Assalamualaikum.
Salam satu territory. #eh
Nana sebenarnya sangat buntu --> ahh lame intro.
Ok. Ok. Berhabuk dah belog ni. Fuhh ! Fuhh ! --> again !
Desperate sangat dah takde idea nak tulis, tapi nafsu melonjak girang untuk ada new entry.
Er, lama tak update belog. Entry nak tulis apa pun taktahu. Title tu sebenarnya petikan dari (petikan ??) bukan, copy paste twit je. Semberono je pegi tulis. Isi tersirat nya baru nak di bincang.
Ye,
''Semakin iri hati, semakin gigih berusaha''
Pernah rasa bukan ? Pernah alami, right ? Rasa tersentap ? Eh takpayah sentap sangat lah. Kita pun pernah rasa dan amalkan. Selalu je. Hihi. Senyum sikit :-)
First of all, mari buang semua anasir setan jahat dalam diri kita, sebelum baca kupasan yang berunsurkan ke-positif-an sahaja. Maksudnya, mari berbincang dari sudut yang positif dan akal fikiran dewasa.
Dah nama pun sudut positif kan.
So takde lah isu 'aku jeles ah tengok body shape dia, hot gilaaa. Takpe, aku akan berusaha dengan lebih gigih pastikan takde orang nak kawan dengan dia. #negatif
Ianya perlu ke arah begini.
'Jeles betul tengok beliau dapat kerja yang beliau idamkan. Gaji kepuk-kepuk. Takpe, from now on, aku akan kerja keras dan fokus pada impian aku' #positif
Ye. Aku dah kenapa kan nak bagi contoh ayat pastu letak hashtag kann. Dah kenapaaaaa ?
Sebenarnya Nana nak share idea je. Kan. Korang perasan ke tak perasan ke, sebenarnya kita selalu practise kan menda ni sebenarnya. I mean, semakin iri hati, semakin gigih berusaha. Tak kisah la positive side ke negative side. Tapi sebolehnya yang negative side tu dikurangkan dan dihentikan lah ek.
Yelah, Kita ni kalau takde yang menggugat, selalu rasa selesa je. Ye dakk ? Dah orang lain achieved dulu, orang lain kebas dulu, dah tengok orang lain gaji kepuk2 (ni bagi yang dah grad je), dah tengok orang lain listed dalam DL (ni bagi kategori student), baru lah nak tersedar. Baru lah nak terkedek2 berusaha. Babes, itu normal laaa. Jangan tarik muka, kesal sedikit takpe. Nana izinkan. Muehehe.
Sedar tak sedar, sebenarnya menda tu adalah catalyst (pemangkin/sumbu) kita nak move a step forward. Even though dalam certain case, perkara sebegini agak terlewat, tapi masih boleh di practise kan. Better late than never. Ini bukan quote untuk ajak korang ber-lambat-lambat-an #err (teruk bahasa). Tapi untuk orang yang patut dihargai dan di-respect kerana masih ingin berusaha. Tahniah.
Ok, merujuk semula kepada tajuk entry (setelah tersedar kupasan semakin melencong). Nana cuma nak tekan kan kat sini. Tak salah kita nak iri hati. Dengan syarat, iri hati itu untuk perkara positif, && disertai dengan usaha-usaha dan doa-doa yang baik-baik sahaja.
Aaaaaa (terjerit kecil). Panjangnya bebel. Maaf -.-
**kita bercadang nak buat GA tak lama lagi. Tolong suggest gift yang best nak tak ?
Thats all. All the best guys. Thanks for coming.
( luvpinkja, 0312 )
No comments:
Post a Comment