Followers

About Me

My photo
Johor Bahru | Mersing, Muslim, Malaysia
Walking freely wasn't a warranty for you can run.

Pages

Sunday, April 28, 2013

Pancake Gebu, Mudah dan Lazat (ala McD)

Assalamualaikum

Rasa dah lama tak tepek resepi kat sini kan. 

Sebenarnya dah lama jugak Cik Nana tak ber-eksperimen kat dapur. 
Eh tak payah nak eksperimen sangat lah kalau setakat lempeng hoyy.

Kawan-kawan, ini lempeng bukan sebarang lempeng.
Jangan pandang enteng lempeng ku ini.


Ni Cik Nana kongsi kan resepi untuk korang ye. Pancake Gebuuuu !

3/4 cup susu (Fresh milk/apa2 susu cair)
2 sudu cuka
1 cawan tepung gandum
2 sudu gula
1 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh baking soda
1/2 sudu teh garam
2 sudu butter (cairkan)
1 biji telur 

itu sahaja ! simple kann ?

Cara-caranya :

1. Campurkan susu dan uka. Jadi nama dia sour milk (Biarkan 5 minit). Sambil tu boleh teruskan :
2. Dalam mangkuk lain, campurkan tepung gandum, gula, baking powder, baking soda dan garam.
3. Mangkuk lain lagi, pukul telur + butter (yang dah cair) + sour milk.
4. Tambahkan bahan (2) ke dalam (3), gaul rata sampai hilang ketulan yang tak di ingini.
5. Untuk dapatkan kepingan pancake yang sama besar dan tahap ketebalan, Cik Nana gunakan 2 sudu lengkung (yang biasa sudu plastik orang guna kat kedai makan tu, especially kalau makan tomyam, tau tak ek) untuk setiap keping pancake. Just nice lah bentuk dia. Kalau tak pun, guna 1/4 cup cawan untuk setiap keping.
6. Panaskan non stick pan, api sederhana, pastu curah kan bancuhan pancake korang tu. dalam 2 minit gitu, terbalik kan


Anda2 boleh refer gambar di bawah kalau confius acaner rupa kejadian melempeng :-)



Dua sudu ini yang saya maksudkan ye

Ini rupa atas pan once dah curah 2 sudu tu
dalam beberapa saat akan jadi lebih kurang begini

kemudian bila dah jadi macam ni, boleh terbalikkan

macam ni rupa dia bila terbalikkan, lebih kurang lah. intai dulu kalau tak pasti

warna dah kuning keemas-emasan, boleh angkat

stack kan atas pinggan ke piring macam ni
Yada yadaaaaa. boleh makan ! Curah syyrup atas dia, dan makan ikut kreativiti.

Selamat mencuba, Goodluck !



Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

1 comment:

Unknown said...

baru je lepas buat..hihihi sebab teringin sgt nk mkn pancake..resepi ni terbaik!! sedap!! gebussss!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...