Followers

About Me

My photo
Johor Bahru | Mersing, Muslim, Malaysia
Walking freely wasn't a warranty for you can run.

Pages

Monday, January 11, 2016

Tips Membeli Keperluan Anak Pertama (beserta checklist)

Assalamualaikum..
 
Harini aku nak share sikit tips untuk shopping barang baby dan mommy yang bakal bersalin anak pertama. Persediaan ni boleh buat seawal 5 bulan (yang bajet sikit-sikit) dan bulan ketujuh pon ok. Kalau nak tunggu 39 minggu baru nak shopping pun takpe jugak. Aku tak heran pon. Tapi kalau ditakdirkan korang bersalin minggu ke 32, goodluck lah untuk husband korang yang bakal jadi superdad untuk lengkapkan keperluan korang dan baby. Haha. Since ramai kawan-kawan aku yang tengah pregnant dan baru pregnant (termasuk cousin dan besties tersayang Shasha & Roza) nah aku buatkan reference untuk korang. Reference je bukan unuk ditiru dan dipatuhi.
 
Tips:
 
1. Harga dan bilangan hanya anggaran. Kalau korang boleh dapat lagi murah, baguslah. Kalau korang mampu beli lagi mahal, why not ? Haha
 
2. Nanti nak pergi hosp untuk bersalin, please pakai tudung instant saje. Selesa inshaAllah. Takyah lah belit-belit shawl, kang tengah sibuk stress nak meneran terbelit leher kang sape susah ? Hewhew
 
3. Untuk sabun, wet tissue, bath foam kalau boleh cari lah yang khas untuk newborn baby. Or else, cari yang takde pewangi. Sabun basuh baju baby aku suggest beli kat cosway tu, Wangi ! Ala-ala bau baby.
 
4. Semua jenis kain-kainan yang baru beli, please basuh ! Beli awal kan ? Basuh  lepastu baru kering kan & lipat siap2. Semua ye termasuk stoking yang cenonet tu.
 
5. Buku merah please standby all the time dalam handbag (korang tak boleh expect bila akan deliver), especially 28weeks ++.
 
6. Nak beli barang jangan lah beli sekali gus. Beli sikit-sikit. Start dari 7 bulan, beli sikit. 8 bulan beli lagi. 9 bulan beli lagi. Masa aku, lepas deliver baru beli set berpantang & certain items. Bukan sekali gus semua ni. Tak mampu tenaga dan budget. Better, baju-baju beli lah awal sikit sebab nak basuh & kemas kan ?
 
7. 3 beg tu sila siapkan once dah masuk 7 bulan. Simpan kat bonet. Tak salah prepare awal. Especially kalau korang taknak susahkan husband korang kelam kabut cari barang-barang engko time korang kat ward (in case tetiba dah kena admit, sape nak packing kan ?) Or erti kata lain, kalau korang nak suami sentiasa disisi masa korang tengah nak bersalin (yelah, kang kau dah sakit nak bersalin, suami baru kelam kabut cari baju engko, baju baby, pad kat laci mana satu, buku merah kat peti besi yang mana), siapkan jelah awal. Nak jadi mommy kena well-planned tau ?
 
Ready ?




Korang boleh print out & mark kat checklist tu. Please feel free to do so. Sharing is caring.

**Tak semua orang perlu barang-barang yg aku list kan, dan tak semua barang kena beli. 

Macam aku, jujur cakap, alhamdulillah Harith murah rezeki. Baju-baju, carrier, tilam bantal, powder2 ke toiletries banyak orang hadiahkan. Baby cot, bouncer pun takyah beli. 

8. And then macam barut-barut, bedung, tu kalau boleh diy, diy jela. Takyah beli readymade, pricey sikit. 

9. Dan pesan aku, untuk newborn takyah lah beriya beli 10 helai setiap jenis. Berpada lah. Eventhough excited anak first. Simpan teruja tu untuk baby dah besar sikit. Gambaran aku, nb baby ni kan masa lahir sampai 2 bulan at least, akan berbungkus berbedung most of the time. So takyah lah baju mickey mouse 18helai, barut gambar kucing arnab siput semua tu. Boleh kalau nak juga, tak tahan geram sebab comel kan ? Beli lah sehelai dua. Tapi taknampak pon bila dah bedung ! Haha. 

Checklist tu ade versi pdf, tapi aku taktau cemana nak up kat sini. So kalau sesape nak boleh email aku k ? norazrina0312@yahoo.com atau drop email korang kat sini, aku emailkan for free :-)
 
Daaaaa
 
Assalamualaikum
 
  
                              ( luvpinkja, 0312 )


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Sunday, January 3, 2016

Cameron Highland 2015 (Tips)

Assalamualaikum..
 
