Followers

About Me

My photo
Johor Bahru | Mersing, Muslim, Malaysia
Walking freely wasn't a warranty for you can run.

Pages

Thursday, May 14, 2015

#ShahNanaJunior MGTT/Minum Air Gula tu apa ?

Assalamualaikum..
 
Entry kali ni agak ilmiah sikit ye kawan-kawan. So siapa yang masih lagi 'memburu imam', masih lagi stalk ex pakwe, yg masih lagi belum move on lepas break up, yg masih lagi cari geng/support kutuk haters, yg masih lagi belum bernikah, takyah lah sebok2 busy body baca ehh. Tak menarik pon entry ni untuk golongan macam korang. HAHA. Ni entry untuk bakal ibu yg betul-betul ibu (:
 
MGTT (modified glucose tolerance test) atau test minum air gula (bahasa pasor nya) ni adalah ujian yg perlu dilalui untuk ibu hamil untuk pastikan anda takde "kencing manis/diabetes ibu hamil/Gestational Diabetes Mellitus (GDM)". Kenapa ibu hamil ? Sebab ibu hamil yg sebelumnya sihat walafiat bebas penyakit ni boleh menjadi penghidap kencing manis secara tiba-tiba ketika mengandung disebabkan perubahan hormone masa hamil. Itu lah bahasa senang dia. Jadi kena lah minum air gula tu untuk tengok tahap darah dalam badan kita ni proses gula tu cemana. Kalau 'insulin receptor' kita tak well-functioned masa hamil tu yg buat result MGTT kita abnormal dan disahkan penghidap GDM. Japgi aku sertakan bacaan normal ke abnormal ek. Kalau dah ad GDM tu maka kena lah korang buat Blood Sugar Profile (BSP). BSP ni lagi scary dari minum air gula biasa tau. Sebab nya dalam sehari kena amek darah 4 kali tauu 8.30am, 11.30am, 5.30pm dan 8.30pm dan macam biasa ah malam tu kena puasa jugak start 10pm. Sadisssss -___-
 
Siapa yg kena buat MGTT ni ?
1. Ibu hamil dan
2. Berusia 25 tahun keatas (baru apply rules ni kot?) atau,
3. Family history ada kencing manis (contoh:mak) atau
4. Berat badan berlebihan
 
Bila kena buat MGTT:
Awal, pertengahan dan peringkat akhir kehamilan (1st  trimester, 2nd trimester & 3rd trimester), tapi ada yang kata cuma minggu ke 20 dan 28 sahaja (5 bulan & 7 bulan)
 
Prosedur MGTT:
1. Malam sebelum check up tu kena puasa start 10pm (makan & minum shj, nak bersama takpeeee takyah puasa HAHA)
2 Amek sample darah sebelum test
3. Then minum 1mug (200ml) air gula yg hakak nurse dah sediakan dgn penuh kasih sayang untuk korang. Rasa apa ? Em. Jujur nya rasa manis lahh tapi tak pekat macam air gula yg kita buat kat ghumah tu. Yelahh dia bukan pakai gula pasir biasa tu. Mana sama. Tapi takdelah keji sangat rasa dia. HAHA
4 Lepastu kalau nurse kt KK aku pergi ni, dia suruh balik dulu and datang semula lepas 2 jam untuk amek darah lagi sekali. (masih puasa takleh makan/minum: minum air masak sikit takpe dimaafkan)
5. Selepas 2 jam datang amek darah semula.
6. Pastu balik lah. Kalau ade yg tak kena degan result korang, klinik akan contact korang semula. Biasa nya takkan tau keputusan time tu pon. Pergi makan yg light2 dulu sebelum balas dendam puasa dr malam tadi k. Jangan lah terus bantai nasi kandaq, muntah kang padan muka. Makan la roti ke dulu, biskut ke.
 
