Followers

About Me

My photo
Johor Bahru | Mersing, Muslim, Malaysia
Walking freely wasn't a warranty for you can run.

Pages

Friday, July 19, 2013

RESEPI PUDING CARAMEL TANPA TELUR (TIDAK PERLU KUKUS)

Assalamualaikum

Hello gadis2 moden dan aunties yang pentingkan kesejahteraan level kolestrol masing2, anda tidak silap memilih resepi kali ini. Ini pilihan terbaik untuk menikmati puding caramel tanpa ragu. Tanpa anasir2 seperti -

'berapa biji telur lah depa pakai buat puding caramel nih?'
*renung tummy*

'sedapnye puding caramel ni tapi macam sedih sebab takboleh makan more than 1 slice, gila tinggi kolestrol!'
*lihat peha*

Senyum senget sikit ladies ! :-*

HAHA

Jangan risau, resepi ni tak guna telur walau sebijik pun. Tak tipu aihh. Meh jenguk resepi ni. Copypaste dari cik epal.

Bahan-bahan caramel :
4 senduk gula
1/2 cawan air

Cara-cara buat caramel :
Dalam periuk kecil, cairkan gula di atas api perlahan. Tambahkan air sedikit demi sedikit sehingga semua larut. Kacau selalu dan tunggu sehingga bertukar warna sedikit kuning (jangan tunggu sampai brown-kalau dah brown nanti pahit). Tutup api. Curahkan dalam bekas puding anda. Biar sejuk.

Bahan-bahan puding :
1 tin susu cair
1/2 tin susu pekat
3 sudu besar tepung jagung
2 sudu besar tepung custard
1 sudu kecil esen vanilla
3 1/2 cawan air
1 bungkus serbuk agar2 segera (neutral-tanpa warna) - 10g


Cara-cara buat puding :
1. Masukkan tepung custard dan tepung jagung dalam mangkuk, tambah sedikit air (separuh dari yg 3 1/2 tu pun ok) dan kacau sehingga semua larut. Tapis.
2. Dalam periuk, masukkan (1), serbuk agar-agar dan air. Hidupkan api perlahan, dan kacau sehingga mendidih. Masa ni penting untuk kacau setiap masa untuk elak berketul2.
3. Masukkan susu cair, susu pekat dan esen vanila. Kacau rata selama 5 minit, tutup api.
4. Tapis dan curahkan kedalam bekas yang dah ada caramel tadi. 
5. Sejukkan sedikit, masukkan dalam peti semalaman atau sekurang-kurangnya 5 jam. Boom !

Puding caramel sihat siap ! Boleh makan tanpa sukatan. Mihs

Adunan ni boleh dapat lebih kurang 2 mangkuk berdiameter 15cm.

Now, apa lagi ? Boleh lah buat lepas sahur, sedia untuk dimakan untuk berbuka besok.

Thanks for reading :-)
Selamat berpuasa.

(Azrina Luvpinkja)
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Monday, July 8, 2013

Kenapa puasa dan raya kita makin tak best ek ?

Assalamualaikum

Holla kesayangan semua ! Macam mana persiapan nak puasa ? Nak tanya pasal ganti puasa macam tak relevan je kan sekarang ni. Pandai2 lah nak menjawab tang tu.

Takde lah intro2 melewey, malas. So straight to the point. Korang rasa tak apa aku rasa. Yelah, makin lama macam makin kureng feel nya puasa dan nak raya. Alaaa, macam zaman kanak2 tu, kan ke meriah dan indah. (i just mean fasting  one, not the Barakah Ramadhan and Syawal, so please don't get me wrong). 

Aku ni macam takde keje lah analyse perasaan kurang senang ni. Antara yang aku kenalpasti adalah seperti berikut. Mungkin korang mengalami simptom yang sama, mungkin juga tidak. Walaubagaimanapun, tidak mengapa. Sekadar coretan.

