Assalamualaikum.
Guys !
Inginkan Creamy Carbonara yang yumeyhh dan boleh makan banyak banyak ?
kenapa mesti banyak banyak ?
Sebab kalau korang beli yang dah siap, confirm seciput je dapat korang makan.
Duit kepuk2 ha terbang.
Ok macam ni.
Apa kata korang rajinkan diri try resepi ni.
Jaminan tidak akan kesal dan kecewa. HAHA
Mudah sahaja !
Bahan A: (untuk tumis)
1 biji bawang besar Holland, 2 biji bawang putih, *4-6 biji cili padi-kisar/tumbuk (kalau ska pedas, letak banyak2 lagi. kurangkan muak)
(suka hati korang lah nak chop ke kisar ke)
Bahan B:
2 biji tomato - potong dadu
150g daging ayam kisar
1 tin Prego Creamy Carbonara
1 tin Mushroom (jenama ayam brand pun okay)- hiris nipis
*1 tin Cambells Mushroom soup (optional,tanak letak pun takpe)
1 pack pasta Fettucini (Rebus dengan sesudu garam dan sesudu minyak masak. Kemudian tos kan)
Sosej - hiris nipis
4 keping cheddar cheese- potong2
1 cawan Fresh milk (250ml)
Serbuk oregano
Cara-cara:
Mula mula korang pegi rebus air sampai menggelegak, rebus fettucini ke angle hair ke small shell ke apa2 jenis pasta korang nak. then tos kan. Abaikan mereka seketika.
1. Tumis bawang besar, bawang putih dan cili api sampai naik bau wangi
2. Masukkan daging ayam kisar dan tomato yang dipotong dadu.
3. Setelah air ayam kisar tadi agak kering, masukkan Prego, cendawan, sosej, *campbells soup, dan kacau rata 5-10 minit, elakkan dan hapuskan segala ketulan2 yang tidak diingini.
4. Tambahkan susu dan kacau rata. Kalau rasa2 agak pekat, tambah sedikit air, kacau.
5. Masukkan cheese dan sedikit serbuk oregano, kacau 5 minit, tutup api.
Pejam mata, tarik dan hembus nafas, bukak mata, SIAP !
Haaa. kan senang. Cuba bagitahu part mana yang susah ?
All the best tau :-)
Kat bawah ni ada gambar2 untuk reference korang.
ini lah bahan2 yang dimaksudkan |
ye, ini cara nak rebus pasta |
gambaran untuk rujukan korang |
Yummeyhh ! |
( luvpinkja, 0312 )
3 comments:
terima kasih!!! Hikhik <3
creamynye.. mcm sedap.. kalo xletak tomato ok x? rasa masam x letak tomato tu?
Akeyla: welcome :-)
Amanie: Boleh je tak letak. tak masam sangat kalau letak pun :-)
Post a Comment