Assalamualaikum..
Pernah tak bakal-bakal mommy muda or yang tak muda tu terfikir macam ni:
''Esh awal sangat scan bukan nampak apa pun''
''Baby belum cukup sifat nak scan buat apa, tunggu lah 4-5 bulan nanti''
''Boleh start check/scan jantina baby nanti masa 6 bulan lah baru pergi scan''
Honestly, aku penah. HAHAHA
First time weh, apa tau.
Aku lagi lah siap berlagak tak bertempat depan doctor. Gini cerita dia.
Disebabkan ada expectation2 macam kat atas tu maka aku pon rilex2 je lah tak buat scan pon. Takde, takdeeee. Maksud aku scan sendiri kat klinik swasta lah, since mula-mula tahu pregnant sampai lah buat buku pink (12 minggu). Tak pernah pergi scan.
Kenapa nak kena scan kat klinik swasta ? Sebab kalau pergi klinik desa (memang takde alat scan) atau klinik gov memang takde perkhidmatan scan baby/kandungan sesuka hati.Diorang ade jadual diorang sendiri bila yang perlu scan nya (minggu ke 12 atau 14 kalau tak silap). Aku first scan kat Klinik gov masa 14 minggu. Itu pon doctor yg suruh.
Doktor: Ni first time scan ke ?
Aku: Aah
Doktor: (agak terkejut) Eh awak tak pernah scan langsung kat klinik swasta pon?
Aku: Aah doctor. Penyabar kan saya (berlagak gila weh)
Doktor: Penyabar tu satu hal, sebenarnya awak kena scan masa start tahu pregnant tu. Nak tengok kedudukan kandungan luar rahim (which is tak berapa normal) ke tak.
Masa tengah scan tu doctor cakap ''haa nasib baik ada (baby), kalau tak ?
Aku: Eh doctor ni. Jangan laah. Takut pulak rasa.
Lagi satu scan awal (lepas dapat tahu anda pregnant) ni jugak boleh detect sama ada kita ni mengandung anggur ke tak. Anggur ? Kidding me ??? HAHA. Serious weh orang dulu2 cakap mengandung anggur. Nama betul dia kehamilan molar. Ada orang tak penah scan langsung, tau-tau je dah 5 bulan, baru pergi scan, baby hilang. Takde. Doktor cakap scan taknampak baby. Sedih kan ? Its really happen. Maklumat lanjut pasal kehamilan molar boleh klik sini (Kehamilan molar/anggur). And lagi satu tujuan scan awal untuk periksa degupan jantung baby normal ke tak.
So korang rasa camne, penting ke idokk ? Usap perut tanya diri sendiri ok. Keputusan di tangan anda. Maksud scan kat sini bukan suruh pergi scan mahal2 scan 3D, 4D ke 5D tu. Scan 2D je dah cukup, dalam RM40-RM60 sekali scan. Then masa scan tu korang tanya lah apa yang korang patut tahu kat doctor tu. Contoh tanya doctor, stage sekarang ni apa saya perlu tahu & buat untuk baby ?, macamana keadaan kandungan saya ?
Sebab kadang-kadang kite ni kalau taktau, malu/takut nak tanya sebab takut nampak bodoh. Eh lantak lah doctor nak cakap kau noob ke lembap (kurang adab jugak kalau doctor cakap gini), kita bayar kot. Dia tak berani nya nak sound kau cenggitu. Bhahahahaha. So tanya jelahh. Kalau dia kata 'ok kedudukan bayi awak ni mengadap bawah sekarang', kau jawab lah 'sepatutnya dia ngadap mana? So kau boleh tahu lah kan kedudukan normal ke tak ke. Takpun doctor cakap haa baby awak ni sekarang panjang dia dari kaki ke kepala 11cm, Ok memang laah 11cm, tapi normal ke tak 11cm pada usia kandungan sekarang doctor ? gittew... Ekekeke. Mohon berilmiah sikit ibu-ibu gojes sekalian.
So dah paham dah ? Scan tu bukan semata mata nak check jantina dan rupa baby comel ke handsome ke hidung mancung ke tak ok ? Banyak kepentingan dia untuk keselamatan kita dan baby yang kita kandungkan. Sape taknak baby dia cukup sifat kan.
Ok lah tu je untuk entry scan scan ni. Nanti kalau rajin (kalau), aku update lagi pasal jenis2 scan dan waktu untuk scan semasa pregnant. Takpun korang rajin-rajin ah google sndiri k ? Banyakkan membaca. HAHA
Byeeeeee. Assalamualaikum
( luvpinkja, 0312 )
No comments:
Post a Comment