Followers

About Me

My photo
Johor Bahru | Mersing, Muslim, Malaysia
Walking freely wasn't a warranty for you can run.

Pages

Sunday, June 14, 2015

Muak

Assalamualaikum..
 
Berhentilah tabur harta dan duit jika kasih sayang yg kau dambakan.
 
Berhentilah menabur kasih sayang jika perhatian murahan yg kau harapkan.
 
Banyak cara lain boleh buat untuk nampak diri lebih berharga, jangan mintak diri dihina dan menyesal setiap masa.
 
Kebahagiaan dan kasih sayang yg ikhlas berkekalan suatu anugerah yang tidak boleh dipaksa apatah lagi dibeli.
 
Jika kau menang dengan duit, tak bermakna kau juara dalam kebahagiaan kalau hati sendiri mintak dirobek bila didamba dikala perlu.
 
Usia makin menginjak dewasa tapi tidak selaras dengan kewarasan akal dan tingkah laku. Mengapa ? Kerana remote iman kita masih pada makhluk iblis bukan kita sendiri yg kawal. Astaghfirullahalazim.
 
Pertolongan bukan satu objek atau kemegahan yg perlu dijunjung dan dicanang setiap masa. Biarkan ia menjadi saham akhirat, inshaAllah.
 
Terima kasih Allah atas peluang muhasabah diri ini walau dengan cara yg tidak tahu duduk benarnya.
 
 
''Jika orang bertanya bila kah anda mahu menikah ? Bolehkan kita membalas pertanyaan dengan bilakah anda akan meninggal dunia''
 
( luvpinkja, 0312 )
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...