Assalamualaikum..
First of all aku nak ingatkan bahawa ini adalah tips atau nasihat atau bebelan dari ibu yang baru ada anak sorang (3m old). So terpulang korang nak ambil ke tak, terpulang nak percaya ke tak, terpulang lah nak jadi hantu atau buaya ok mengarut dahh -___-'
Antara info @ tips @ nasihat untuk ibu-ibu yang planning nak fully breastfeed anak secara eksklusif/halfway eksklusif (aku yang reka sendiri). Eksklusif bf je ada weh sebenarnya halfway takde.
Menyusu badan secara eksklusif = Menyusukan bayi dari lahir hingga 6 bulan secara lengkap. Tanpa setitis susu formula (fm-formula milk) dan air masak.
1. Pasang lah niat untuk menyusukan anak secara eksklusif seawal mungkin. Mungkin boleh set kan kat kepala since moment tengok two lines tu ! Hehe. Ye, niat yang paling awal sekali. Ia mempengaruhi. Kuat pengaruh niat & mind set ni. Nurses pun akan cakap cenggitu.
2. Jangan lah give up. Sentiasa bear in mind, 'kenapa mak aku dulu boleh bf kan aku, kenapa aku takboleh ? Adakah aku seorang mak yang tak sekuat mak aku?' Tapi mana yang mak dia pon tak bf, and consume fm since lahir, tapi berniat untuk bf kan anak, mungkin boleh alternative lain.
3. Sentiasa berdoa, berzikir. Antara doa nya;
" Ya Allah, permudahkanlah segala urusanku, perbanyakkanlah susu untuk anakku, dan permudahkanlah perjalanan penyusuanku mengikut syariat yang telah Engkau tetapkan...", Amin...
4. Mana yang bekerjaya tu, please please please, kalau anda banyak susu, sila lah kumpul ebm (expressed breast milk/susu yang dipam dan simpan sbg stok in future) since masa dalam pantang lagi. Sebab masa dalam pantang ni lah kita jaga makan betul-betul, so susu banyak sangat. Baby pun minum dalam 2-3oz je setiap sesi masa dalam pantang. Lepas susu sebelah, dia dah kenyang & tidur. So yang sebelah lagi boleh lah pump (or boleh juga pump masa baby tengah susu sebelah-serentak). Kena rajin sangat kumpul ilmu bf ni (google & tanya org kat whatsapp). Dah start kerja ni baru aku realized the fact is sooo true. Bukan aku tak ikot nasihat kawan supaya kumpul ebm masa dalam pantang, aku ikot k ! Selambak stok dapat. Tapi disebabkan tak cukup ilmu pengendalian ebm, habis semua stok masa pantang terpaksa dibuang. Sedih sangat time ni ! So korang jangan jadi macam aku k ! Memang rasa letih sangat masa dalam pantang, kalau boleh setiap saat masa free tu nak tido je (lagi-lagi kalau anak tido), tapi takpelah berkorban sikit untuk baby kan. Nanti kalau dah start kerja stok tak cukup, dah stress pulak.
5. Bila dah habis pantang, takde nya kita nak hadap sayur air, sayur sawi, taugeh & kunyah bawang putih (sumber milkbooster terbaik) ni lagi. Dah sibuk food hunting balas dendam makanan yang takdapat makan selama pantang tu (aku lah ni). So susu semakin merosot. So semakin stress. So semakin give up. So nak buat camneee ?
6. Masih ade cara untuk perbaiki. Dalami ilmu 'supply & demand'. Dimana ade susu keluar, disitu akan ade penghasilan susu. So kalau kau tak kerap bagi susu kat anak/tak rajin pump, maka signal untuk penghasilan susu juga makin sendu. Makin lama makin lah takde susu lagi. Tsk tsk tsk
7. Amalkan makanan sunnah selepas berpantang. Contoh: kurma, madu (banyak khasiat), minum susu kambing. Susu kambing boleh minum malam sebelum tidur dan pagi sebelum pergi kerja. Madu boleh tambahkan sesudu dalam air suam & minum setiap pagi. Kurma boleh buat snek masa kat office.
8. Banyakkan minum air masak. Mana nak datang susu kalau air pon kurang dalam badan. Simptom kurang air adalah bibir kering. Walaupun makin banyak korang minum air masak makin kerap ke tandas, takpe. Anggaplah anda manusia sangat normal. Hahaha.Tabahkan hati dan keep drinking plain water !
9. Persetankan idealogi sesat bahawa ibu yang menyuskan anak akan memiliki miss b yang kurang memuaskan. Nonsense ok ! Entah pape lah sempit punya mindset.
10. Menyusukan anak secara bf boleh membakar kalori okay ! Dan iolls maintain selim melim selepas bersalin walaupun makan nasik sehari 3 kali, dan kudapan setiap satu jam. Alhamdulillah.
11. Kenapa mesti nak keluar duit beli fm kalau anda boleh dapat sumber susu percuma ? :-D
12. Pilih pump yang anda suka ! Sebab semakin kita suka benda tu semakin selalu kita nak guna kan nya. Hehe. Ade macam-macam jenis pump sekarang, Spectra3 ada, Spectra m1 ada, nak yang simple ade Avent, pureen, dll.
13. Positif ! Positif ! Positif !
14. Ada pernah terbaca, baby yang consume susu mak ni susah kena penyakit. Wallahualam. So far Harith dari lahir sampai 3 bulan ni tak pernah demam atau selsema, atau batuk-batuk. Alhamdulillah.
15. Rajin monitor & study rutin baby. Waktu menyusu, duration menyusu, jumlah susu (ni kalau yang dah start ajar guna botol)
16. Always alternate kan (kena ingat) bagi susu sebelah kanan dan kiri. Kalau tadi bagi belah kanan, lepas ni bagi kiri pulak. Kalau korang lupa sekali terbagi belah kanan dua kali, pastu besok kang terlupa lagi kanan dua kali lagi, lama-lama nanti ia ( ?? ) akan dominan sebelah je yang produce susu. Sebelah kiri jadi pasif tak banyak susu. Dah tak balance size nanti ! HAHA. Dah korang jarang guna sape suruh ?
Eh sebelum taip rasa banyak sangat nak share. Dah taip rasa macam, halamak aih ni je ke aku nak share ek. Lupaaa !
Takpela boleh lah sedikit sebanyak harap membantu. Aku nak share banyak tapi masa nak menaip sampai jadi entry ni yang limited. So kalau nak share-share/tanya pengalaman/tukar pendapat aku, boleh direct whatsapp. Dalam tandas pon aku boleh reply ! HAHA
Sekian ! Terima kasih kerana membaca sampai habis.
( luvpinkja, 0312 )