Tips untuk elak muntah:
1. Masa minum tu, takyah lah nak berangan menyumpah KK/nurse yg suruh minum air gula tu (positif kan diri)
2. Teguk sekali banyak (aku teguk 3 kali je dah habis) so tak lah resap sangat rasa gula tu.
3. MIND SET kena power, jangan lembik ah.
Then kalau dah berjaya habiskan tanpa muntah, jangan nak bangga dulu. Sebab korang ada 2 jam untuk tahan diri dari muntah, dgn keadaan angin dalam badan yg menolak2 ke tekak tu. Eh saboooo jela.
4. Lepas minum tu seelok2 nya berehat je, baring.
5. Aku balik rumah & tidur je (sbb rumah dekat), Alhamdulillah tak muntah
 
Aku pernah muntah lepas sejam minum air gula tu (first minum). Makna nya tinggal lagi sejam nak check darah semula tu, aku tewas. Sadisssss. Masa tu aku poyo berlagak. Sementara tunggu 2 jam tu aku boleh pegi masuk office mcam takde pape, buat kerja renyah sana sini, stress sana sini, pastu takboleh handle, muntahh. Apa jadi dengan result aku ? Nonsense ! dan kena repeat minum. Ingat, kau mungkin berjaya tipu nurse yang kau tak muntah, tapi result kau tak mampu menipu seorang doctor (aku ah tu menipu nurse tu)
 
Result:
 
Fasting Blood Sugar (FBS):
(Sebelum minum air gula)
Normal : 3.0 mmol/L - 5.5 mmol/L
 
Result selepas minum air gula
Normal : < 7.8 mmol/L
Impaired : 7.8 mmol/L - 11.0 mmol/L
Diabetic : 11.1 mmol/L
 
Aku punya bacaan (masa yg menipu tu)
FBS: 3.5mmol/L
Selepas: 3.3mmol/L
 
**makin menurun, patut lepas minum air gula bacaan makin tinggi. Nurse cakap ok jeeee sebab bacaan selepas tu terletak pada bacaan normal. Dia tak kira yg sebelum kan ? Pola tak di ambil kira, memang lah ok. Sekali pergi refer doc, kantoi. Brrrrrrrrrr
 
So aku kena ulang minum air gula semalam dan Alhamdulillah tak muntah. Sebab lepas minum air gula aku balik rumah dan tidur sampai terlajak 2jam 20minit. Bhahahaha. Result taktau lagi. nanti aku share k ?
 
K lah, mengantuk pulak taip mende2 ilmiah ni. Ekekeke. Byeeeee
 
Assalamualaikum
 
**mana ada salah info tu harap maaf ye, mohon betulkan jangan ikot mende yg salah & tak baik.
 
( luvpinkja, 0312 )
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Thursday, May 7, 2015

#ShahNanaJunior (Waktu untuk scan awal kehamilan)

Assalamualaikum..
 
Pernah tak bakal-bakal mommy muda or yang tak muda tu terfikir macam ni:
 
''Esh awal sangat scan bukan nampak apa pun''
 
''Baby belum cukup sifat nak scan buat apa, tunggu lah 4-5 bulan nanti''
 
''Boleh start check/scan jantina baby nanti masa 6 bulan lah baru pergi scan''
 
Honestly, aku penah. HAHAHA
 
First time weh, apa tau.
 
Aku lagi lah siap berlagak tak bertempat depan doctor. Gini cerita dia.
 
Disebabkan ada expectation2 macam kat atas tu maka aku pon rilex2 je lah tak buat scan pon. Takde, takdeeee. Maksud aku scan sendiri kat klinik swasta lah, since mula-mula tahu pregnant sampai lah buat buku pink (12 minggu). Tak pernah pergi scan.
 
Kenapa nak kena scan kat klinik swasta ? Sebab kalau pergi klinik desa (memang takde alat scan) atau klinik gov memang takde perkhidmatan scan baby/kandungan sesuka hati.Diorang ade jadual diorang sendiri bila yang perlu scan nya (minggu ke 12 atau 14 kalau tak silap). Aku first scan kat Klinik gov masa 14 minggu. Itu pon doctor yg suruh.
 
