Assalamualaikum
Wow akhirnya berjaya lengkap kesemua monthly update (walaupun ade 1m stuck, and delay2 ade aku kesah?) HAHA. Alhamdulillah
Lepasni maybe update by year je. So bermakna next update on Harith's growing is next year ! Untuk simple update korang tengok jelah ig aku norazrina_abdhamid ye. Eh ter promote puleks.
Ok utk 12m punya perkembangan adalah seperti berikut
- Harith start stepping at this age. Boleh 2-3 langkah menapak then dia malas or takut ntah, dia duduk. Lepastu merangkak je lebih. Suka hati dia lah. Aku tak paksa dia berjalan pon, risau tu ade jugak lah sikit sbb dia lambat berjalan. Tp risau takat tu jela. Pastu aku biarkan je dia merangkak sampai most of his pants dah naik lunyai/hitam kat bahagian lutut. If you know what i mean dear mommies :-)
- Makan ? Ha part ni susah betul sbb aku takde sistem yg molek lagi sekarang. Since Harith banyak pantang makan kan. So as long as makanan tu tak mengandungi bahan terlarang buat si #EczemaFighter, aku bagi je dia makan. Tbh memang nenek dia je yg banyak bagi makan; breakfast & minum petang/dinner. Sebab kadang-kadang aku balik kerja Harith dah siap makan nasi untuk dinner. So malam aku just bagi makan kudap-kudap mcm biskut ke roti. Tu je. Basically Harith just makan roti cicah air (breakfast) & nasi lauk ikan goreng utk lunch/dinner. Buah-buahan so far semua dia makan (tembikan, honeydew, betik, pisang)
- BMI masih normal alhamdulillah. Ideal kata orang. Tinggi dia aku tak sure (dan malas check buku biru sekarang), berat dia masih lagi range 8.2-8.4kg
- Bermain dah semakin ligat. Kalau korang google montessori box, Harith dah start masukkan shape2 tu kat dlm lubang semua tu. Main beads. Ha tu jelah mainan yg dia ade yg aku belikan. Aku mmg tak belikan dia mainan otomen, robot2, hot wheels ke teddy bear ke, no no. Bukan sbb kedekut, tp sebab aku paling taksuka tgk mainan dia bersepah. 1box tu je pon aku dah cukup semak. Hahaha. Just aku plan nak belikan lego utk dia and objek yg berbentuk haiwan2 realistik setakat ni. Tp ade je robot2 lah kereta mainan lah, mainan picit2, anak patung segala bagai kat rumah tu. Ade yg hadiah birthday, ade yg nenek/atok,uncle/aunty dia saje2 belikan. Rezeki.alhamdulillah terima kasih.
Em tu je kot ?
Ok byeee
Thanks for reading.
( luvpinkja, 0312 )
No comments:
Post a Comment