dia masa cuba tanggalkan papercup tu dari apam.
Amagaddd ! Cik Nana pegang kepala tanda stress.
''Yang ni sampul dia ketat'' (papercup melekat teruk pada apam)
Masa ni nenek, along dan aciq dia yang tahu keadaan sebenar hanya diam. Diam dan perhati.

Along berbunyi 'Aisy, apam yang ni terkena sumpahan. Tu dia jadi macam tu'
Faris buat danggg je, dan makan. makan. makan lagi.
Sampai habis semua apam yang filling coklat.
(Cik Nana buat filling strawberry and coklat. Faris tak suka filling strawberry, so dia makan yang filling coklat je)

Gulp !

Monolog si auntie: ' Faris ni jaga hati Achu ke hapee ? Umur Faris baru 3 tahun, April nanti. Mustahil. Mustahil. Orang umur doploh pun tak reti jaga hati. Ini pulak Faris ?'

So, Cik Nana assume, Faris betul2 lapar, dan Faris seorang yang supportive. Yeay !

But then,

Dia siap request lagi apam yang sama malam tu ! Amagaddd ! -.-
Nak lagi, nak lagi. 

Fuhhh !

Tak kira, kena buat post moterm !
Jangan pandang apam polkadot sebelah mata lagi. Mereka bukan apam enteng.

Dah pompang kat twitter, mengadu nasib, bukak balik resepi2 dan baca feedback, testimoni, komen, tips 
(full reseach !)

Finally, 

Yada yaddaaaaaaa !





'' Gebu tak kak Pam ? ''
(Kak Pam = Si Apam Polkadot)

Alhamdulillah, misi berjaya, but still need improvement.

Next time Cik Nana share resepi ye.

Tata.

Thanks for comingg.

** Achu adalah panggilan Faris kepada Cik Nana
     Aisy adalah nama pendek Faris

( luvpinkja, 0312 )
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Monday, March 25, 2013

Aib

Assalamualaikum.

Quotes untuk renungan kepada diri sendiri dan kawan2. Quotes di pinjam dari ayat kawan penulis.

Bila kita rasa tak terkawal, rasa di khianati, jangan terus marah atau bertindak melulu. Apa apa pun, tutup lah aib orang lain, sebab kita ni pun mujurlah Allah tutup aib kita. Tapayah nak berdendam, kita tak dapat apa apa pun

( luvpinkja, 0312 )
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Saturday, March 16, 2013

Everything comes for a reason

Assalamualaikum.

Pernah stress ? Pernah rasa down ? Pernah rasa terhina ? Pernah kalah ? Pernah kecewa ?

Common nasihat yang kita aka dengar mesti 

1. Setiap yang berlaku ada hikmah. Percaya lah. Dia tahu yang terbaik. Selain daripada :
2. Sabarlah. Chillax mannn (cakap senang lah)
3. Ignore je, be tough

Am i right ? 

Nak kupas pasal yang nombor satu je buat masa ni. Yes. Everything comes for a reason. Biasa kan dengar ? Bila kita fail exam pun akan dengar ayat tu. Bila kena tipu pun akan dengar ayat tu jugak. Bila kita sakit pun dengar nasihat ni jugak. Senang cakap, bila kita dalam kesusahan atau ditimpa musibah, kita akan ingat pada nasihat ni. Then hati tenang, Alhamdulillah.

Tapi, ada jugak yang tak sedar. 'tak dapat', '' apa hikmah daripada musibah dan ujian yang aku terima ini ?! ''. 

Kawan-kawan, hikmah tu memang ada. Tapi, kita kena ingat, tak semua orang akan realize kehadiran nya. Trust me. Sebab ada yang fikir, apa yang dia nak dan dia harapkan tu, adalah yang terbaik-baik yang dia layak terima. So dia nak dan harap yang tu je. Hakikatnya, dia terlupa, Allah Maha mengetahui, apa yang terbaik untuk hambaNya. 

Kadang-kadang, apa yang kita tak suka tu adalah yang terbaik untuk kita, dan apa yang kita suka tu ada kala nya, jadi perkara terburuk untuk kita. Siapa lagi tahu ? Kita dah cukup kenal diri sendiri and boleh predict everything ke ? Wake up guys. Allah Maha menegtahui apa yang terbaik untuk hambaNya.

Jangan down tak tentu pasal. Jangan buat kerja bukan-bukan, jangan fikir cetek sangat, jangan bertindak ikut emosi dan perasaaan (ini sayaaa -.-).

Sama-sama ingatkan. Till then, bye-bye (eh macam serious nauuu ending dia !)

Muehehe. ok guys. Thanks for coming ! :-D

( luvpinkja, 0312 )
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Friday, March 8, 2013

Kelebihan

Assalamualaikum

Ye, kelebihan mempunyai anak saudara @ adik kecil.

Mengapa ?

Kerana anda dan kita berpeluang bermain apa yang mereka inginkan.

Sebagai contoh, Faris (nephew) teringin nak main layang2 ke apa ntah nama colourful thing below. So secara tak langsung, kami (aunties&granny) dapat main jugaaaa. Yeay !
.
.
.
Beginning : Achu segan2 itik nak pegang. Dah la berat gila menda ni ! Dengan 3' wedges, tenaga yg lemah, badan yang jadi bahan tiupan angin ! hurmm. takpe faris, takpe. mainlah. achu teman
haha.