Doktor: Ni first time scan ke ?
Aku: Aah
Doktor: (agak terkejut) Eh awak tak pernah scan langsung kat klinik swasta pon?
Aku: Aah doctor. Penyabar kan saya (berlagak gila weh)
Doktor: Penyabar tu satu hal, sebenarnya awak kena scan masa start tahu pregnant tu. Nak tengok kedudukan kandungan luar rahim (which is tak berapa normal) ke tak.
Masa tengah scan tu doctor cakap ''haa nasib baik ada (baby), kalau tak ?
Aku: Eh doctor ni. Jangan laah. Takut pulak rasa.
 
Lagi satu scan awal (lepas dapat tahu anda pregnant) ni jugak boleh detect sama ada kita ni mengandung anggur ke tak. Anggur ? Kidding me ??? HAHA. Serious weh orang dulu2 cakap mengandung anggur. Nama betul dia kehamilan molar. Ada orang tak penah scan langsung, tau-tau je dah 5 bulan, baru pergi scan, baby hilang. Takde. Doktor cakap scan taknampak baby. Sedih kan ? Its really happen. Maklumat lanjut pasal kehamilan molar boleh klik sini (Kehamilan molar/anggur). And lagi satu tujuan scan awal untuk periksa degupan jantung baby normal ke tak.
 
So korang rasa camne, penting ke idokk ? Usap perut tanya diri sendiri ok. Keputusan di tangan anda. Maksud scan kat sini bukan suruh pergi scan mahal2 scan 3D, 4D ke 5D tu. Scan 2D je dah cukup, dalam RM40-RM60 sekali scan. Then masa scan tu korang tanya lah apa yang korang patut tahu kat doctor tu. Contoh tanya doctor, stage sekarang ni apa saya perlu tahu & buat untuk baby ?, macamana keadaan kandungan saya ?
 
Sebab kadang-kadang kite ni kalau taktau, malu/takut nak tanya sebab takut nampak bodoh. Eh lantak lah doctor nak cakap kau noob ke lembap (kurang adab jugak kalau doctor cakap gini), kita bayar kot. Dia tak berani nya nak sound kau cenggitu. Bhahahahaha. So tanya jelahh. Kalau dia kata 'ok kedudukan bayi awak ni mengadap bawah sekarang', kau jawab lah 'sepatutnya dia ngadap mana? So kau boleh tahu lah kan kedudukan normal ke tak ke. Takpun doctor cakap haa baby awak ni sekarang panjang dia dari kaki ke kepala 11cm, Ok memang laah 11cm, tapi normal ke tak 11cm pada usia kandungan sekarang doctor ? gittew... Ekekeke. Mohon berilmiah sikit ibu-ibu gojes sekalian.
 
So dah paham dah ? Scan tu bukan semata mata nak check jantina dan rupa baby comel ke handsome ke hidung mancung ke tak ok ? Banyak kepentingan dia untuk keselamatan kita dan baby yang kita kandungkan. Sape taknak baby dia cukup sifat kan.
 
Ok lah tu je untuk entry scan scan ni. Nanti kalau rajin (kalau), aku update lagi pasal jenis2 scan dan waktu untuk scan semasa pregnant. Takpun korang rajin-rajin ah google sndiri k ? Banyakkan membaca. HAHA
 
Byeeeeee. Assalamualaikum
 
( luvpinkja, 0312 )
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Monday, May 4, 2015

#ShahNanaJunior (Pregnancy Test Kit)

Assalamualaikum..
 
Kali ni nak cerita pasal situasi awal tahu diri ni bakal jadi mommy.
 
Fyi, Alhamdulillah aku tergolong dalam kalangan wanita yang mempunyai pms (period) teratur. Setiap bulan 7-9 hari, dan datang setiap 28 hari cycle (awal or lambat plus minus 2-3 hari je). Buat orang yang dah berkahwin dan nak anak cepat akan tau lah betapa bahagia mempunyai pms yang teratur macam ni.
 
