Followers

About Me

My photo
Johor Bahru | Mersing, Muslim, Malaysia
Walking freely wasn't a warranty for you can run.

Pages

Wednesday, December 9, 2015

#ShahrullHarith2Months

Assalamualaikum
 
 
 
Hai. Saya Harith yang berusia 2 bulan :-)
 
Ok meh aku list kan apa yang berlaku masa umur 2 bulan ni:
 
1. Dah pandai ketawa ! hahahaha (senyum & sengih je sebenarnya). Makin lama makin macam2 bunyi Harith buat
 
2. Pandai nak berbual pagi-pagi (subuh). Masa ni mommy dah naik kerja dah. Harith tinggal dengan Nek Nab dia (Mak Shahrull).
 
3. Tido dah semakin normal. Malam je tido lah dia start dari lepas mandi petang tu. Bangun pun kejap-kejap je untuk menyusu & tukar diapers. Biasa nya lepas pukul 11pm tu dia bangun semula dalam pukul 2-3.30am untuk meyusu & tukar diapers. Lepas tu pukul 5.30am-6.30am dia akan bangun juga untuk susu.
 
4. Masih fully breastfeed. Cuma mix dengan indirect feeding. Yelah mommy dia ambitious & bekerjaya kan, kena lah bagi ebm kat Harith. Nasib baik Harith sporting & tak banyak songeh. Terima je apa ada nya.
 
5. Pakai botol susu NUK, Avent (natural) & Mimijumi. Tapi mostly bagi guna NUK. Dah lah design botol cantik-cantik ! Pink pon mommy bedal je. Takde lagi kajian kata anak lelaki minum botol pink jadi awww. Hewhew. NUK & Avent(natural) ni bagus sebab puting dia pendek (takdela sampai touch tekak baby), lembut (hmmmmm.. :-) ) sesuai untuk newborn. Mommy beli mimijumi sebab warna dia cantik (merah-coklat) & botol dia unik. Konon cover dia menyerupai skin mommy. Tapi mimijumi lagi sesuai untuk wean-off nanti lah which is Harith tak perlu kot sebab sekarang tak direct pun dia takpe. Apadehal janji kenyang. Bedal jelah botol apa jenis pon. Plus, puting mimijumi ni keras & panjang sikit. Nak wean off umur 2 tahun ok lah kot.
 
6. Pagi-pagi bangun lepas susu tu mesti mata terbuntang. Nak ajak berbual. Padahal bukan paham apa. Bukan pandai cakap pun. Tapi masa ni mommy yang excited berbual & agah-agah dia. Dapat tengok Harith senyum pagi-pagi tu macam bekal breakfast lah nak pegi kerja. Tapi kadang tu ade jugak buat perangai, muka cebik-cebik nak nangis bila mommy nak pegi kerja. Politik Harith lettew. Manjaaaaaa.
 
7. Semakin kurang popo. Sehari dalam 3-4 kali je. Normal 3 kali lah. Sehari tukar diapers dalam 7 kali je. Dah start pakai diapers size S. Fyi baby dah boleh stop guna diapers newborn bila dah mula kurang popo & lebih kerap cici. Sebab newborn punya diapers dicipta untuk mudah serap lembapan dilapisan bawah, dan najis akan stay dry kat bahagian atas (ada filter layer). Nb baby kan kerap popo, so dia akan rasa dry je sebab liquid akan difilter kebawah, so that baby takkan rasa melekit lekit/berlendir najis tu. Diapers size S dan keatas ni takde filter macam nb punya tu, baby pun dah kurang popo, jadi focus diapers adalah untuk menyerap liquid (urine) sahaja. Paham tak beza dia ?
 
6. Berat 5kg.
 
7. Masih berbarut & berbedung
 
8. Dah boleh tidur telungkup. Lena kalau tidur gini. Sebab dia suka tidur atas dada (when mommy or ayah have free time to pampered him this way). Tapi tidur macam ni kena monitor setiap saat. Sebab baby tak kuat lagi kan. Takut kalau muka dia tersembam nanti sesak nafas pulak (in case dia bergerak/alih tangan masa tidur). Tidur macam ni takyah lah dibedung, nanti cane nak tonggeng bontot gitu kan ? cane nak alas dagu dengan tangan (space untuk bernafas). Fungsi bedung kan taknak bagi baby terkejut-tersedar time tidur, tapi dengan tidur telungkup ni dia susah nak terkejut & terjaga terus sebab tangan dia tertindih, so dia diam-diam je lah. Hahaha
Tidur telungkup
 
9. Boleh tidur mengiring.
 
 
10. Kaki dan tangan sangat aktif. Gaya seakan-akan mengayuh. Ligat betul.
 
 
11. Time mandi Harith dah suka melonjak-lonjak. Kaki tak reti diam !
 
 
12. Rambut masih botak dibelakang. Orang kata cukur bantal. Mommy kata rambut tak tumbuh sebab Harith tak kuat angkat kepala lagi. Rutin harian pulak adalah baring, so cemana rambut belakang nak tumbuh kalau asek kempam. Kot ? Suka-suka je mommy keluar fakta.
 
 
13. Dah mula hisap mittens/jari kalau lapar. Yang ni pon mommy rasa comel sampai nak starlight dahi Harith. Hehehehe
 
 
14. Masih fit to newborn size shirts. Tapi dah sendat-mendat-sexy !
 
15. Dah mula mix susu formula (fm-formula milk) sebab susu mommy semakin merosot. Tsk tsk tsk. So far kitorang bagi Frisolac. Tapi sehari dalam 1-2 kali jela bagi fm. The rest still ebm (siang) & direct feeding (malam). Sorry anak ! -___-'
 
16. Mommy & ayah discover yang Harith tak suka sejuk (aircond & kipas). Hm hmmmm. Yang ni mencabar jugak lah rasa. Harith akan merengek atau nangis kalau dalam bilik hotel. Bila bedung & cover dengan duvet baru diam & tidur lena. Lepas mandi & sebelum pakai baju kena make sure kipas & aircond dah tutup. Tidur malam pun kena make sure Harith tak kena direct fan. Takyah kipas langsung pun takpe, dia tidur je walaupun peluh basah habis dah bantal & belakang badan dia. Apadehal. Mommy dengan ayah lah yang tercabar sebab kena berpanas sama.
 
Emm. tu je kot ?
 
Saje nak bagitau, setakat 2 bulan ni Harith dah ke Perak (ikot ayah ade sports programme & mommy jjcm) & Terengganu (mommy & ayah nak fefeeling jatuh cinta dulu-dulu). Alhamdulillah Harith takde masalah jalan jauh dan takde masalah telinga berdengung masa naik flight sebab mommy managed to bribe Harith with pacifier ! hahahahaha. (Berjaya lah kot sebab Harith tak ngamuk pun). Next time kena standby earplug untuk lebih selamat.
 
Nah ni aku belanja Harith buat muka comel dia. Abaikan suara mommy yg ketawa macam hareee itu. Haha
 
Background pantai tempat ayah & mommy main layang2 masa zaman bercinta
Pantai Batu Rakit :-)
K lah. Tak larat dah nak taip sejuk sangat office ni. Ngko dah kenapa tersampuk Harith tak tahan sejuk ? Haha. Sebenarnya aku syak Harith mewarisi aku, tak suka sejuk sangat.
 
Byeeeee
 
( luvpinkja, 0312 )
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...