**Puasa

1) Masa zaman kanak-kanak, bangun sahur di dokong dari katil ke sinki (cuci muka) dan terus didudukkan ke meja makan, celik mata, makan dan terus makan, kemudian solat subuh dan tidur dengan gembira. budak-budak, mana tahu apa. Sahur tu ibarat masa makan macam breakfast cuma awal sikit. Indah bukan ? Sekarang dah besar dah anak dara. Bangun sahur : Buat air, serve meals (masak nasik or panaskan lauk), makan, kemas meja, basuh pinggan mangkuk. Agak penat kannn ? hiks !

2) Siang hari. Masa zaman kanak-kanak waktu siang kena banyak berehat, mana lah ada nak kena fikir kemas rumah, tolong masak ke apa. Tahu2 dah nak berbuka, jadi penilai untuk hidangan hari berkenaan. Sedap ke ok ke tak ok ke hidangan berbuka hari ini. Muehehe. Bahagia ! Okeh dah besar2 ni siang buat apa ? Dari lepas sahur ye, lepas subuh tu. Dah mula kemas rumah. Start tengah hari kena fikir menu untuk berbuka, desert, air untuk berbuka. Sama ada nak masak or beli. Adalah masa rehat sekejap sebelum memasak. 

3) Berbuka preparation. Masa zaman kanak-kanak, part nih paling best ! 'Abah, mak, abang, kakak, dah pukul berapa ni jom lah pegi bazar ! (jam: 4.40pm)' . Sampai bazar, nak tu ni yang tu- abah bayar, sekian terimakasih. Dah besar2 nih, fikir lain pulak. Dua tiga kali fikir. Kang pegi bazar Ramadhan, oh terbang lah barang RM15-RM20/day (derr, duit sendiri, takde paw2 dah). Plus penat, kang balik nak serve lagi, nak ngadap belian2 yang tak habis (sedih tahu? Baru tahu sedih makanan tak habis) Tapi kalau masak sendiri ? Penat takde orang nak tolong. Krikkk krikkkk. 

4) Solat sunatTarawikh. Okeh ni compare dari zaman belajar dengan zaman selepas belajar. Yelah, zaman kanak-kanak tahu apa dengan tarawikh. Pegi masjid jumpa kawan dan masa bermain je. Mihs. To be honest, pengisian dan keikhlasan bertarawikh much more indah di usia begini. Lebih mendalami dan memahami. Tapi dari segi seronok dan meriah, pasti zaman belajar itu lebih terasa. Yelah, pegi solat sunat tarawikh dengan kawan2, tak terasa pun penat buat tarawikh full. Sekarang pergi masjid di kampung halaman, dikelilingi makcik2 dan nenek2 yang setiap 2 rakaat akan teguk air (letih, tetapi masih mampu menunaikan sunat tarawikh penuh, MashaAllah), tak memasal aku pun rasa letih sekali ! Dah mampu buat 8 rakaat je. Alasan anak dara sorang ni lah haiii ! 

5) Okeh yang ni pun aku rasa ada beza. Selepas tarawikh (tak termasuk moreh di surau/masjid). Balik tarawikh mesti nak fikir, apa lagi ek belum makan. Apa lagi ek belum minum ? Yelah, kang esok siang menyesal pulak bila teringat, Kanak-kanak. Haha. Tapi dah besar2 ni pun kadang ada jugak terasa macam ni. Tapi normally bila dah besar ni, banyak lagi menda nak fikir. Apa ek kerja nak buat malam ni, Kang esok siang penat pulak (kerja2 yang memerlukan tenaga terutamanya-lap tingkap, langsir, basuh kain, jemur kain). Maklum lah, tanaga dah berusia ni semakin limited, banyak nak guna pulak tu. 

Nak raya.

Saya sukaaaaa !!! (5tahun-17 tahun). Saya kurang berperasaan ! (18-22Tahun). Aku stress (23tahun-tua).
Bagi aku lah. masa zaman kanak-kanak, zaman sekolah, nak raya tu memang best !