Ya, kanak-kanak sangat. Tapi betul kan ? Kalau takde si kecik tu teringin, takde nya kita nak tebalkan muka pergi main menda ni tengah2 orang ramai macam pesta. Malu ! Serious, takde keje aku nak main/pegang menda ni kalau sorang2 or Faris takde. Tapi, sebab ada si Faris ni, dapat lah merasa, dan secara tak langsung, cover baik punyaa :-D

Ye. nenek bersimpati dengan usaha keras achu mempertahankan benda ni dari tersasar. Dengan achu terbongkok2 tarik. Dengan si Faris yg berlagak kuat nak pegang sorang. Hey. Faris. Faris. Nenek tolong tarik dan mantain. Thanks nenek

Sekali atuk datang tunjuk bakat. Paling tak boleh blah, ayat atuk : Alaaa. apa beratnya, pegang macam ni je haaa (tunjuk gaya chillax). Atuk kuat takpela. Berat atuk berapa ? Tenaga atuk berapa ? Tak samaaaa -.-
By the way, ini adalah aktiviti keluarga di petang hari. Berehat santai di Pantai Mersing. Dengar cerita, ni salah satu daya tarikan yang ada kat Mersing. Yelah, ada orang main layang2 gini kat pantai, baru lah ramai orang berpesta tengok dan main layang-layang. Baru lah hidup Pantai Mersing ni.

** Sebelum ni pantai Mersing pernah dimeriahkan dengan kehadiran warga GEMS (SMM07C) selama 2 bulan, tapi itu hanya tinggal kenangan.

Thanks for coming, All the best :-)




( luvpinkja, 0312 )
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Thursday, March 7, 2013

Semakin iri hati, semakin gigih berusaha

Assalamualaikum.


Salam satu territory. #eh

Nana sebenarnya sangat buntu --> ahh lame intro.

Ok. Ok. Berhabuk dah belog ni. Fuhh ! Fuhh ! --> again !

Desperate sangat dah takde idea nak tulis, tapi nafsu melonjak girang untuk ada new entry.

Er, lama tak update belog. Entry nak tulis apa pun taktahu. Title tu sebenarnya petikan dari (petikan ??) bukan, copy paste twit je. Semberono je pegi tulis. Isi tersirat nya baru nak di bincang. 

Ye, 

''Semakin iri hati, semakin gigih berusaha''


Pernah rasa bukan ? Pernah alami, right ? Rasa tersentap ? Eh takpayah sentap sangat lah. Kita pun pernah rasa dan amalkan. Selalu je. Hihi. Senyum sikit :-)

First of all, mari buang semua anasir setan jahat dalam diri kita, sebelum baca kupasan yang berunsurkan ke-positif-an sahaja. Maksudnya, mari berbincang dari sudut yang positif dan akal fikiran dewasa.

Dah nama pun sudut positif kan. 
So takde lah isu 'aku jeles ah tengok body shape dia, hot gilaaa. Takpe, aku akan berusaha dengan lebih gigih pastikan takde orang nak kawan dengan dia. #negatif

Ianya perlu ke arah begini.
'Jeles betul tengok beliau dapat kerja yang beliau idamkan. Gaji kepuk-kepuk.  Takpe, from now on, aku akan kerja keras dan fokus pada impian aku' #positif

Ye. Aku dah kenapa kan nak bagi contoh ayat pastu letak hashtag kann. Dah kenapaaaaa ? 

Sebenarnya Nana nak share idea je. Kan. Korang perasan ke tak perasan ke, sebenarnya kita selalu practise kan menda ni sebenarnya. I mean, semakin iri hati, semakin gigih berusaha. Tak kisah la positive side ke negative side. Tapi sebolehnya yang negative side tu dikurangkan dan dihentikan lah ek.

Yelah, Kita ni kalau takde yang menggugat, selalu rasa selesa je. Ye dakk ? Dah orang lain achieved dulu, orang lain kebas dulu, dah tengok orang lain gaji kepuk2 (ni bagi yang dah grad je), dah tengok orang lain listed dalam DL (ni bagi kategori student), baru lah nak tersedar. Baru lah nak terkedek2 berusaha. Babes, itu normal laaa. Jangan tarik muka, kesal sedikit takpe. Nana izinkan. Muehehe.

Sedar tak sedar, sebenarnya menda tu adalah catalyst (pemangkin/sumbu) kita nak move a step forward. Even though dalam certain case, perkara sebegini agak terlewat, tapi masih boleh di practise kan. Better late than never. Ini bukan quote untuk ajak korang ber-lambat-lambat-an #err (teruk bahasa). Tapi untuk orang yang patut dihargai dan di-respect kerana masih ingin berusaha. Tahniah.

Ok, merujuk semula kepada tajuk entry (setelah tersedar kupasan semakin melencong). Nana cuma nak tekan kan kat sini. Tak salah kita nak iri hati. Dengan syarat, iri hati itu untuk perkara positif, && disertai dengan usaha-usaha dan doa-doa yang baik-baik sahaja. 

Dah iri hati tu, nak tarik muka, nak sebar fitnah, nak nangis, nak kesal tak bertempat, nak hantar surat layang (oldschool), nak angkat status berunsurkan sindiran pedas di facebook, twitter, skype, ym, BBM etc (menyindir untuk kepuasan hati yang sementara), semua tu, pasaipa ?


Kalau iri hati tu, cuba lah cari kelemahan diri, muhasabah diri sikit je pun  takpe. At least kita identified, mana weakness, so dah tahu weakness, baru lah fikirkan cara nak topup weakness tu. Eh macam ter-practise module Problem Solving & Critical Thinking (PSCT) je ? :-D

Aaaaaa (terjerit kecil). Panjangnya bebel. Maaf -.-

**kita bercadang  nak buat GA tak lama lagi. Tolong suggest gift yang best nak tak ?

Thats all. All the best guys. Thanks for coming.



( luvpinkja, 0312 )
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...