Followers

About Me

My photo
Johor Bahru | Mersing, Muslim, Malaysia
Walking freely wasn't a warranty for you can run.

Pages

Sunday, November 29, 2015

Tips ibu muda/anak pertama

Assalamualaikum..
 
Hai nak share sikit nasihat untuk adik-adik (??) muda kat luar sana. Yang baru bersalin ke tengah pregnant ke tengah plan nak pregnant ke boleh baca. Ini berdasarkan pengalaman sendiri k. So aku quote "(Nana, 2015) " je k !
 
1. Rajin bertanya (jangan sampai jadi minah kepoh pulak eh. Tanya yang betul perlu je). Tanya pada orang yang boleh dipercayai. Yang dah ade pengalaman. Lagi elok orang yang baru bersalin ke, anak kecik ke, so that dia masih fresh lagi dengan apa yang berlaku.
 
2. Tolong rajin membaca. Sekarang semua hujung jari gais. Taip 'cara susu kan bayi buat pertama kali' pun boleh keluar bermacam blog dan jawapan. Tak guna duit dan details korang pun. So baca, pahamkan, compare, filter. Ambik yang meyakinkan & tak mengarut.
 
3. Amalkan baca surah Maryam (baca tafsir dia pun lagi bagus so korang paham apa yg korang sebut & doa tu).
 
4. Prepare & tulis untuk si pelupa macam aku. Kang baca dah, Tanya dah, pastu lupaaaaa. So tulis lah. Kat phone punya notes ke (mobile lagi senang), kat buku comel ke kat belog ke.
 
5.Dapatkan maklumat lengkap untuk penjagaan. Semasa mengandung, sebelum bersalin, semasa bersalin, selepas bersalin, semasa berpantang. Jangan jadi macam aku, sibuk focus nak mudah bersalin, terlepas pandang keperluan semasa berpantang (selepas bersalin). Rupanya banyak yang tak tahu persediaan lepas bersalin. Nak recover juga sakit dan perlu kesihatan yang baik ye sayang? Bukan lepas deliver dah boleh berjoget senang hati. Aku dalam 3  minggu jugak baru luka jahit tu meyakinkan. Dah lah tak prepare untuk sakit lepas bersalin (nak recover), so agak stress masa tu. So korang prepare awal k ! Korang boleh ! Even proses pengecutan rahim tu sangat lah mencabar -___-'
 
6. Jangan over excited. Banyak berdoa dan percaya pada qada qadar Allah swt.
 
Alaaa dah pukul 5pm ! Nak balik dahhh. Nanti lah sambung lagi.
 
Assalamualaikum
( luvpinkja, 0312 )
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...