Assalamualaikum..
Harini aku nak share sikit tips untuk shopping barang baby dan mommy yang bakal bersalin anak pertama. Persediaan ni boleh buat seawal 5 bulan (yang bajet sikit-sikit) dan bulan ketujuh pon ok. Kalau nak tunggu 39 minggu baru nak shopping pun takpe jugak. Aku tak heran pon. Tapi kalau ditakdirkan korang bersalin minggu ke 32, goodluck lah untuk husband korang yang bakal jadi superdad untuk lengkapkan keperluan korang dan baby. Haha. Since ramai kawan-kawan aku yang tengah pregnant dan baru pregnant (termasuk cousin dan besties tersayang Shasha & Roza) nah aku buatkan reference untuk korang. Reference je bukan unuk ditiru dan dipatuhi.
Tips:
1. Harga dan bilangan hanya anggaran. Kalau korang boleh dapat lagi murah, baguslah. Kalau korang mampu beli lagi mahal, why not ? Haha
2. Nanti nak pergi hosp untuk bersalin, please pakai tudung instant saje. Selesa inshaAllah. Takyah lah belit-belit shawl, kang tengah sibuk stress nak meneran terbelit leher kang sape susah ? Hewhew
3. Untuk sabun, wet tissue, bath foam kalau boleh cari lah yang khas untuk newborn baby. Or else, cari yang takde pewangi. Sabun basuh baju baby aku suggest beli kat cosway tu, Wangi ! Ala-ala bau baby.
4. Semua jenis kain-kainan yang baru beli, please basuh ! Beli awal kan ? Basuh lepastu baru kering kan & lipat siap2. Semua ye termasuk stoking yang cenonet tu.
5. Buku merah please standby all the time dalam handbag (korang tak boleh expect bila akan deliver), especially 28weeks ++.
6. Nak beli barang jangan lah beli sekali gus. Beli sikit-sikit. Start dari 7 bulan, beli sikit. 8 bulan beli lagi. 9 bulan beli lagi. Masa aku, lepas deliver baru beli set berpantang & certain items. Bukan sekali gus semua ni. Tak mampu tenaga dan budget. Better, baju-baju beli lah awal sikit sebab nak basuh & kemas kan ?
7. 3 beg tu sila siapkan once dah masuk 7 bulan. Simpan kat bonet. Tak salah prepare awal. Especially kalau korang taknak susahkan husband korang kelam kabut cari barang-barang engko time korang kat ward (in case tetiba dah kena admit, sape nak packing kan ?) Or erti kata lain, kalau korang nak suami sentiasa disisi masa korang tengah nak bersalin (yelah, kang kau dah sakit nak bersalin, suami baru kelam kabut cari baju engko, baju baby, pad kat laci mana satu, buku merah kat peti besi yang mana), siapkan jelah awal. Nak jadi mommy kena well-planned tau ?
Ready ?
Korang boleh print out & mark kat checklist tu. Please feel free to do so. Sharing is caring.
**Tak semua orang perlu barang-barang yg aku list kan, dan tak semua barang kena beli.
Macam aku, jujur cakap, alhamdulillah Harith murah rezeki. Baju-baju, carrier, tilam bantal, powder2 ke toiletries banyak orang hadiahkan. Baby cot, bouncer pun takyah beli.
8. And then macam barut-barut, bedung, tu kalau boleh diy, diy jela. Takyah beli readymade, pricey sikit.
9. Dan pesan aku, untuk newborn takyah lah beriya beli 10 helai setiap jenis. Berpada lah. Eventhough excited anak first. Simpan teruja tu untuk baby dah besar sikit. Gambaran aku, nb baby ni kan masa lahir sampai 2 bulan at least, akan berbungkus berbedung most of the time. So takyah lah baju mickey mouse 18helai, barut gambar kucing arnab siput semua tu. Boleh kalau nak juga, tak tahan geram sebab comel kan ? Beli lah sehelai dua. Tapi taknampak pon bila dah bedung ! Haha.
Checklist tu ade versi pdf, tapi aku taktau cemana nak up kat sini. So kalau sesape nak boleh email aku k ? norazrina0312@yahoo.com atau drop email korang kat sini, aku emailkan for free :-)
Daaaaa
Assalamualaikum
( luvpinkja, 0312 )
No comments:
Post a Comment