Followers

About Me

My photo
Johor Bahru | Mersing, Muslim, Malaysia
Walking freely wasn't a warranty for you can run.

Pages

Monday, May 4, 2015

#ShahNanaJunior (Pregnancy Test Kit)

Assalamualaikum..
 
Kali ni nak cerita pasal situasi awal tahu diri ni bakal jadi mommy.
 
Fyi, Alhamdulillah aku tergolong dalam kalangan wanita yang mempunyai pms (period) teratur. Setiap bulan 7-9 hari, dan datang setiap 28 hari cycle (awal or lambat plus minus 2-3 hari je). Buat orang yang dah berkahwin dan nak anak cepat akan tau lah betapa bahagia mempunyai pms yang teratur macam ni.
 
Aku nikah 25 Oktober 2014, anddd pms macam biasa je for the next November dan December (misi gagal, HAHA). Tapi masuk januari, pms dah lewat seminggu (sebenarnya sejak lewat sehari, dua hari, tiga hari, aku dan Shahrull dah sengih2 bangga dah. hahahahaha), dan mula lah dup dup dup suspen. Konon nak motivate hati jangan berharap sangat, so buat rilex jela anggap lewat 'sikit' lah pms bulan ni. Takyah check dulu lah, seminggu kot, awal lagi wehh.
 
Aku sendiri cakap dgn Shahrull, jangan berharap sangat. Tunggu lewat sebulan ke baru pergi check doctor. Hekeleh sangat -.-' Tapi apalah kekuatan seorang isteri nak denied perasaan sendiri yg tengah berperang, plus, Shahrull dapat surat kena attend training seminggu kat KL. Seminggu ??? KL ?? Oh nooooooooo !
 
'Aku mesti buat sesuatu'
 
So aku dengan bijaknya pergi beli pregnancy test kit senyap-senyap kat guardian. Masa tu buat-buat rajin ikot mak & adik beli barang kat giant, Shahrull tak ikot sebab tengah kerja, Dan aku beli lah kit tu tanpa pengetahuan sesiapa. Balik rumah tu sebelum Shahrull balik, aku terus test dan guest what ???
 
Alhamdulillah, Its a yayyyy !!! Positive with two line :-D
 
Okeh okeh. Jangan excited sangat, kadang test kit tak 100% betul pun. Tapi nak buat macam mana, esok nya Shahrull dah nak pergi course. Kat kepala aku ni fikir satu je 'jadi pape kat aku/kandungan kang, tak sempat bagitahu Shahrull macam mana?' So kena bagitahu jugak lah.
 
Shahrull balik kerja tu ada lah 'program' sikit-sikit, sampai lah surprise aku nak bagitahu dia tu, pasal test kit result tu sampai kat tangan dia. Ehemmm. as expected, bersinar-sinar mata bakal ayah tu tauuu. Siapa tak happy weh. Alhamdulillah, nak jadi parents dah kitorang berdua. Sebak dia masa tu, hmm, tak tergambar. Aku happy tengok Shahrull gembira sangat time tu.
 
Tapi kitorang plan nak rahsiakan dulu dari pengetahuan family buat masa tu. Cukup lah aku bagitahu husband dulu. Tunggu dalam sebulan lepastu, lepas check kat doctor, baru boleh yakin nak announce kat family. Awal-awal kandungan kan, macam2 boleh jadi. Taknak orang lain berharap sangat.
 
Lepas dah dalam dua bulan (8-9 minggu lepas first day last period tu) baru pegi check doctor. Aku tak buat buku pink pon lagi time ni, malas. HAHA ! Pergi check dan Alhamdulillah, positive jugak. Lega ! Syukur. And dah bagitahu family aku & Shahrull.
 
Masuk 12 minggu baru aku pergi klinik desa (selepas didesak dan diugut bakal kena bebel & marah dengan misi klinik desa sebab lambat buat buku pink). Tapi takde kena marah pon lah, nurse bagitahu je lainkali jangan buat lambat-lambat. Tu jeeee pon.
 
So sesi first time buat buku pink tu berjalan lancer je, nurse sporting (siap tegur asal kaki aku yang tak reti diam nak bergoyang je sepanjang interview session tu-nurse kata pening tengok kaki aku -.-'), test urine, amek darah, soal jawab sikit history diri, suami dan family, physical check perut dan ....... Siap ! Shahrull anta pergi kerja macam biasa lepas tu .
 
Okeh tu je untuk masa ni. Daaaaaaaaaaaaaaaaaa
 
**next entry pasal test air gula lah (MGGT), so stay tune k.
 
Thanks for your visit. byeeeeeeee
 
Assalamualaikum.
 
( luvpinkja, 0312 )
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...