Followers

About Me

My photo
Johor Bahru | Mersing, Muslim, Malaysia
Walking freely wasn't a warranty for you can run.

Pages

Monday, May 13, 2013

Tak Terhadam

Cerita pasal lumrah
Manusia, ye kita ni.
Tak kan ada yang sempurna: prefect, chairmain, senior, counselor, pemimpin kita pun tak.
Dah tahu itu memang lumrah, kenapa masih tak boleh fikir.
Susah nak hadam ?

Lumrah,
Kenapa nak cari salah orang ?
'kita sama je selalu buat salah'
Kenapa nak dengki ?
'kau tahu dengki tu setan punya kerja, pergi layankan ?'
Kenapa nak bermusuh ?
'dah terlalu stabil dan yakin dengan kedudukan sekarang?'
Kau jangan lupa pepatah inggeris 'Life is like a wheel'
Pepatah ringkas penuh makna,
Susah nak hadam ?

Lumrah,
Kita selalu lupa
Kita kadang tak sedar.
Kita puas sakitkan hati orang
Kita puas tengok orang jatuh tergolek.
Rasa nak khabarkan pada semua,
hey dunia, musuh aku jatuh tersungkur, ayuh party !
Disebar ke pelusuk fb twitter whatsapp wechat dan segala tempat
 Yang boleh jadi medium tayang kejayaan.
Puas ?

Ye, sangat puas.
Bertahan lama mana ?
HAHAHA
Ingat, lumrah kan. manusia takkan pernah puas.
Cuma puas menipu diri sendiri, berlagak puas.
Berlagak tak tergugat.
Berlagak kuat.
Kalau dah gagah kenapa masih nak jatuhkan orang ?
Kalau dah kuat kenapa nak dengki kelebihan orang ?
Kalau dah stabil kenapa masih mengongoi ?
Masih susah nak hadam bukan ?

Jangan tipu.
Hey hipokrit !
Jangan melangit sangat.
Kau boleh berlagak sebab,
Hati manusia takde cermin pandang dalam,
yang boleh ditembusi mata kawan2, bff, sedara mara, bf/gf even parents & family,
untuk dipamer betapa rosak, cela dan hitam hati tu.
Hati manusia takde saluran udara:
untuk disalur dan di hebah betapa busuk nya empunya hati.

Simpan telunjuk,

Fikir muhasabah sama2.
Ada masa, perbetulkan.
Jangan bongkak.
Ye, bongkak dengan orang lain, hak kau.
Ye, hak semua.
Tapi ingat, jangan sekali bongkak dengan Yang Di atas sana.

*Nukilan asal, tiada niat mahu menunding. Peringatan bersama

( luvpinkja, 0312 )
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...