Assalamualaikum
Hello ! Hai !
Cik Nana nak share kisah sedih suka duka si Faris dan Apam polkadot. Eh tak memasal nama Faris sangkut! (Faris adalah anak sedara Cik Nana). Haruslah nama dia dikaitkan sebenarnya.
Semua angkara beliau !
Dia yang mengidam sangat nak apam polkadot. Kat Mersing ni bukan senang nak cari apam polkadot anytime (maksudnya, selari dengan nafsu mengidam Faris. Bila dia nak, time tu jugak nak ada depan mata. Ah anak kecil tahu apa dia)
Jadi, lepas jeling resepi yang sedia ada ala kadar (seriously lah pun ala kadar), sebab pada mata dan fikiran naiss Cik Nana ni, apam polkadot hanya lah apam enteng. apam tepi jalan. apam yang boleh pejam mata buat. Alahai, apam kecik gitu kan ?? Apa lah sangat.
Okeh, resepi ada dah, semua menjamin kegebuan katanya.
Kata nya lah kan. Mari kita cuba lah. Ayuhhh !
Dengan gigih Cik Nana bancuh dan buat apam, (masa ni Faris tido petang, dengan harapan, dia celik mata nanti kembang kempis lah hidung Cik Nana dapat tayang apam polkadot depan si kecil. Nampak lah berlagak riak takbur si mak sedara ni buat apam. Apam enteng lah kata kan). Nanti kauu.
Krikkk kriikkk krikkk
Sila baca dengan teliti.
Apam polkadot 1st trial turn to brownies terlebih air. Eh bukan, mungkin jadi jemput2 kecut.
Bukan ! Bukan ! Patut dinamakan apam bantat saja (okeh rasa terhina)
Ia mengecut, melekat, tak gebu, tak naik.
Sedih dan kecewa.
Bertambah sedih dan ralat apabila si Faris bertanya
''Achu, mana apam polkadot yang Achu buat untuk Aisy?''
krikk krikk krikkkk
Macam2 alasan bagi dekat Faris (sebab kalau Cik Nana cakap pun bukan dia paham situasi itu). Suruh dia main kat luar. Suruh pergi depan.
Maaf Faris, Achu dah kecewa kan Aisy.
Akhirnya, keadaan tidak terkawal (hah dah macam tragedi berdarah kat Lahad Datu dah situasi dia)
Faris ke dapur dan bawak ke hall, satu tray yang penuh dengan apam bantat
-.-'
First ayat dia masa cuba tanggalkan papercup tu dari apam.
Amagaddd ! Cik Nana pegang kepala tanda stress.
''Yang ni sampul dia ketat'' (papercup melekat teruk pada apam)
Masa ni nenek, along dan aciq dia yang tahu keadaan sebenar hanya diam. Diam dan perhati.
Along berbunyi 'Aisy, apam yang ni terkena sumpahan. Tu dia jadi macam tu'
Faris buat danggg je, dan makan. makan. makan lagi.
Sampai habis semua apam yang filling coklat.
(Cik Nana buat filling strawberry and coklat. Faris tak suka filling strawberry, so dia makan yang filling coklat je)
Gulp !
Monolog si auntie: ' Faris ni jaga hati Achu ke hapee ? Umur Faris baru 3 tahun, April nanti. Mustahil. Mustahil. Orang umur doploh pun tak reti jaga hati. Ini pulak Faris ?'
So, Cik Nana assume, Faris betul2 lapar, dan Faris seorang yang supportive. Yeay !
But then,
Dia siap request lagi apam yang sama malam tu ! Amagaddd ! -.-
Nak lagi, nak lagi.
Fuhhh !
Tak kira, kena buat post moterm !
Jangan pandang apam polkadot sebelah mata lagi. Mereka bukan apam enteng.
Dah pompang kat twitter, mengadu nasib, bukak balik resepi2 dan baca feedback, testimoni, komen, tips
(full reseach !)
Finally,
Yada yaddaaaaaaa !
'' Gebu tak kak Pam ? ''
(Kak Pam = Si Apam Polkadot)
Alhamdulillah, misi berjaya, but still need improvement.
Next time Cik Nana share resepi ye.
Tata.
Thanks for comingg.
** Achu adalah panggilan Faris kepada Cik Nana
Aisy adalah nama pendek Faris
( luvpinkja, 0312 )
1 comment:
nampak sedap je=) huhu..rjinnya..
Post a Comment