Entry ni bakal berterabur ye susunan dia. Gambar ke bebel ke tips ke complaint ke, so korang ready lah susun sendiri. Sebab nya, takde sebab apa-apa pon. Cuma aku rasa banyak sangat nak share. Haha
 
Aku pergi CH ni cuti krismas haritu. Sebenarnye aku tak cuti pon (well said, imma in hotel-line kan), ponteng je. Ni plan dengan family Shahrull ni. Dah mak pergi sekali kan, kalau aku kerja takkan nak bawak Harith sekali tolong jawab walkie talkie. So aku ikot lah (alasan). Trip ni 23-26 Disember 2015.
 
CH time ni memang nokharom pack gilaaaa dengan manusia kenderaan tayar hangit dsbg. Jauh beza masa aku pergi 2012 dengan 2014 (eh hampir setiap tahun aku pergi CH ek?) Haha.
 
So tempat yang top untuk dilawati ialah:
 
1. Sungei Palas Boh Tea Plantation
Yang ni aku rasa semua orang pegi Cameron pon mesti aim nak pegi sini ambil gambar fefeeling ombak rindu. Banyak je ladang teh lain, tapi sini yang famous. Nak pergi ke sini jalan agak sempit, kalau selisih dengan bas memang kena berhenti tak muat jalan. Kalau lucky boleh tengok orang proses teh, then makanan kat sini agak pricey. Nasik lemak RM4.75 sen. Dah datang sini wajib ah korang minum teh yang fresh sambil duduk layan view ladang teh. Memang umphh ! Cantik sangat view kat sini. Kalau tak hujan, amek lah seat kat area anjung café dia. Open sikit. Tambah lagi umphh !

View paling best ialah view Harith menangis :-)

Part ni lemah sikit lah: Mendaki dari parking ke atas. Fuh !

Ni je angle terbaik yang kitorang dapat. Penuh manusia oi kat birai ni ! Harith masih tidur.

Jenuh mendongak ! Haha. Big breakfast here.

Bukti berada di Sungei Palas.
2. Kea Farm
Tempat shopping bunga, strawberry (jangan beli strawberry kat strawberry farm, mahal), madu, souvenir, sayur fresh, keychain. Ni memang spot yang murah lah compare dengan tempat lain. Lagi situ jimat sikit masa boleh beli semua dalam satu tempat. Bukan apa, CH ni masalah dia parking lah, jalan sesak pulak tu kalau peak season. So mudah kan kerja kalau singgah satu tempat je. Harga teh brand Cameron Valley pun kat sini antara yang termurah. RM9 per box je range dia. Traffic most of the time berjaga kat sini dan sedia saman. Sebab kalau dia tak jaga, penuh orang double park tepi jalan. Kang mula jem sampai Brinchang. Ni lah tempat punca segala jem. Sebab kea farm ni tepi jalan. Kalau lagi jahat, Raju suruh park kat tempat dia bayar RM10 (gila ), dah lah naik bukit tinggi nak arwah !
Macam masar tani lah view dia. Tapi semua kedai best ! Sebab banyak bunga, fresh veg dan strawberry.

Ngepaw si Shahrull untuk beli bunga ros. Sooooo perempuan kan ? #ThanksShahrull melayan wife ni

Fav Shahrull lah ni mentang-mentang pegang action cam. See guys, belon pon ade jual.

Hasil tangkapan. Semua fresh ! Power power
 
 
3. Lavender Farm (eh farm ke apa ek nanti aku check gambar)
Haa sini yang menarik nya adalah lavender yang warna warni dan banyak-banyak. Aku bukan minat tengok bunga lavender tu. Kalau bau lavender aku suka lah. Aku harap bunga yang warna warni tu wangi lah, malangnya tidak. Hahaha. Sini dating untuk bergambar jelah, pastu kat atas (penat mendaki weh) tu ade sourvenir shop. Tapi lawa jugak lah bergambar dengan selambak lavender tu. Hewhew
Lambakan lavender (takde bau) sebagai background

Somput mommy bawak CeHarith nak sampai atas ni


4. Rose Valley
Haa sini aku suka lebih sikit ! Sebab banyak rose wangi-wangi. Betul ! Jalan-jalan sikit, cium bunga. Jalan sikit, cium bunga. Entranc fee RM6/adult. Senang je pergi sini, park tepi jalan, takyah banyak mendaki, tempat pun simple untuk bergambar.
Mommy & ayah fefeeling honeymoon ouhh time ni anak ntah kat mana-mana lah kena kidnap. Haha

Tak sedar diri mommy & ayah bercamwhore bila anak takde.

Mosty bunga kat sini ade bau. Wangi-Wangi !

Bukti datang time krismas. Haha

Layankann si kuda putih tu ha. Apa kau ingat unicorn ? hoh

Ade swan-swan gittew

Ouh Harith dengan nenek rupanya. Penuh ha bunga nenek selit. Jangan jadi mat bunga macam ayah sudah nak.

Macam bentuk apa ?


