Followers

About Me

My photo
Johor Bahru | Mersing, Muslim, Malaysia
Walking freely wasn't a warranty for you can run.

Pages

Thursday, May 14, 2015

#ShahNanaJunior MGTT/Minum Air Gula tu apa ?

Assalamualaikum..
 
Entry kali ni agak ilmiah sikit ye kawan-kawan. So siapa yang masih lagi 'memburu imam', masih lagi stalk ex pakwe, yg masih lagi belum move on lepas break up, yg masih lagi cari geng/support kutuk haters, yg masih lagi belum bernikah, takyah lah sebok2 busy body baca ehh. Tak menarik pon entry ni untuk golongan macam korang. HAHA. Ni entry untuk bakal ibu yg betul-betul ibu (:
 
MGTT (modified glucose tolerance test) atau test minum air gula (bahasa pasor nya) ni adalah ujian yg perlu dilalui untuk ibu hamil untuk pastikan anda takde "kencing manis/diabetes ibu hamil/Gestational Diabetes Mellitus (GDM)". Kenapa ibu hamil ? Sebab ibu hamil yg sebelumnya sihat walafiat bebas penyakit ni boleh menjadi penghidap kencing manis secara tiba-tiba ketika mengandung disebabkan perubahan hormone masa hamil. Itu lah bahasa senang dia. Jadi kena lah minum air gula tu untuk tengok tahap darah dalam badan kita ni proses gula tu cemana. Kalau 'insulin receptor' kita tak well-functioned masa hamil tu yg buat result MGTT kita abnormal dan disahkan penghidap GDM. Japgi aku sertakan bacaan normal ke abnormal ek. Kalau dah ad GDM tu maka kena lah korang buat Blood Sugar Profile (BSP). BSP ni lagi scary dari minum air gula biasa tau. Sebab nya dalam sehari kena amek darah 4 kali tauu 8.30am, 11.30am, 5.30pm dan 8.30pm dan macam biasa ah malam tu kena puasa jugak start 10pm. Sadisssss -___-
 
Siapa yg kena buat MGTT ni ?
1. Ibu hamil dan
2. Berusia 25 tahun keatas (baru apply rules ni kot?) atau,
3. Family history ada kencing manis (contoh:mak) atau
4. Berat badan berlebihan
 
Bila kena buat MGTT:
Awal, pertengahan dan peringkat akhir kehamilan (1st  trimester, 2nd trimester & 3rd trimester), tapi ada yang kata cuma minggu ke 20 dan 28 sahaja (5 bulan & 7 bulan)
 
Prosedur MGTT:
1. Malam sebelum check up tu kena puasa start 10pm (makan & minum shj, nak bersama takpeeee takyah puasa HAHA)
2 Amek sample darah sebelum test
3. Then minum 1mug (200ml) air gula yg hakak nurse dah sediakan dgn penuh kasih sayang untuk korang. Rasa apa ? Em. Jujur nya rasa manis lahh tapi tak pekat macam air gula yg kita buat kat ghumah tu. Yelahh dia bukan pakai gula pasir biasa tu. Mana sama. Tapi takdelah keji sangat rasa dia. HAHA
4 Lepastu kalau nurse kt KK aku pergi ni, dia suruh balik dulu and datang semula lepas 2 jam untuk amek darah lagi sekali. (masih puasa takleh makan/minum: minum air masak sikit takpe dimaafkan)
5. Selepas 2 jam datang amek darah semula.
6. Pastu balik lah. Kalau ade yg tak kena degan result korang, klinik akan contact korang semula. Biasa nya takkan tau keputusan time tu pon. Pergi makan yg light2 dulu sebelum balas dendam puasa dr malam tadi k. Jangan lah terus bantai nasi kandaq, muntah kang padan muka. Makan la roti ke dulu, biskut ke.
 
Tips untuk elak muntah:
1. Masa minum tu, takyah lah nak berangan menyumpah KK/nurse yg suruh minum air gula tu (positif kan diri)
2. Teguk sekali banyak (aku teguk 3 kali je dah habis) so tak lah resap sangat rasa gula tu.
3. MIND SET kena power, jangan lembik ah.
Then kalau dah berjaya habiskan tanpa muntah, jangan nak bangga dulu. Sebab korang ada 2 jam untuk tahan diri dari muntah, dgn keadaan angin dalam badan yg menolak2 ke tekak tu. Eh saboooo jela.
4. Lepas minum tu seelok2 nya berehat je, baring.
5. Aku balik rumah & tidur je (sbb rumah dekat), Alhamdulillah tak muntah
 
Aku pernah muntah lepas sejam minum air gula tu (first minum). Makna nya tinggal lagi sejam nak check darah semula tu, aku tewas. Sadisssss. Masa tu aku poyo berlagak. Sementara tunggu 2 jam tu aku boleh pegi masuk office mcam takde pape, buat kerja renyah sana sini, stress sana sini, pastu takboleh handle, muntahh. Apa jadi dengan result aku ? Nonsense ! dan kena repeat minum. Ingat, kau mungkin berjaya tipu nurse yang kau tak muntah, tapi result kau tak mampu menipu seorang doctor (aku ah tu menipu nurse tu)
 
Result:
 
Fasting Blood Sugar (FBS):
(Sebelum minum air gula)
Normal : 3.0 mmol/L - 5.5 mmol/L
 
Result selepas minum air gula
Normal : < 7.8 mmol/L
Impaired : 7.8 mmol/L - 11.0 mmol/L
Diabetic : 11.1 mmol/L
 
Aku punya bacaan (masa yg menipu tu)
FBS: 3.5mmol/L
Selepas: 3.3mmol/L
 
**makin menurun, patut lepas minum air gula bacaan makin tinggi. Nurse cakap ok jeeee sebab bacaan selepas tu terletak pada bacaan normal. Dia tak kira yg sebelum kan ? Pola tak di ambil kira, memang lah ok. Sekali pergi refer doc, kantoi. Brrrrrrrrrr
 
So aku kena ulang minum air gula semalam dan Alhamdulillah tak muntah. Sebab lepas minum air gula aku balik rumah dan tidur sampai terlajak 2jam 20minit. Bhahahaha. Result taktau lagi. nanti aku share k ?
 
K lah, mengantuk pulak taip mende2 ilmiah ni. Ekekeke. Byeeeee
 
Assalamualaikum
 
**mana ada salah info tu harap maaf ye, mohon betulkan jangan ikot mende yg salah & tak baik.
 
( luvpinkja, 0312 )
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...