Followers

About Me

My photo
Johor Bahru | Mersing, Muslim, Malaysia
Walking freely wasn't a warranty for you can run.

Pages

Sunday, March 27, 2016

#ShahrullHarith5Months

Assalamualaikum..

Hai korangggg !

Setakat 5months ni Harith ade improvement jugak lah dari segi tumbesaran dia. Eh ayat mommy, bombastik sangat.

1. Dah masuk ke stadium support JDT ! Haha takde makna nya wey dia support. Baby kecik ni bukan tau apa. Ayah dia yg semangat sangat train anak bujang tentang football.



2. Dah mula ketawa mengekek-ngekek. Especially bila ayah dia yg agah. Mommy agah macam tak menarik sangat, lambat nak ketawa. Well, mommy ok je.

3. Dah pandai menangis yg subhanallah. Menguji sungguh. Mana Harith belajar pun mommy taktahu.

4. Pandai mejerit ! Yang ni comel pun ade risau pun ade. Sebabnya ? One night before Harith demam, dia bergalak menjerit. Esoknya demam takde suara. Haihhhh trauma mommy.

5. Ha point panjang sikit. Nak cerita Harith punya kronologi demam. Seminggu kot demam ! Dari lahir sampai umur 5 bulan (end of 5 months, org kata nak beralih bulan. Entah), ini first time sakit. Tapi sekali sakit, pakej terus. Demam, batuk & sakit tekak (sama macam penyakit tahunan mommy). Kesian sangat masa ni. Badan panas sangat. 3 kali pergi klinik, 2 kali check darah. Doktor kata demam biasa & darah ok, alhamdulillah. Tapi yang sedih sebab hari ketiga & keempat Harith demam, mommy pulak demam dengan batuk tahap final stage. Tahap yang dua hari takboleh pegang & jaga Harith. Sobssssss (nenek & ayah Harith sangat membantu time ni). Shahrull pun gagah jugak lah jaga dua2. Tidur diapit kiri kanan sakit & batuk. Thanks B ! Macam-macam cara cuba untuk Harith. Taktau mana satu yg berkesan. Hari kelapan baru sembuh. Dah cuba lemon bath 2-3hari, garlic oil & steam w percussion, jaram kepala dgn air asam, tuam kepala most of the time utk turun suhu. 

6. Masih belum pandai meniarap/merangkak. 

7. Melonjak setempat. Ha yang ni Harith power. Semput kot melayan Harith terlonjak-lonjak. Hehehe

8. Tangan dah pandai genggam mainan (teether).

9. Dah pandai duduk dalam walker tapi tak bergerak lagi.

10. Boleh telungkup, tapi still tak pandai balance/support tangan.

11. Suka gonyel tangan/jari masuk mulut.

12. Menyusu masih 4-5oz per session (mommy taksabar tunggu upgrade, nak pakai botol susu baru yg cantik ! Haha)

13. Pandai fokus pada tv/handphone (layan didi & friends)

( luvpinkja, 0312 )
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...