5. Big Red Strawberry Farm
Kat CH banyak je strawberry farm. Tapi ni antara yang terfamous lah. Ade jugak tempat Si Raju tu, tapi bagi aku situ takbest. Haha. So kat sini boleh nak fefeeling petik stoberi. Ade limit dia, satu bakul 2 orang je, 500g RM25 kalau tak silap. Kalau aku silap maknanya korang kena tipu. Haha. Nasihat aku, takyah lah pegi sini time peak season. Silap-silap tak dapat nak petik stoberi weh. Dia closed sebab stoberi habis kena petik dengan manusia jakun tak penah petik stoberi. hahahahaha. Kat sini purpose dia bukan nak beli strawberry dia sebab fresh baru petik (semua kedai yg jual strawberry kat CH ni fresh ok !, tak fresh dia buat dry fruit), lebih kepada nak bergambar petik strawberry je. Baru lah bukti kukuh pergi Cameron highland ye dak ? Kalau setakat nak beli strawberry fresh balik beli kat Kea farm, blah belakang-belakang tu. Murah. Pastu kat sini jugak ade jual waffle, sundae, biskut, coklat. Agak pricey. Aku pergi time krismas, 25hb petang pukul 4pm camtu, dah closed. Dia cakap datang besok lah dia open semula (nasib aku tak pergi last day, kalau tak nganga). Tapi rupanya nasib tak berapa baik jugak ah, esok nya pukul 10am sampai kat tempat ni, dia cakap dah closed jugak, sebab since 8.30am orang dah beratur (???). Awal nya manusia nak petik strawberry ni bangun ! HAHA.
Nak dekat sejam que tunggu menu minum petang. Punya lah ramai manusia -.-

Dan akhirnya Harith masih tido setelah sehari berjalan.


6. Pasar Malam Brinchang
Haaa part ni best. Sebab nya apartment yang kitorang stay berdepan je dengan pasar malam. So boleh jalan kaki (dan semput teruk) je untuk pegi sini tiap-tiap malam cari lamb chop. Sedap ok ! RM15 je. Boleh bayang kan, malam-malam sejuk sejuk tu, makan lambchop panas2, awesome ! Kat pasar malam CH je aku penah jumpa orang jual lambchop, rusa chop pon ade. Rusa RM20, tapi rusa liat sikit.

7. Nik Ikan Bakar, Brinchang
Port untuk dinner. Lauk dia boleh tahan lah, servis laju ! Harga tak mahal sangat tapi tak murah sangat. Rasa & portion memuaskan. Kitorang order tomyam campur, siakap stim limau, siakap 3 rasa, kalian ikan masin, telur bungkus, sotong celup tepung (semua untuk 2 set), include air total RM200 ++. Kedai dia kalau peak season agak ceruk sikit nak cari.
Ni je gambar habis baik yang dapat sebab semua lapar. Ade aku kesah gambar vibrate ? haha


Semua tempat yang aku list ni boleh cari guna waze. Better check waze siap-siap, ingat jalan dan arah. In case tengah jalan lost internet connection, korang bleh buang masa lebih 2 jam untuk patah balik semula.

1. Rancang perjalanan korang supaya tak bazir masa. Macam aku yang dah tahun ketiga pergi sini ni, berjaya pergi ke semua tempat di atas dalam masa satu hari je (Krismas day) okay ! Keluar 8.30am, balik 8.30pm dah siap dinner.

2. Decide awal, tempat apa nak pergi, jangan pergi tempat yang sia-sia. Contoh, datang CH dengan kawan-kawan, pastu pergi cactus valley (untuk bukan pecinta kaktus macam aku), macam tak menarik langsung ! Haha

3. Define tempat untuk membeli belah. Jangan ade yang terlepas tempat yang dah pergi baru teringat nak beli sorvenir lah apa lah. Contoh, nak beli daun teh kat Sungei Palas, tapi baru teringat nak masa kat kea farm. Memang takpayah lah kau travel semula ke Sungei Palas. Jauh amat !

Contoh aku:

Stay kat Crown Imperial Court apartment, Brinchang.

8.30am pergi straight to Sungei Palas Boh Plantation, perjalanan dalam 45mins-1 jam lah bajet. Sampai sana breakfast, duduk jap, amek gambar, tengok orang proses teh, sampai pukul 11.

11.00 teruskan perjalan bergerak ke lavender farm. Dalam 20-30 minit perjalanan. Sampai sana bajet dalam 1 jam 30 minit untuk bergambar dan berjalan.

1.00pm gerak ke Rose Valley (patah semula arah ke Brinchang). Dalam 10-15mins perjalanan sebab dia terletak antara simpang ke sungei palas dan lavender farm. Kat sini spent sejam pun cukup dah.

2.30 gerak ke Kea Farm. dalam 30 minit perjalanan. Spent lebih kurang 2 jam kat sini.

5pm gerak ke Big Red strawberry. Dalam 45 minit sampai situ. Spent dalam 1-1jam 30 minit. Yang ni bawah pada Brinchang dah. Bawah sikit dari Crown Imperial Court.

6.30pm balik makan kat Nik Ikan Bakar.

8.30 selesai dan balik rehat ! Sape nak pergi pasar malam boleh sambung ke sana.


 
 
( luvpinkja, 0312 )
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...