1) Baju raya. Kanak-kanak riang sekalian, mesti best request baju raya macam2 warna dan design. Request air liur, dapat real baju raya, fuhhh ! Nah baju2 raya anda puteri dan putera kesayanagn abah mak. Tiada wang dan keringat diperlukan. Masuk zaman pertengahan (18-22 tahun), nak baju raya lebih sikit, kena janji buat itu, jangan buat ni, result cantik, tolong mak rajin2. Phewww. Tambah stress sikit, ni zaman compete dengan rakan sebaya dan sepupu. Zaman kekeliruan nak decide, nak ikot trending baju raya mana satu. Sesuai tak gini, gitu, ouhhh -.-'. Now cerita zaman tak belajar dan zaman bekerjaya nih. Ehem. Anda telah melepasi fasa bersenang lenang ye. Jadi, untuk mendapatkan baju raya yang selaras dengan arus modenisasi, anda perlu- cari duit sendiri- berusaha sendiri-berkorban untuk diri sendiri. How come dudeeeeee ??! Nak tudung 5 layer, duit 5 layer jugak. Haha. Zaman ni, kalau request air liur (order), dapat air liur lah semula (bebelan terindah untuk keinsafan). Kena sedar diri ikot kemampuan. Baru nak sedar. ouhh

2) Persiapan raya. Yesss ! Kanak-kanak pasti suka. Bila part mak dan kakak mula tukar sarung kusyen. Heaven ! Sebab apa ? Sebab boleh main nyorok2 dengan menyusun kusyen2 tu, ada port menyorok ! Boleh main baling2 sepahkan kusyen. yeayyy ! Sekarang ? Masa untuk menukar sarung kusyen, dimana anda ? Ye, saya yang take over tukar sarung kusyen dan menahan perasaan tengok anak buah sepahkan kusyen, merangkap melambatkan kerja dan tambah sepah. Seteghessss ! Part mak buat kuih raya ? Yeayy lagi sekali. Banyak nya kuih raya sedap2 warna warni ! Tak sabar nak makan. (untung kau budak, takyah fikir apa, makan je). Sekarang ? Ye, aku lah yang tukang buat kuih tu. Mengadap oven, menggentel kuih siang malam, dan, tengok orang makan dengan meriah ! 

** Hari Raya

1) Kanak-kanak lagi. Ye mereka paling best kutip dan kira duit raya ! Takyah fikir apa. Cuma stress sikit ah sebab nak kena compete dengan cousin dan rakan sebaya, collection siapa paling hebakk. Best ! Kita ? Ye si tua tua ni. Bila raya nak kena melayan guest, tak sempat melaram dah kena cuci pinggan kat dapur (baju raya yg vougue2 tu bawak kedapur jugak), busy topup kuih, bagi duit raya, jaga anak sedara, melayan anak buah. Er, apa lagi. Semua kerja sehingga lah, menjadi anggota sukarela di kala open house. Tiada kata paling indah melainkan penat. Haha.

2) Makin nak dekat raya lagi lah busy hoyy. Nak lap tingkap, memasak, mengemas, buang habuk yang setahun sekali bersihkan tu (time nak raya setahun sekali je), buat ketupat, isi kuih, iron baju untuk keluarga (sigh -.-'). Pagi raya dan raya first paling exhausted. Nak senyum pun tak larat. Masa kanak2 takyah fikir pun. Pagi raya celik mata, mandi- pommmmm --> bertukar jadi orang paling gembira takyah puasa, boleh pakai baju baru semua ! 

Okeh macam dah banyak je, Dah tu je kot. Kalau korang nak share pengalaman korang, tinggalkan lah kat comment ye.

** note: maaf kalau ada antara ayat2 yang kurang enak. Tiada di tujukan untuk sesiapa, hanya luahan.

** Sebenarnya makna puasa tu ada di hati masing2. Macam mana pengisiannya, macam tu lah result dia. Baik, baiklah. yang kurang tu, hasilnya kurang jugak. Jangan salahkan Ramdhan yang kurang indah, tapi mari lah muhasabah lah amalan dan ibadah kita. Cukup berusaha ke kita nak rebutkan keberkatan bulan mulia ni ?

Akhir sekali, Salam Ramdhan Al Mubarak. Semoga sempat meraikan dan menjalani Ramadhan penuh barakah ni dengan sempurna dan dipenuhi ibadah. Mari kita sama2 set kan goal yang positif. Perbanyakkan amalan sunat dan kurang kan perkara yang lagha. InshaAllah, ameen :-)

( luvpinkja, 0312 )
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...