Aku nikah 25 Oktober 2014, anddd pms macam biasa je for the next November dan December (misi gagal, HAHA). Tapi masuk januari, pms dah lewat seminggu (sebenarnya sejak lewat sehari, dua hari, tiga hari, aku dan Shahrull dah sengih2 bangga dah. hahahahaha), dan mula lah dup dup dup suspen. Konon nak motivate hati jangan berharap sangat, so buat rilex jela anggap lewat 'sikit' lah pms bulan ni. Takyah check dulu lah, seminggu kot, awal lagi wehh.
 
Aku sendiri cakap dgn Shahrull, jangan berharap sangat. Tunggu lewat sebulan ke baru pergi check doctor. Hekeleh sangat -.-' Tapi apalah kekuatan seorang isteri nak denied perasaan sendiri yg tengah berperang, plus, Shahrull dapat surat kena attend training seminggu kat KL. Seminggu ??? KL ?? Oh nooooooooo !
 
'Aku mesti buat sesuatu'
 
So aku dengan bijaknya pergi beli pregnancy test kit senyap-senyap kat guardian. Masa tu buat-buat rajin ikot mak & adik beli barang kat giant, Shahrull tak ikot sebab tengah kerja, Dan aku beli lah kit tu tanpa pengetahuan sesiapa. Balik rumah tu sebelum Shahrull balik, aku terus test dan guest what ???
 
Alhamdulillah, Its a yayyyy !!! Positive with two line :-D
 
Okeh okeh. Jangan excited sangat, kadang test kit tak 100% betul pun. Tapi nak buat macam mana, esok nya Shahrull dah nak pergi course. Kat kepala aku ni fikir satu je 'jadi pape kat aku/kandungan kang, tak sempat bagitahu Shahrull macam mana?' So kena bagitahu jugak lah.
 
Shahrull balik kerja tu ada lah 'program' sikit-sikit, sampai lah surprise aku nak bagitahu dia tu, pasal test kit result tu sampai kat tangan dia. Ehemmm. as expected, bersinar-sinar mata bakal ayah tu tauuu. Siapa tak happy weh. Alhamdulillah, nak jadi parents dah kitorang berdua. Sebak dia masa tu, hmm, tak tergambar. Aku happy tengok Shahrull gembira sangat time tu.
 
Tapi kitorang plan nak rahsiakan dulu dari pengetahuan family buat masa tu. Cukup lah aku bagitahu husband dulu. Tunggu dalam sebulan lepastu, lepas check kat doctor, baru boleh yakin nak announce kat family. Awal-awal kandungan kan, macam2 boleh jadi. Taknak orang lain berharap sangat.
 
Lepas dah dalam dua bulan (8-9 minggu lepas first day last period tu) baru pegi check doctor. Aku tak buat buku pink pon lagi time ni, malas. HAHA ! Pergi check dan Alhamdulillah, positive jugak. Lega ! Syukur. And dah bagitahu family aku & Shahrull.
 
Masuk 12 minggu baru aku pergi klinik desa (selepas didesak dan diugut bakal kena bebel & marah dengan misi klinik desa sebab lambat buat buku pink). Tapi takde kena marah pon lah, nurse bagitahu je lainkali jangan buat lambat-lambat. Tu jeeee pon.
 
So sesi first time buat buku pink tu berjalan lancer je, nurse sporting (siap tegur asal kaki aku yang tak reti diam nak bergoyang je sepanjang interview session tu-nurse kata pening tengok kaki aku -.-'), test urine, amek darah, soal jawab sikit history diri, suami dan family, physical check perut dan ....... Siap ! Shahrull anta pergi kerja macam biasa lepas tu .
 
Okeh tu je untuk masa ni. Daaaaaaaaaaaaaaaaaa
 
**next entry pasal test air gula lah (MGGT), so stay tune k.
 
Thanks for your visit. byeeeeeeee
 
Assalamualaikum.
 
( luvpinkja, 0312 )
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...